KEDAYAN berpolitik?07
Apr,Kota
Kinabalu: Persatuan
Kedayan Sabah-KEDAYAN diakhir-akhir ini telah ditemui oleh berbagai-bagai
kumpulan dan ahli-ahli politik
tempatan terutama sekali dikawasan-kawasan yang terdapat banyak bilangan kaum
Kedayan.
Presiden
KEDAYAN, Encik Amde Sidik dalam temuramahnya baru-baru ini dengan KOL berkata: Kepentingan
persatuan ini ialah untuk menyatu padukan kaum Kedayan tidak mengira siapa dan
dari parti politik mana, inilah misi
utama persatuan ” sambung beliau KOL [HOME]
Tn Hj Bujang Telah pulih4 Mac, Beaufort; Tn Hj Bujang, Pen Bendahari KEDAYAN dilaporkan telah kembali dari IJN, mengikut sumber KEDAYAN pada hari ini. KOL turut merakamkan perasaan sukacita dan berharap beliau sembuh sepenuhnya dan terus bersama sama kita didalam perjuangan persatuan. Beliau juga sempat mengirimkan email ringkas untuk tatapan kita semua:
>Apa habarnya ... doaku mudahan sihat dan diberkati.... Hj Bagol Hj Bujang KOL End [HOME]
Persatuan Anak Islam Limbang (IKBAL) mengadakan perjumpaan Aidil Adha4 Mac, Limbang; Bahagian Limbang (IKBAL). Tempat : Dewan Bahasa Dan Pustaka Petra Jaya Waktu : 11:00 Pagi Semua kaum kerabat dari Limbang dan Lawas yang berada di Kuching dijemput hadir untuk sama-sama beramah-mesra pada majlis tersebut. YB Datuk Awang Tengah akan turut sama menghadiri majlis tersebut. Sekian Harap Maklum.. END [HOME]
Perjumpaan KEDAYAN Kg Inuman berlangsung dengan jayanya19 Mac, Beaufort; KEDAYAN telah menganjurkan perjumaan dengan Cawangan Kg Inuman , kira kira 15 KM dari sini. Perjumpaan itu bertujuan untuk merasmikan cawangan berkenaan disamping menerima kemasukan kira kira 57 orang ahli baru KEDAYAN. Menurut Sdr Presiden, sambutan penduduk kampung ini adalah diluar dugaan dan
berharap KEDAYAN di cawangan ini boleh memulakan operasi dengan teratur ,
memandangkan banyak perkara perkara terutama kebajikan masyarakat di kampung ini
masih memerlukan pembelaan sewajarnya dari pihak pihak yang berkenaan. KOL END [HOME] Edaran Habaa KEDAYAN Isu 4 dan Isu 5 terlewat07 April, K.Kinabalu; Setiausaha Penerangan KEDAYAN, Sdr Arimi Sidek mengumumkan perkara ini di dalam kenyataan akhbarnya kepada KOL pada hari ini. Menurut beliau, kelewatan ini adalah berkaitan dengan percetakan Habaa KEDAYAN untuk kedua dua isu berkenaan akan dilakukan oleh Syarikat percetakan luar. Kaedah ini juga akan digunakan untuk semua isu Habaa KEDAYAN yang akan datang, untuk menjamin mutu naskah yang lebih baik. Sehubungan itu, beliau berharap semua ahli ahli dan pelanggan Habaa KEDAYAN secara bulanan boleh bersabar menunggu Habaa KEDAYAN dengan wajah yang lebih menarik dan bermutu. Kedua dua isu berkenaan akan diterbitkan pada hujung bulan ini KOL End. [HOME] |
Copyright © 2000 PAADIANinc. Send mail to PAADIANinc with questions or comments about this web site. |