KOL Is Back!10 Mei, Kota Kinabalu.KOL kini kembali setelah sekian lama menyepi selama satu bulan (kemas kini terakhir KOL ialah 07 April 2001). Terdapat 673 emel yang dikirim bertanya, tak puas hati dan ingin tahu kenapa KOL tidak dikemas kini begiru lama. KOL tidak pandai membuat alasan. Pertama sekali kami memohon maaf di atas perkara ini. Cuma satu yang kami ingin nyatakan untuk semua pengunjung setia KOL, KOL sebenarnya belum berkubur! Terima kasih kerana terus bersama sama KOL. Kami maklum bahawa KOL perlu diteruskan, malangnya komputer yang kami gunakan menghadapi masalah di dalam tempoh ini. Oleh itu Sdr Arimi telah bermurah hati mendermakan PC beliau untuk tujuan ini. Sekarang kami mempunyai PC yang agak canggih juga, dengan processor terkini Pentium IV 1GB dan memory 512MB, wow, terima kasih, dan diharap lebih ramai lagi pengunjung yang tampil untuk merealisasikan wawasan KOL untuk mempunyai server sendiri . www.kedayanonline.com adalah wawasan KOL! KOL END [HOME]
Projek Bandar Sahabat Sindumin - Marapok Diteruskan13 April, Sindumin; ADUN Sindumin baru baru ini mengumumkan Projek
Bandar Sahabat akan diteruskan. Berita ini agak mengejutkan, bukan kerana ianya
berita baru yang ditunggu tunggu, tetapi kerana ia sudah terlalu lama sehingga
ramai di kalangan penduduk Marapok dan Sindumin yang lupa lupa ingat mengenai
projek berkenaan. Berikut KOL mendapat satu emel daripada pembaca mengenainya Emel 1 Bunyinya kan kana bangunkan. baik jitu yang aah kampong, aah jelama kedayan banyak kita huar-huarkan mun dapat di capatkan. Sama mun pandangan ku sindumin atu baik di jadikan Daeah Damit (Pentadbiran Daerah Kecil) yah ....... Bah atu nganya dahulu nanti ku email lagi ,...... Bahau taku bakaja seminggu baini. Hj Bagul Apa pun, jika Projek ini memang hendak diteruskan, wajarkan ianya dimulakan sekarang. Ini kerana beberapa projek sebelum ini mengambil masa yang begitu lama untuk dilaksanakan. Contohnya lebuhraya Papar Sindumin dahulu. Jalan tersebut telah dinaikkan tarap menjadi lebuhraya kelas A - Lebuhraya Pan Borneo(?)sejak tahun 1985, tetapi menunggu lebih 14 tahun untuk diaspalkan. Kalau tidak silap Projek Bandar Sahabat ini telah bermula sejak tahun 1984 lagi, dengan perasmian YAB Perdana menteri pada masa itu. Diantara langkah langkah yang sudah diambil (?) adalah seperti berikut 1) Mewujudkan padang unik yang cuma satu satunya di dunia, di mana garisan tengah padang berkenaan adalah sempadan antara Sabah dan sarawak. 2) Pembinaan Masjid Bandar Sahabat yang diuruskan oleh Kg Sindumin dan Kg Marapok 3) Rancangan Pembinaan Lot Kedai di sebelah Sindumin Di kawasan kedai sindumin pula, sebuah pasar am mini telah diwujudkan tetapi tidak bertahan lama Persoalannya, apa rupa Bandar Sindumin - Marapok ini nanti? KOL merasakan potensi setempat perlu diambil perhatian di dalam melaksanakannya. Dalam hal ini Pelan Induk Bandar Sahabat perlu mengambilkira sumber pertanian dan memajukan sektor agro-tourism penduduk. Memandangkan projek ini sudah dirancangkan lama dahulu, Pelan Induknya, jika ada adalah dibuat pada awal tahun 80an. Masalah perancangan di Malaysia pada tahun 70an dan awal 80an termasuklah di Sabah ialah terlalu menekankan persamaan diantara Urbanisation dengan infrastructure sebagai proses otomatik. Maksudnya, bina saja bangunan, jalanraya, bandar akan tumbuh. Tetapi keadaan sebenarnya tidak begitu. Contohnya klasik pembangunan sebegini ialah Bandar Muazam Shah di Pahang. Di Sindumin juga tidak terkecuali dengan pembinaan pasar amnya yang gagal total. Beberapa perkara yang boleh diambilkira di dalam projek Bandar Sahabat itu nanti ialah seperti berikut 1) Sekolah menengah 2) Pusat pengajian tinggi awam / swasta Kedua dua ini perlu untuk mengukuhkan kewujudan Sindumin di masa yang akan datang. Pasaran Sindumin dan sarawak amat kecil untuk hidup dengan sihat secara sendiri. Oleh itu keupayaan pasaran tempatan ini perlu ditingkatkan dengan menubuhkan sekolah / pusat pengajian tinggi. Katakan sekolah menengah dengan 1,500 penuntutnya berbelanja RM3 (untuk tambang, makanan dan lain lain, tambahan pusingan wang ke kawasan ini sehari ialah RM4,500) Sementara itu pusingan yang lebih besar boleh didapati dengan adanya pusat pengajian tinggi. Katakan, sebuah pusat pengajian tinggi mempunyai 5,000 pelajar. Perbelanjaan harian mereka adalah besar, dan kita andaikan di sini pada jumlah purata RM10 seorang, maka pusingan tambahan yang boleh kita dapati ialah RM15,000. Apabila kedua dua ini kita campurkan, purata pusingan wang harian di Sindumin ialah RM19,500. Jumlah ini jika ditambah dengan pasaran semasa cukup untuk menjana pertumbuhan sederhana di kawasan ini. 3) Laluan jalanraya baru ke Sarawak Laluan yang lain dari sekarang akan menjadikan Sindumin lebih menarik untuk dilawati dari Sarawak. Ini kerana pada masa ini pelawat terpaksa melalui 8 pos imigresen termasuk pos antarabangsa (brunei ) untuk pengunjung dari Kucing datang ke sindumin. 4) Agro dan Eco-tourism Perhatian juga perlu dibuat supaya perkara ini dilaksanakan di Sindumin. Apa komen pembaca? KOL END [HOME] Habaa Kedayan yang lebih mencabar10 Mei, K.Kinabalu. Habaa Kedayan, lidah rasmi masyarakat kedayan nampaknya maju setapak lagi mulai dari keluaran ke 4 ini. Para pelanggan tetap Habaa Kedayan diharap bersabar di atas kelewatan ini. Anda akan menerima naskah anda dalam tempoh sehari dua ini. Sdr Arimi memaklumkan bahawa semua naskah untuk pelanggan tetap Habaa Kedayan telah dikirim pada hari ini. Untuk anda semua, dimaklumkan bahawa Habaa Kedayan telah terbit dengan wajah baru. Harganya masih sama RM2 senaskah. KOL difahamkan pihak Muzium negeri dan perpustakaan negeri sabah telah menempah Habaa Kedayan untuk tempoh satu tahun mulai dari isu ke4 ini. Syabas untuk Persatuan Kedayan Sabah. KOL END
[HOME] |
Copyright © 2000 PAADIANinc. Send mail to PAADIANinc with questions or comments about this web site. |