Lencana Keahlihan
Sebelum dilantik menjadi ahli dan mendapat Lencana Keahlian, seorang budak akan diuji dalam perkara-perkara
yang berikut untuk memberi pengetahuan asas yang mudah serta pengalaman berpengakap.
a.1 Mengetahui peraturan memakai pakaian seragam pengakap.
a.2 Memahami makna dan semangat lima prinsip Rukun Negara
a.3 Mengenali lambang Pengakap Malaysia dan lambang Pengakap Dunia serta memahami secara
mendalam erti lambang-lambang tersebut.
a.4 Melafazkan "Persetiaan Pengakap" dan "Cogan Kata Pengakap Muda".
a.5 Mengetahui cara "Hormat Pengakap" dan "Cogan Kata Pengakap Muda".
a.6 Mengetahui sejarah Pengakap Malaysia dan sejarah Pengasas Pengakap, Lord Baden-Powell.
a.7 Mengetahui mengikut dan mengguna 6 simpulan berikut:-
a.7.1 Buka Sila(reef knot)
a.7.2 Bunga Keti(sheet bend)
a.7.3 Simpul Manuk(clove hitch)
a.7.4 Tindih Kasih(bowline)
a.7.5 Lilit dua Simpul(round turn and two half hitches)
a.7.6 Lilit permati biasa(comman whipping)
Lencana Kegemaran
A Ahli Sukan
Memilih Lima acara daripada bahagian ini, sekurang-kurangnya Satu daripada tiap Kumpulan dengan
mendapat darjah yang minima.
Kumpulan A
Darjah Minima Darjah Minima
Berlari Umur di bawah 14 tahun Umur di bawah 15 tahun
100 meter 15 saat 14 saat
200 meter 34 saat 30 saat
400 meter 80 saat 70 saat
800 meter 3 minit 10 saat 2 minit 45 saat
1500 meter 6 minit 10 saat 5 minit 50 saat
Kumpulan B
Darjah Minima Darjah Minima
Melontar Umur di bawah 14 tahun Umur di bawah 15 tahun
Lompat tinggi 1.10 meter(54'2") 1.23 meter(4'0")
Lompat jauh 3.65 meter(12'0") 4.26 meter(14'0")
Kumpulan C
Darjah Minima Darjah Minima
Melontar Umur di bawah 14 tahun Umur di bawah 15 tahun
Cakera(1 kg) 16.50 meter(54'2") 22.00 meter(72'.2")
Peluru(4 kg) 7.30 meter(23'11") 8.85 meter(29'0")
Bola Kriket(1.35gm) 41.20meter(135'2") 46.60 meter(149'7")
INGATAN : Penilai boleh menggunakan budi bicara sekiranya keadaan cuaca atau gelanggang buruk.
B Ahli Koleksi Hobi
1. Mengumpul, menyusun dan mengatur dengan kemas dan menarik suatu jenis barang dalam tempoh yang tidak
kurang daripada 6 bulan seperti setem, kotak, mancis, duit siling, siput, pembalut tin dan lain-lain.
2. Mengetahui serba sedikit berkenaan dengan benda yang du kumpul itu, membincangkan dengan
Penilai sebab barang itu dipilih dan dikumpul.
3. Mengumpul/menyimpan Empat perkara berikut.
3.1 Skaf pengakap
3.2 Lencana Pengakap(kain, logam)
3.3 Wogel
3.4 Topi(peak cap)
3.5 Tali pinggan
3.6 Kemeja T
3.7 Sampul surat Hari Pertama Jambori
3.8 Majalah Pengakap
C. Jurumasak di Khemah
1. Memasak Dua jenis makanan dengan tidak menggunakan perkakas dapur, untuk diri sendiri dan
seorang lagi.
2. Memasak dan menghidangkan dengan sempurna SATU daripada yang berikut:-
2.1 Ikan panggang
2.2 Roti Berlauk
2.3 Bubur
3. Memasak dan menghidangkan dengan sempurna SATU daripada berikut:-
3.1 Mee rebus
3.2 Ayam/daging masak panggang atau satay
3.3 Masakan biasa
4. Memasak dan menghidangkan dengan sempurna SATU daripada yang berikut:-
4.1 Sejenis makanan manis
4.2 Halua buah-buahan
4.3 Gula-gula manisan
4.4 Lengkong
4.5 Manis-manisan yang disediakan atas pilihan sendiri.
5. Menyediakan Dua jenis menu dengan sukatan sekali untuk satu patrol seramai 6 orang ahli,
tidak semuanya makanan itu perlu di masak.
INGATAN : semua hidangan hendaklah dimasakkan dalam keadaan berkhemah.
Lencana Pengetahuan
A. Ahli Berkhemah
1. Telah berkhemah dengan menggunakan kenves dalam satu patrol sekurang-kurangnya dalam tempoh 15 malam
2. Mendiri dan merobohkan khemah pengembara
3. Mengarah dengan jayanya kerja mendiri , meroboh dan mengemaskan bilik sebuah kehmah patrol.
4. Mengetahui perkara-perkara mustahak yang hendak di pertimbangkan apabila memilih tempat untuk
tapak perkhemah.
5. Mengetahui prinsip-prinsip berkenaan dengan kebersihan dan keselamatan dalam perkhemahan khasnya tentang
kebersihna keseluruhannya
6. Menujukkan bagaimana menyimpan bahan-bahan makanan dikhemah kuatermaster.
7. Buat dengan sendirinya satu tempat menyimpan bahan-bahan makanan, satu dapur dan dua alatan yang lain yang
dipilihnya sendiri dikhemah itu.
8. Waktu berkhemah, memasak untuk diri sendiri dan seorang yang lain tetapi tidak lebih daripada satu patrol,
samada masakan panas untuk sarapan pagi atau satu hidangan biasa termasuk dua jenis sayur-sayuran.
9. Mempunyai pengetahuan untuk mencapai darjah perkhemahan yang paling tinggi.
B. Tukang Masak
1. Mengetahui apa yang dikatakan bahasa-bahasa yang biasa digunakan dalam masakan seperti, tumis,
cincang, parut,
seram kuku, manis-manisan buah dan sebagainya.
2. Menyediakan bahan-bahan dan masakan dua jenis makanan daripada yang berikut:-
2.1 Telur Goreng
2.2 Bubur Kacang
2.3 Sayur masak lemak
2.4 Pisang Goreng
2.5 Sambal Tumis
3. Memasak dan menghidangkan dengan sempurna untuk dua hingga empat orang tetamu masakan seperti:-
3.1 Nasi putih
3.2 Kopi atau Teh
3.3 Kari daging
3.4 Sejenis masakan daripada sayur.
3.5 Manisan.
4. Mengetahui prinsip-prinsip memotong dan menghiris daging dan daging ayam, sebelum dan selepas dimasak
C. Akademik
Telah memperolehi sekurang-kurang 4 kepujian tertinggi(distinction) dalam satu peperiksaan Awam
1. Peperiksaan penilaian Darjah Enam
2. Peperiksaan Percubaan P.M.R
3. Peperiksaan P.M.R.
D. Ahli Penukang
Untuk mendapatkan lencana ini, Pengakap itu mestilah lulus semua ujian dalam salah satu perkara yang berikut:-
1. Pembuat Bakul.
1.1 Mengadakan sesuatu benda yang boleh digunakan sebagai bakul samada dari rotan, rumput atau jerami yang
dibuat oleh Pengakap sendiri.
1.2 Ada pengetahuan berkenaan dengan bahan mentah yang digunakan, dimana boleh didapati dan bagaimana bahan
mentahitu disedaikan.
2. Menjilid Buku.
2.1 Menyediakan bahagian atau seksi-seksi untuk dijahit dan jahit seksi-seksi itu kepada pita.
2.2 Melipat dan menampal pada kertas-kertas penghujung(end-papers), membubuh perekat dan menaruh lembar
kulit disebelah belakang dan menjahit lembaran kedua-duanya.
2.3 Potong kertas tebal dan ditampal dengan kain atau kertas dan dilekatkan kepada buku itu sebagai
pembungkus.
Lencana Perkhidmatan
A. Kuatermaster.
1. Telah membantu kuartermaster pasukan atau yunit dengan baiknya dalam tempoh selama enam bulan.
2. Mengetahui dan bersedia menunjukkan:-
2.1 Bagaimana menjaga tali,-tali, membuat pemecut, memati hujung tali, manganyam, memintal, menglingkar,
memeriksa dan menyimpan tali-tali dengan baik dan teratur.
2.2 Bagaimana menjaga khemah, memperbaiki tali penarik, koyak-koyak yang kecil, menebalkan supaya menahan
hujan memeriksa dan menyimpannya dengan baik dan teratur.
3. Mengetahui dan tunjukkan bagaimana menyimpan rekod yang mudah dan berkesan termasuk catitan keluar
dan masuk alat-alat kumpulan atau yunit.
4. Mengetaui dan bersedia menunjukkan:-
4.1 Cara menyimpan alat-alat kegunaan Pengakap Kanak-kanak.
4.2 Cara menyimpan dengan menggunakan sistem warna, nombor atau lain-lain kod berkenaan dengan
barang-barang
pekerjaan tangan bagi kegunaan Pengakap Kanak-kanak.
5. Mengetahui bagaimana menjaga dan menyimpan alat-alat pandang dengar kumpulan seperti projektor,
carta-carta dinding, bahan-bahan lukisan, kertas lukisan dan alat-alat pandang dengar khas.
6. Mengetahui bagaimana hendak menilaikan atas kemerosotan samada kegunaan atau harga semua alat.
B. Pertolongan Cemas.
1. Pengakap yang telah memperolehi Sijil Asas Pertolongan Cemas Pertubuhan St. John atau Pertubuhan Bulan
Sabit Merah dengan sendirinya boleh memakai lencana ini.
1.1 Boleh menerangkan susunan anggota-anggota tubuhbadan dan fungsi tiap-tiap satunya
1.2 Mengetahui kedudukan urat-urat nadi yang besar-besar dan tahu bagaimana hendak memmerhatikan
keluaran darah daripada urat-urat nadi itu.
1.3 Tunjukan cara bagaimana hendak memulehkan seorang yang terkejut(shock) termasuk terkejut kena
karan letrik.
1.4 Mengetahui bagaimana hendak menggunakan balutan tigasegi kepada luka di siku di kepala, tangan,
kaki, lutut, dan siku dan balutan bergulung kepada semua anggota badan.
1.5 Tunjukkan cara bagaimana hendak mengendalikan tulang leher patah dan mengetahui mustahaknya
anggota-anggota yang patah itu dihaga daripada bergerak-gerak.
1.6 Tunjukkan cara pemulihan pernafasan "Holger Nielsen"
1.7 Tunjukkan cara bagaimana hendak menghantar berita dengan samada dengan lisan, bertulis, atau talipon.
C. Pemandu
1. Tunjukkan kepada Penguji arahan jalan hendak ditunjukan untuk sampai kesesuatu tempat yang diarahnya.
2. Mengetahui tempat-tempat seperti berikut:-
2.1 Kediaman doktor, doktor haiwan, doktor gigi, hospital dan ambulan.
2.2 Balai, Bomba, Balai Polis, Bengkel motosikal, Pondok Talipon
2.3 Perhentian bas, Steysen keretapi, jalan-jalan bas dan keretapi ketempat yang berhampiran.
2.4 Ibu pejabat Pengakap, Tempat perhimpunan orang ramai, kebun bunga, pawagam-pawagam, mesjid, gereja,
muzim, dan lain-lain tempat menarik dan bersejarah.
2.5 Kediaman Pesuruhjaya Pengakap Daerah, Pesurhjaya Pengakap, Pemimpin-pemimpin dan lain-lain pengakap.
3. Boleh menggunakan peta untuk pergi kesesuatu tempat yang diarahkan oleh penguji, dan
membawa penguji itu bersama.
4. Boleh mengarahkan dengan jelas seoran pelawat pergi ke tapak perkhemahan yang jauhnya
lebih kurang 8 km dengan menggunakan kenderaan awam atau berbasikal.
D. Pengawal Khemah
1. Telah berkhemah berjumlah tidak kurang daripada 10 malam berasingandan pada sekurang-kurangnya empat
tapak perkhemahan yang berlainan.
2. Telah bertugas sekurang-kurangnya 7 hari di tapak perkhemahan tetap(daerah, negeri atau kebangsaan)
membantu Pengawal Perkhemahan dengan memberi puashati kepadanya.
3. Menujukkan tiga perkara seperti berikut:-
3.1 Menggunakan kayu arang untuk memasak.
3.2 Menjalankan malam pengakap
3.3 Memasangkan khemah patrol
3.4 Menyidai kain-kain basah dan menganginkan alat-alat tempat tidur dan lain-lain di perkhemahan
3.5 Mencegah kebakaran di perkhemahan.
4. Terangkan dan mana-mana yang boleh tunjukkan cara-cara yang digunakan dalam perkhemahan untuk
perkara-perkara yang berikut:-
4.1 Membuang reja-reja maanan
4.2 Membuat tandas
4.3 Menjaga alat-alat memasak
4.4 Menjaga air minum dan makanan
5. Mengetahui peri mustahknya menjaga darjah perkhemahan yang tinggi dan baik
6. Menyediakan dengan lengkap sebuah peti pertolongan cemas kerana kegunaan satu patrol bagi
perkhemahan selama 7 hari.
7. Ada kebolehan menggunakan tiga daripada perkakas-perkakas yang berikut:-
7.1 Kapak penebang kayu
7.2 Gergaji
7.3 Tunkul
7.4 Kapak beliong
7.5 Alat menutuh
8. Bincangkan dengan Penguji berhubung dengan sebuah tapak perkhemahan yang tetap yang biasanya
kepada Pengakap itu yang pada pendapatnya boleh diperbaiki dan dimajukan lagi serta beri
cadangan yang membina.
E. Pemadam Api
1. Mengetahui tugas Pasukan Bomba Tempatan.
2. Mengetahui akan bahaya-bahaya dan memahami tindkkan mencegah kebakaran diruma mengenali semua jenis
alat pemanas khususnya pemanas yang menggunakan munyak dan bahan pembakar yang terbuk, pemanas
letrik yang bergerak, bahan-bahanpembakar khasnya mancis, wire letrik, fuse dan lain-lain alat,
penggunaan alat gas, minyak patrol, bunga api, lilin, unggun api, alat-alat perhiasan pintu dan
tingkap dan menyimpan barang-barang umumnya.
3. Racangkan persediaan tentang mencegah kebakaran bagi sesuatu keramaian Pengakap atua seumpamanya
termasuk peraturan tempat duduk. Mengetahui sebab-sebab persediaan itu perlu.
4. Mengetahui bahaya-bahaya api dalam perkhemahan dan apa persediaan mencegah kebakaran mesti diambil.
Mengetahui punca-punca kebakaran berluka, lalang dan tahu bagaimana menandali kejadian itu.
5. Terangkan apa dan mengapa tindakan mesti diambil apabila berlakunya kebakaran, didalam dan diluar
rumah. Mengetahui berbagai-bagai cara menmanggil pihak bomba dan segala peraturan yang harusnya
diikuti. Mengetahui juga apa yang berlaku daru masa menmanggil pihak bomba itu sehingga mereka
menerima panggilan itu dan sebab-sebab tindakan itu diambil.
6. Mengetahui bagaimana:-
6.1 Menjalankan kerja mencegah kebakaran dengan menggunakan baldi-baldi berderer-deret.
6.2 Menggunakan pam kaki(stirrup pump)
6.3 Menggunakan "soda acid", pemadam air jenis "gas cartridge" pemadam jenis "carbon tetrachloride"
dan pemadam jenis buih, seta tahu pada jenis api yang sebagaimana alat-alat itu boleh digunakan.
6.4 Mengandali seseorang yang terbakar pakaianya.
7. Memberi keterangan dengan secara ringkas prises pembakaran dan mengetahui akibat asap dan bahan
bagaimana bertindak menentangi asap
Lencana Jayadiri
1. Mengetahui fungsi-fungsi Parlimen
2. Melukis dan terangkan rupabentuk dan keadaan bendera-bendera semua negeri dan Malaysia dan mengetahui
lambang-lambang Malaysia dan Negeri Perak.
3. Terangkan fungsi-fungsi salah satu daripada agensi-agensi kerajaan atau badan-badan bekanun seperti
yang berikut:-
3.1 UDA
3.2 MARDI
3.3 PERNAS
3.4 MARA
3.5 FELDA
3.6 PETRONAS
3.7 LPN
4. Lukis peta Perak dan tunjukkan kawasan-kawasan parlimen serta nama-nama ahli-ahli parlimen yang berkenaan.
Lencana Kemahiran
1. Telah mencapai darjah yang tinggi dalam ilmu latihan asas pembarisan sebagaimana yang dikehendaki
dalm lencana usaha, maju, jaya, kawad tongkat serta cara membawa bendera dan telah melatih dengan
jayanya satu unit pengakap dalam ilmu tersebut.
2. Mengetahui cara mengikat serta kegihaan simpulan dan ikatan yang berikut.
2.1 simpul tapak kucing(catpaw)
2.2 simpul raga(carrick bend)
2.3 simpul serban(turks head)
2.4 simpul buaian(scaffold hitch)
2.5 lilit bekas tingkat(racking bend)
2.6 genggam monyet(short splice)
2.7 sambat pendek(short splice)
2.8 ikatan jepun(janpanese lashing)
2.9 ikatan filipina(filipina lashing)
2.10 Takal tali(rope tackle)
3. Mengetahui cara membuat dan menggunakan sistem takal dan pancang doyang anchorage
3.1 3-2-1
3.2 log and picket
3.3 'dead man'
4. Membina satu projek perintis(pioneering projek) setara berpatrol seperti menara, jambatan
atau "aerial runway" tidak kurang daripada 5 meter tinggi.
5. Melanjutkan pengetahuan dalam pemetaan dengan mengetahui mengenai asas arientecring dan cara membuat
'cross bearing' bagi mencari kedudukan di atas peta dengan mengunakan compass.
6. Memahirkan diri dalma ilmu tahan lasak hidup dengan membuat 'bivouac' dan bermalam di dalamnya membuat
perangkap yang mudah serta membuat masakan rimba(backwoods) seperti nasi, ikan/daging, telur, ubi kentang,
roti lilit.
7. Mengenali tapak 5 jenis haiwan dan membuat 2 jenis 'plaster of paris'
8. Mengetahui cara membuat penanggaran(estimation) tinggi dan lebar.
9. Membuat satu model projek perintis.
10. Lakukan perkara yang berikut:-
10.1 berenang 50 meter berpakaian lenkap
10.2 Melempurkan sesuatu tali yang panjang 20 meter sejauh 12 meter supaya jatuh ke
kawasan antara 2 parang yang jaraknya 2 meter dengan mendapat 2 jaya daripada 3 kali
lemparan.
Lencana Ekspedisi
Mengetahui keperluan peribadi dan patrol untuk ekspedisi dan menunjukkan kaedah membunkus dan membawa
bekalan makanan yang cukup bagi pengembaraan yang selama 24 jam yang bertanya tidak lebih daripada
15 kg termasuk 10 kg makanan. Dia hendaklah bersedia menyediakan dan menyusunnya di dalam beg sandang.
Mengambil bahagian yang penting selama 24 jam dalam satu ekspedisi pengakap berikut mengandungi 4 hingga
8 orang dengan:-
1. Berjalan kaki sejauh 40 km
2. Berbasikal sejauh 120 km
3. Berperahu/berkayuh sejauh(8km mudik, 8 km mengalir) 16 km
4. Berakit sejauh 30 km
5. Mendaki gunung/bukit
Lencana Kegiatan
Bertukang kayu/logam
Membuat sebuah perabut yang berguna seperti bangku, tempat letak kasut, meja kecil, tempat sankut tuala,
tempat letak buku dan sebagainya.
Tarian Kebudayaan:
Menari sejenis tarian kebudayaan kebangsaan atas seni mempertahan diri.
Kraftangan
Membuat salah satu daripada ini senimahir/mangecap batik atau Smeyama tradisional.
Muzik.
Dapat memainkan dengan baik sejenis alat musik/musik tradisional.
Lencana Perkhimatan
Menyelamatkan Nyawa
Lulus dan mempunyai satu sijil mana-mana satu kemahiran perkhimatan yang berikut:-
1. Pertolongan Cemas
Sijil Peringkat Asas(St. John Ambulan/Bulan Sabit Merah/ yang setara)
2. Pemadam Api- Sijil Asas Kebombaan
3. Penyelamat Nyawa atau 'Bronze Medollian' daripada persekutuan Penyelamat Nyawa atau badan-badan
lain yang diiktiraf seperti Jabatan Pertahan Nyawa
Perkhimatan Masyarakat
Membuat kerja amal yang diakui, kepada masyarakat berjumlah selama 24 jam dalam tempoh 9 hingga
12 bulan, umpamanya menolong dalam Perkhemahan Daerah Negeri atau Kebangsaan, banjir, bencana alam,
di rumah ibadat, rumah kebajikan, khimat tergempar bila-bila laju kebakaran, menuai padi dan mengambil
bahagian dalam projek yang dianjurkan oleh pihak berkenaan
(Jawatan Kuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung:JKKK) atau seumpannya.
Back