LATAR BELAKANG |
Kolej Matrikulasi Labuan (KML) terletak di dalam Kompleks Universiti Malaysia Sabah-Kampus Antarabangsa Labuan ( UMS-KAL ) yang asalnya ialah Kompleks Serbaguna Persekutuan Kiamsam. KML mempunyai satu blok akademik dan tiga blok apartment penginapan para pelajar. Kompleks ini digunakan juga oleh Kampus Antarabangsa Labuan Cawangan Universiti Malaysai Sabah ( UMS-KAL ). Perjalanan dari Lapangan Terbang Labuan adalah sejauh kira-kira 16 km dan mengambil masa lebih kurang 20 minit perjalanan menaiki kenderaan. Mula beroperasi pada 01 Jun 1999 |
Semua lulusan Kolej Matrikulasi Labuan dapat menamatkan pengajian dengan cemerlang dan seterusnya berjaya meneruskan pengajian ke institusi-institusi pengajian tinggi dalam dan luar negara sealaras dengan hasrat dan keperluan Kementerian pendidikan Malaysia. |
Menjadi pusat kecemerlangan pengajaran dan pembelajaran yang mampu menjana pelajar cemerlang pelbagai bidang ke arah memenuhi aspirasi negara untuk membekalkan tenaga kerja mahir dan profesional. |
|