Nannu's Kerabu Sotong 

Bahan 

400 gm sotong 
1 genggam suhun, direndam, dituskan dan dicelur 
1 biji  bawang besar atau 5 biji bawang merah 
1 gengggam daun pudina 
2 tangkai  daun ketumbar  
2 tangkai serai 
10 biji  cili padi 
1 sudu besar sos ikan (kiub pati ikan dicairkan) 
2 sudu besar jus limau kasturi atau limau nipis 
1 sudu teh  garam 
3 sudu teh gula 
5 helai daun salad 

Aturan 

1.   Sotong dibersihkan dan dipotong gegelang atau dikelar  berselang-seli. 
      Celur sebentar dalam sedikit air. Tuskan dan biarkan sejuk. 
2.   Bawang, daun ketumbar, serai, cili padi dihiris halus. 
3.   Masukkan sotong, suhun, bawang, daun-daun serta cili padi dalam  mangkuk
      adun. Balik-balikkan bersama  bahan-bahan perasa sesedap rasa.  Lapik 
      mangkuk salad dengan daun salad.  Letakkan kerabu di atasnya.  
      Hidangkan segera. 

(Hidangan untuk 4 orang sahaja.  Kalau lebih daripada tu yg lain tengok mangkuk salad jer lerrrrrrrrr.....)