Nannu's Ketupat Sotong
Bahan
30 ekor sotong sederhana besarnya
1 cawan beras pulut
1 biji kelapa (diambil 2 cawan santan)
4 keping gula melaka
3 biji bawang putih (dihiris halus)
1 kotak pencungkil gigi
Aturan
1. Sotong dibersihkan dan dibuang
dakwatnya. Asingkan kepala dari badannya.
2. Beras pulut dicuci bersih dan
direndam selama kira-kira 20 minit.
Kemudian ditoskan.
3. Badan sotong disumbatkan dengan
beras pulut separuh penuh. Selepas itu
kepala sotong
disematkan ke badannya dengan pencungkil gigi supaya tidak
keluar pulutnya.
4. Aturkan sotong-sotong yang telah
berisi dan disemat ini ke dalam periuk
serta santan,
gula melaka dan bawang putih.
5. Masaklah dengan api yang sederhana
hingga kuahnya betul-betul pekat dan
kering serta
isinya masak, barulah diangkat.
|