Roti Boyan

Bahan² untuk membuat roti:
250g tepung gandum
200 cc air
1 sudu the gula pasir
Garam secukup rasa
Minyak untuk menggoreng
 

Intinya :
3 biji kentang, direbus hingga empok
1 labu bawang besar dimayang halus
1 batang daun sop dimayang
2 biji telur ayam
Garam secukup rasa

Cara² membuat intinya :

Kentang dibuang kulit, Kemudian dilenyek. Masukkan bawang dan daun sop, serta telur dan garam. Kacau hingga sebati, jangan terlalu cair. Kalau cair kurangkan telur, kalau pekat tambahkan telur.

Rotinya:

Campurkan garam dengan air.
Campurkan gula dengan tepung. 
Kemudian tuangkan air garam pada tepung. Uli hingga sebati dan menjadi satu doh.
Bagi satu doh hingga menjadi 4 ketul kecil. Canai 4 ketul kecil macam roti prata/canai. Taruk inti dan tutupkan dengan 1 keping doh .
Kemudian kelim tepinya seperti epok² . Panaskan kuali , taruk sedikit minyak. Goreng roti dengan api perlahan dan hingga inti masak.

Makanan ini sedap dimakan begitu sahaja atau cecah dengan sambal tumis.