Muka DepanLatar belakang Harisfazillah Bin JamelHimpunan Nota Oleh Harisfazillah Bin JamelSenarai Kempen Oleh Harisfazillah Bin JamelJaringan PilihanHantar sebarang cadangan dan teguran.


Info Terkini
Untuk memudahkan pertanyaan dan perhubungan diharapkan para pelawat dapat sertai senarai email dibawah ini atau melawat forum
Sertai Senarai Email Haris
Powered by groups.yahoo.com
   Join linuxmalaysia    
 MSN Groups

Button Exchange









Monitor page
for changes
    
   it's private  

by ChangeDetection



Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Tapak laman ini adalah laman himpunan pelbagai tulisan, hasil kerja, nota, artikel dan apa juga yang berkaitan dengan Harisfazillah Bin Jamel atau dengan nick di Internet hafnie. Ia umpama sebuah laman portal yang menghubungikan pelbagai sambungan yang berkaitan.

Pada awal penulisan ia banyak melibatkan perkara yang berkaitan dengan apa yang boleh dilakukan di Internet. Motto "Bukan Sekadar Internet Sahaja" menjadi inti pati penulisan. Internet bukan sekadar untuk mencari maklumat dan komunikasi malah ia menjadi sebuah komuniti dan pengguna Internet mewujudkan masyarakat tersendiri.

Kewujudan masyarakat Internet ini yang memerlukan panduan dan bimbingan agar ia tidak menjurus ke arah yang melanggar undang-undang negara dan budaya masyarakat Malaysia.

Matlamat laman ini adalah untuk menyampaikan informasi yang diperlukan. Miskipun ia tidak dapat merangkumi banyak perkara, ia akan dikhususkan untuk memberikan kesedaran kepada kepentingan Informasi dan Komunikasi (ICT). Bimbingan awal adalah penting dalam menjadikan penggunaan komputer dan Internet lebih bermakna dan mampu dilakukan oleh ramai individu.


Penulisan tentang ICT dalam bahasa Melayu dapat meningkatkan minat individu untuk meneruskan usaha mendalami ilmu ICT. Dengan meningkatnya minat ini boleh membuat seorang individu ingin meneruskan usahanya mendalami ICT. Dengan adanya panduan asas dalam bahasa Melayu, ia membolehkan individu yang berminat tidak keliru dalam mempelajari lebih lanjut lagi ilmu ICT yang kebanyakannya dalam bahasa Inggeris dan ia boleh menjadi langkah awal kepada individu yang berminat untuk membuka minda mempelajari bahasa Inggeris demi minat dan cita-citanya kepada dunia ICT. Untuk memangkin perkembangan komputer dan Internet, rasa minat perlu ditimbulkan.

Bukan Sekadar Internet Sahaja.

Salam hormat.

Wassalam.

Harisfazillah Bin Jamel

hafnie

Hakcipta Terpelihara - Harisfazillah Bin Jamel 2004 ©