|
|
Kandungan
|
MASYARAKAT SIAM DIMINTA JADIKAN PESTA SONGKRAN PRODUK PELANCONGAN PADANG BESAR, 13 April -- Masyarakat Siam di negeri ini diminta
menjadikan pesta Songkran atau pesta air sebagai satu produk pelancongan negeri
seperti mana perayaan kaum lain di Sabah dan Sarawak. Exco kerajaan negeri, Datuk Yazid Mat berkata, sehubungan itu masyarakat
Siam dikehendaki menokok tambah atau memberi input tambahan supaya sambutan
pesta itu lebih ceria dan mampu memikat pelancong. Beliau berkata, pesta Songkran yang bermaksud sambutan tahun baru
masyarakat Siam merupakan satu acara tahunan yang telah dimasukkan ke dalam
kalender pelancongan negeri Perlis. Yazid menyarankan perkara ini semasa merasmikan Pesta Songkran 2001
mewakili Menteri Besar, Datuk Seri Shahidan Kassim di wat Kubang Tiga dekat sini
hari ini. Pesta Songkran bukanlah sambutan keagamaan masyarakat Siam sebaliknya
lebih merupakan tradisi berhibur siram menyirami antara satu sama lain dengan
harapan tahun baru yang mendatang lebih ceria dan makmur. Yazid menambah kata, pesta Songkran perlu diteruskan dengan pelbagai
kaum mengambil bahagian bertujuan mengeratkan perpaduan di kalangan rakyat di
negara ini. Menurut beliau, pesta Songkran juga disambut di negeri Kedah dan
Kelantan yang mempunyai ramai penduduk Siam. Pesta yang berbentuk hiburan dan kebudayaan itu perlu mengetengahkan
aspek-aspek persamaan antara kaum bagi menjalinkan ikatan kerjasama dan bukannya Sumber:
Utusan Malaysia (Edisi Utara), April 14, 2001. |
|
|