|
|
Kandungan
|
ORANG SIAM BUMIPUTERA Saudara Astora, Saya adalah peminat
ruangan anda dan ini adalah kali pertama saya menulis ke ruangan ini. Saya
tertarik dengan kenyataan seorang yang mendakwa dirinya adalah salah seorang
daripada pemimpin Persatuan Siam Malaysia (saya tak pasti ada berapa ramai
pemimpin dalam persatuan tersebut, maklumlah saya bukan ahlinya) tentang isu
keturunan Siam. Memang kenyataan beliau tidak tepat. Dulu orang Thai di Thailand
pun digelar orang Siam. Sebutan sebenarnya ialah Sayam. Khon Sayam = orang Siam,
Meang Sayam = negeri Siam. Orang putih tulis Siam (Saiyem), orang Melayu sebut
Siam (baku), orang Siam di Malaysia sendiri pun terbawa-bawa sebut Siam. Thai, yang bermaksud
kebebasan adalah perkataan baru. Tidak dapat dipastikan sama ada salah seorang
pemimpin persatuan Siam ini telah berunding dengan rakan-rakan pemimpin yang
lain. Kalau sudah sependapat tentang isu ini, nampak sangatlah yang
pemimpin-pemimpin persatuan Siam ini terdiri daripada orang yang kurang cerdik
belaka. Saya harap pemimpin Siam
itu memberi perhatian kepada perkara-perkara lain yang dapat memberi faedah
kepada orang Siam daripada membangkitkan isu remeh ini. Pemimpin Siam tahu atau
tidak ketika ini berapa ramai pemuda Siam yang telah mati akibat AIDS, berapa
ramai yang sedang tunggu masa (HIV positif), berapa ramai janda-janda muda (tak
boleh pakai, siapa berani, silakan) yang telah dibalukan oleh pesakit-pesakit
AIDS ini? Pandang dan lihatlah berapa ramai orang Siam yang parah ketagih arak,
yang pantang ada peluang berkumpul pasti akan berjudi, yang ketagih nombor ekor,
yang bila ada duit akan berfoya-foya di Dannok, yang lupa anak-isteri kerana
gilakan perempuan Siam (Thailand). Bantulah remaja Siam yang bertungkus lumus
mengulang kaji pelajaran, tetapi masih tidak mendapat tempat di IPT.
Cadangkanlah kepada kerajaan supaya memberi kelonggaran kepada anak-anak Siam
untuk memasuki ITM (UiTM). Kata orang Siam bertaraf bumi, tetapi masuk ITM tak
boleh, beli rumah tak ada diskaun, tak boleh beli tanah rizab Melayu dan
sebagainya. Setakat dapat menyertai skim ASN/ASB tapi tak ada duit nak melabur,
buat apa. Pemimpin tertinggi persatuan yang juga merupakan Ahli Dewan Negara
semasa dicadangkan sesuatu usul oleh orang kampung untuk dimajukan kepada
kerajaan berkata beliau tidak berdaya dan suaranya kurang power kerana
beliau keseorangan di Dewan Negara. Katanya, nanti ahli-ahli
lain akan memboo beliau sambil berkata piiiirah lu. Cukuplah seorang
wakil. Kalau berarak ramai-ramai untuk menyampaikan sesuatu usul, itu demontrasi
atau rusuhan namanya, macam orang Keadilan dan Pas selalu buat. Sama ada senator
ini cuba untuk mencerdik macam pengikutnya yang masih mencari-cari asal usul
diri, tidak dapat dipastikan. Saudara Astora, jangan siarkan alamat e-mel saya
(e-mel saya untuk kegunaan pekerjaan sahaja, nanti kotak e-mel saya penuh, akan
menyukarkan saya). PHAN. JAWAPAN: Penulis
difahamkan memang ada perkara-perkara tertentu yang khusus bagi orang Melayu
seperti tanah rizab tidak boleh dituntut oleh orang Siam walaupun mereka
bertaraf bumiputera. Bagaimanapun, kedudukan orang Siam di Malaysia sebenarnya
jauh lebih baik daripada Melayu di Thailand. Ini kerana orang Melayu di Thai
yang dipanggil Thai Muslim itu walaupun merupakan penduduk asal yang menduduki
wilayah yang didirikan Thailand kini sejak ribuan tahun sebelum didirikan negara
Sukhothai pada tahun 1238, tetapi mereka tidak memiliki hak istimewa seperti itu. Memang ada kekurangan
pada masyarakat Siam di Malaysia, tetapi penulis percaya itu boleh diselesaikan
jika semua orang Siam bersatu. Masyarakat Siam yang berjumlah kira-kira 40,000
hingga 50,000 orang dan tinggal bertaburan di merata Kedah, Perlis dan Kelantan
tidak patut berbalah mengenai seorang senator yang dilantik oleh kerajaan. Tidak
ada sebab apa pun untuk berbalah. Pelantikan seorang senator itu tidak lebih
daripada penghormatan kerajaan kepada masyarakat Siam dan kerana jika mahu ikut
peratusan penduduk Siam, mereka sebenarnya tidak mempunyai kelayakan. Dengan itu tanpa
mengambil kira setuju atau tidak setuju dengan sahsiah senator berkenaan
anggaplah pelantikannya sebagai simbol masyarakat Siam dalam kerajaan. Itupun
sudah cukup. Segala tuntutan masyarakat Siam yang difikirkan perlu diberi
perhatian, hendaklah disalurkan melalui wakil-wakil rakyat di kawasan
masing-masing. Sumber: Utusan Malaysia 6 Mei 2001 |
|
|