[Utama][Sign Guestbook][View Guestbook][Website PBTM]

Kandungan

Anda adalah pengunjung ke

LIMA RAKYAT THAI DISYAKI MENYAMAR SAMI DITAHAN

PULAU PINANG... 9 Mei - Polis menahan tiga lelaki dan dua wanita rakyat Thai yang disyaki menyamar sebagai sami dan mengutip derma daripada orang ramai di sebuah kuil di Jalan Ayer Itam di sini, semalam.

Kelima-lima mereka yang berusia antara 30 hingga 50 tahun ditahan oleh sepasukan polis kira-kira pukul 10.00 pagi setelah menerima aduan daripada orang awam.

Ketua Polis Daerah Timur Laut Senior Asisten Komisioner Mustafa Abdullah berkata, kumpulan tersebut dipercayai masuk ke negara ini sebagai pelancong dan menginap di sebuah hotel di Seberang Perai selama menjalankan kegiatan itu.

Siasatan kami menunjukkan mereka mungkin bergiat dan dibawa masuk ke negara ini oleh sekumpulan sindiket. Mereka biasanya mengenakan pakaian sami atau rahib wanita sebelum keluar dan meminta wang daripada orang ramai di kuil dan kedai kopi, katanya di sini, hari ini.

Polis turut merampas beberapa biji mangkuk yang digunakan untuk mengutip wang dan sejumlah wang tunai daripada mereka. Kelima-lima mereka kini ditahan reman bagi membantu siasatan.

Mereka boleh didakwa di bawah Akta Imigresen yang membolehkan mereka didenda, disenarai hitam dari rekod kedatangan rakyat asing dan dihantar pulang ke negara asal jika disabitkan kesalahan.

Mustafa turut menasihatkan orang ramai agar berwaspada sekiranya didatangi orang yang meminta sumbangan atau derma dengan cara tersebut dan segera menghubungi polis di talian 04-2282222.

Sumber: Utusan Malaysia; 10 Mei 2001; Ruangan Utara; m/s 27.

on 19-12-02
Di bawah ini adalah pautan laman web yang menarik untuk dikunjungi.

 

 


[Pengenalan][Biodata][Masyarakat][Agama][Kebudayaan][Keratan Akhbar][Artikel][Alamat Wat][Galeri Foto][Buku Pelawat]

Copyright © 2002 manitc6, Hakcipta Terpelihara. Hubungi Webmaster.