|
|
Kandungan
|
PESTA MASYARAKAT SIAM LOY KRATHONG DISAMBUT MERIAH
ALOR SETAR 4 Nov. --
Kepelbagaian kaum, budaya, agama dan adat resam di negara ini terbukti apabila
masyarakat Siam di negeri ini telah menyambut pesta Loy Khrathong dengan penuh
warna-warni dan meriah dalam suasana aman. Perayaan yang turut
disambut di beberapa negara seperti Thailand, Burma, Kemboja dan juga Vietnam
itu telah berusaha lebih 700 tahun, kini terus kekal sebagai salah satu simbol
kekayaan budaya masyarakat Siam, khususnya di negara ini. Bagi masyarakat Siam
di Kedah, sambutan pada tahun ini diadakan dengan penuh kemeriahan dan antara
tempat yang dipilih sebagai pusat sambutan ialah di Sungai Baru di Jitra dan
Padang Pusing di Pendang. Di Wat Jitraram di
Jitra, kira-kira 2,000 telah memenuhi perkarangan wat sejak awal malam lagi,
sementara di Padang Pusing pula lebih 1,500 telah memeriahkan sambutannya. Selain daripada
menghanyutkan bunga teratai bersama lilin yang menyala di sungai, para
pengunjung yang datang ke pesta sambutan perayaan bunga ini turut dihiburkan
dengan pertunjukan kebudayaan, persembahan hiburan dan dapat menikmati pelbagai
juadah. Acara sambutan
bermula pada kira-kira pukul 11 malam apabila sekumpulan sami Buddha memulakan
upacara dengan membaca mantera dan diakhiri dengan menghanyutkan bunga teratai
di sungai menjelang pukul 12 malam. -- Utusan Malaysia, Ruangan Utara, 5 November 2001, ms. 27 |
|
|