|
|
Kandungan
|
MASYARAKAT SIAM WAJAR KENANG JASA KERAJAAN BN KANGAR: Masyarakat
Siam di negara ini diingatkan tidak terpengaruh dengan dakyah yang dibawa parti
pembangkang yang hanya mahu memancing undi. Presiden Persatuan
Siam Malaysia (PSM), Datuk Charern Intachart, berkata masyarakat Siam di negara
ini sudah menikmati pelbagai kemajuan dan pembangunan di bawah pemerintahan
kerajaan Barisan Nasional (BN). Oleh itu, katanya,
tidak wajar mereka mengetepikan begitu saja sumbangan dan jasa kerajaan BN
terhadap mereka walaupun hanya golongan minoriti di negara ini. “Walaupun kita (orang
Siam) hanya golongan minoriti, kerajaan BN tidak pernah mengabaikan atau
mengamalkan diskriminasi terhadap kita. Malah, kita berterima kasih dan
berbangga kerana turut menerima pelbagai kemudahan sebagaimana yang diterima
oleh kaum lain yang lebih besar, terutama Melayu dan Cina. “Antaranya, melantik
wakil orang Siam menjadi Ahli Dewan Negara manakala di Perlis, wakil orang Siam
dilantik sebagai ahli majlis Kerajaan Tempatan serta pegawai khas menteri besar,”
katanya. Beliau berkata
demikian kepada pemberita selepas majlis perjumpaan dengan masyarakat keturunan
Siam di Bilik Gerakan BN di Kampung Guar Syed Alwi, di sini, malam kelmarin. Turut hadir, Menteri Besar, Datuk Seri Shahidan Kassim, bekas Setiausaha Dewan Ulama Pas Machang, Kelantan, Wan Ismail Wan Ahmad serta Yang Dipertua Persatuan Siam negeri Perlis (PSPs), Siw Chun a/p Eam. Lebih 200 penduduk
keturunan Siam termasuk 43 pengundi dari beberapa kampung dalam kawasan pilihan
raya kecil Indera Kayangan, hadir pada majlis itu. Charern yang juga Ahli
Dewan Negara, berkata ketika ini ada 50,288 orang Siam di seluruh negara dengan
jumlah paling ramai di Kedah, Kelantan dan Perlis manakala selebihnya di Perak,
Pulau Pinang, Terengganu dan Wilayah Persekutuan. Mengenai pilihan raya
kecil Indera Kayangan, beliau berkata masyarakat Siam di Perlis khususnya di
Indera Kayangan tidak mempunyai pilihan melainkan mengundi calon BN, Oui Ah Lan.
“Saya percaya
masyarakat Siam di negara ini, termasuk di kawasan Indera Kayangan, Perlis tidak
akan membuat pilihan yang salah pada pilihan raya 19 Januari ini. “Mereka akan keluar
beramai untuk memberi sokongan 100 peratus kepada calon BN. Walaupun jumlahnya
kecil, undi mereka tetap dianggap penting bagi memastikan kemenangan calon BN,”
katanya. Charern berkata, bagi memastikan calon BN menang, ramai orang Siam dari luar Perlis, termasuk Kubang Pasu dan Padang Terap di Kedah, Pulau Pinang dan Kelantan berkampung di kawasan Indera Kayangan sejak beberapa hari lalu. Sumber: Berita Minggu 13 Jan
2002.... |
|
|