|
|
Kandungan
|
BELIA THAI TURUT SEDIH KEPUTUSAN DR. MAHATHIR BERSARA Saudara Pengarang, SAYA bagi pihak
belia Thai warganegara Malaysia berasa terharu dan sedih sekali setelah mendapat
berita mengenai pengumuman Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri
Malaysia (PM) untuk meletak jawatan melalui media massa. Bagi saya, bukan
masanya PM meletak jawatan kecuali jika beliau tidak sihat. PM haruslah memberi
tempoh masa yang sesuai untuk proses peralihan kepada pengganti beliau supaya
perletakan jawatan beliau tidak akan menggugatkan kestabilan negara dari segi
ekonomi dan politik. PM amat diperlukan
bukan sahaja oleh rakyat Malaysia malah oleh negara-negara dunia ketiga. Masyarakat hai juga masih mundur dan masih mengharapkan bantuan kerajaan. Kami mohon maaf dan berharap agar PM dapat meneruskan kepimpinan beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia. Bukan niat kami untuk mengheret PM bekerja hingga ke akhir hayat cuma masanya untuk bersara belum tiba. – MANIT A/L SEE NAM, Naib Presiden, Persatuan Belia Thai Malaysia, (www.beliathai.org.my). Sumber: Utusan Malaysia, July 02 , 2002. |
|
|