|
Kandungan |
PANDANGAN PHRA PHIAN SACCAVARO, WAT PHIKULTHONG, KELANTAN Charen
Phorn semua ahli-ahli PBTM, Sebagai
seorang Phra Thai Malaysia yang sedang menuntut di luar negara, saya sungguh
terkejut menerima berita tentang pergolakan yang sedang berlaku di kalangan
Masyarakat Thai Malaysia. Saya tidak menyebelahi mana-mana pihak. Setakat yang
saya baca surat dari PBTM saya dapat bayangkan situasi disana. Tentang penubuhan
PBTM, sekiranya ia tidak menyalahi undang-undang, maka ianya dianggap sah dan
teruskan. Sebagai pemimpin senior, mereka seharusnya mempunyai fikiran yang
terbuka dan memberi peluang kepada belia-belia untuk menonjolkan bakat mereka.
Saya rasa di era 2000 yang penuh dengan cabaran, pemimpin senior seharusnya
menerima hakikat tentang kelemahan mereka. Pada
pendapat saya, penubuhan banyak persatuan tidak mendatangkan masalah sekiranya
masyarakat Thai Malaysia dapat bersatu padu. Penubuhan banyak persatuan bukan
melambangkan perpecahan di kalangan masyarakat sebaliknya melambangkan kesedaran
masyarakat bertungkus lumus untuk membawa perubahan ke arah pembangunan di
kalangan masyarakat. Saya tidak ingin melihat masyarakat Thai Malaysia berpecah
belah disebabkan isu yang remeh-temeh. Pepatah mengatakan "Bersatu kita
teguh, Bercerai kita roboh". Renungkan seketika. Sekiranya para pemimpin
tidak mempolitikkan persatuan maka ianya tidak menjadi masalah. Sebolehnya
persatuan yang ditubuhkan mestilah bermatlamat untuk membantu Masyarakat Thai ke
arah pembangunan dan bukannya untuk mendapat kuasa politik. Tetapi yang penting
ialah, apakah objektif penubuhan sesuatu persatuan? Setakat yang saya tahu
beberapa persatuan masyarakat Thai Malaysia telah mati tak berkubur disebabkan
tak berwawasan. Apa
yang ingin saya tegaskan ialah mana-mana persatuan masyarakat Thai Malaysia
tidak seharusnya mempolitikkan persatuan. Sekiranya mereka ingin berpolitik,
jangan menyalahgunakan atau menggadai maruah masyarakat Thai Malaysia. Saya rasa
masyarakat Thai belum lagi berkelayakkan untuk berpolitik. Banyak lagi kelemahan
yang harus diperbaiki. Persoalannya, sekiranya mereka mempergunakan persatuan
masyarakat Thai Malaysia untuk berpolitik, mampukah mereka membela nasib
beribu-ribu orang Thai Malaysia yang dianggap minoriti? Cuba renungkan seketika,
berapa orangkah masyarakat Thai Malaysia yang berwibawa? Berapa orangkah
masyarakat Thai Malaysia yang berkelulusan political science atau PhD. Pada
pendapat saya, masyarakat Thai Malaysia sekarang seharusnya memberi tumpuan ke
arah pembangunan akademik belia-belia di masa hadapan. Pepatah English
mengatakan bahawa "Education is most essential to establish a nation, train
its leaders and its people". Sebagai
pemimpin senior, mereka sepatutnya menghormati pandangan belia-belia. Apa
maksudnya demokrasi? The Buddha telah bersabda didalam Mahaparinibbana sutta of
Digha Nikaya seperti berikut "Na Abhinandhitabbang, Na Patikkosittabbang.
Maksudnya "Apabila seseorang mengemukakan sesuatu idea, kita tidak
seharusnya menerima atau menolak secara tiba-tiba sebaliknya renungkan seketika
apa yang mereka kemukakan. Sekiranya ia berfaedah kepada orang ramai maka
terimalah idea tersebut. Tentang kebenaran, keikhlasan dan kejujuran, tiada
sesiapa yang mengetahui selain dari diri anda sendiri. Oleh sebab itu tanyalah
diri sendiri. Sekiranya anda fikir anda berjuang ke arah kebenaran dan untuk
membela nasib masyarakat Thai, maka teruskan. Saya
bersyukur kerana PBTM tidak mempolitikkan persatuan. Saya mencadangkan supaya
PBTM memberi tumpuan sepenuhnya pada pembangunan akademik, social, ekonomi dan
keagamaan. Setakat pengetahuan saya "Politic is dirty, Politician is
unreliable". Ini adalah reality. Kebanyakkan politicians mementingkan diri
sendiri. Tentang menghadkan urusan masyarakat Thai kepada satu saluran rasmi
sahaja, saya rasa ianya akan membawa padah kepada masyarakat Thai sendiri.
Sebagai generasi yang berpendidikan, hak asasi manusia Sekiranya
Penaung PBTM menyokong, maka pihak saudara teruskan sajalah. Saya tahu yang
segala-gala pengorbanan yang Yang Berbahagia Phra Palad Buntham lakukan selama
ini, adalah bukan untuk kepentingan peribadi beliau. Beliau adalah seorang
Bhikkhu yang berwawasan dan berpandangan jauh. Matlamat beliau adalah untuk
melihat masyarakat Thai Malaysia menuju ke arah pembangunan, berwibawa dan
memartabatkan bangsa Thai dimata dunia dan bukannya soal politik. Oleh sebab itu,
selesaikanlah isu tersebut secara aman. Sebelum mengakhiri pendapat saya, saya
ingin memnyampaikan kepada anda semua the message of The Buddha in Dhammapada
"Darkness can not be dispelled by darkness, but by brightness; Hatred never
overcome by hatred, but by loving and kindness". Saya
rasa setakat ini sajalah dan saudara janganlah terlalu serius dengan apa yang
huraikan. Saya berani memperkatakan ini semua kerana ianya adalah kebenaran. Di
akhir ini, saya benar-benar berharap agar PBTM terus maju, berpendirian tegas
dan jangan sekali-kali mempolitikkan PBTM. Detik-detik hitam tidak akan wujud
pada manusia yang memegang prinsip KEBENARAN.(The Truth). Buddho Dhammo Sangho.
Tentang apa yang saya cadangkan di e-mail yang terdahulu, saya bukannya kuat
dengan sifat kenegerian tetapi saya ingin melihat Masyarakat Thai Malaysia dan
Buddhasasana terus maju. Tentang masalah komunikasi di antara pihak saudara dan
Yang Berbahagia Phra Palad Buntham saya faham. Saya akan cuba memaklumkan Yang
Berbahagia Phra Palad Phiang tentang cadangan saya. Sebenarnya saya terpaksa ke
Internet cafe kerana tak mampu buat connection di computer sendiri kerana bil
terlalu mahal. Jadi bila ke cafe saya terpaksa bayar mahal juga. Tapi saya
lakukan ini semua demi masyarakat Thai Malaysia. Sadhu!
Sadhu! Sadhu. Yours
in the Dhamma Phra
Phian Saccavaro, Sri Lanka. E-mail: saccavaro@hotmail.com.
22 Jun 2000 |
|
![]()
|