[Utama][Sign Guestbook][View Guestbook][Website PBTM]

Kandungan

Anda adalah pengunjung ke

JAWATANKUASA HAL EHWAL MASYARAKAT SIAM KEDAH

Menteri Besar Kedah, YAB Datuk Seri Syed Razak Syed Zain telah berbesar hati menubuhkan Jawatankuasa Hal Ehwal Masyarakat Siam Kedah bagi menjaga hal ehwal masyarakat kita di negeri Kedah. Beliau juga telah melantik YB Datuk Fong Chok Gin sebagai pengerusi jawatankuasa tersebut. Ahli-ahli jawatankuasanya terdiri daripada pemimpin-pemimpin Persatuan Siam Malaysia dari peringkat cawangan di setiap daerah.

Tujuan penubuhanmjawatankuasa ini adalah bagi membantu masyarakat Siam di Kedah dari pelbagai aspek pembangunan. Jawatankuasa ini juga adalah sebagai salah satu saluran bagi masyarakat Siam di Kedah untuk  menyuarakan pendapat mereka di Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah. Ini merupakan satu perkembangan positif bagi masyarakat kita di negeri Kedah.

Mesyuarat pertama jawatankuasa ini telah diadakan pada 20 Ogos lalu di Wisma Negeri, Alor Setar, Kedah yang dipengerusikan oleh Datuk Fong. Pelbagai masalah masyarakat kita telah dibangkitkan dalam mesyuarat tersebut. Keputusan mesyuarat tersebut memutuskan bahawa setiap daerah menyiapkan profail masing-masing mengenai masyarakat Siam termasuk dari aspek permasalahan dan kegiatan masyarakat di kawasan berkenaan.

Pada 9 September 2001, sekali lagi mesyuarat jawatankuasa tersebut diadakan di Wisma Negeri, Alor Setar, Kedah. Dalam mesyuarat tersebut hanya 3 daerah sahaja yang berjaya menyiapkan profail daerah masing-masing. Ini menunjukkan bahawa ada pemimpin kita yang tidak bersungguh-sungguh dalam menjalankan tugas mereka. Masa yang diberi cukup lama iaitu 20 hari tetapi masih ada yang belum buat apa-apa. Cuma pandai berkata-kata tetapi tiada tindakan susulan. Siapakah yang patut dipersalahkan dalam perkara ini, pihak kerajaan atau kita sendiri?

Dalam mesyuarat tersebut juga, Setiausaha Akhbar kepada Menteri Besar Kedah telah menyampaikan keinginan Menteri Besar Kedah berjumpa dengan masyarakat Siam seluruh Kedah. Kampung Titi Akar, Pendang, Kedah sekali lagi diberi mandat sebagai tuan rumah untuk menganjurkan majlis perjumpaan tersebut. Sebelum ini, kampung tersebut telah menjadi tuan rumah majlis perjumpaan Perdana Menteri dengan masyarakat Siam Kedah pada 14 Januari 1996.

Mesyuarat khusus penganjuran majlis tersebut akan diadakan pada 25 September ini di Bilik Mesyuarat, Pejabat Daerah Pendang. Semoga majlis ini berjaya dianjurkan seperti apa yang akan dirancangkan. Syabas saya ucapkan kepada semua yang terlibat.

Oleh Biro Penerangan PSM, 17 September 2001

on 19-12-02
Di bawah ini adalah pautan laman web yang menarik untuk dikunjungi.

 

 


[Pengenalan][Biodata][Masyarakat][Agama][Kebudayaan][Keratan Akhbar][Artikel][Alamat Wat][Galeri Foto][Buku Pelawat]

Copyright © 2002 manitc6, Hakcipta Terpelihara. Hubungi Webmaster.