[Utama][Sign Guestbook][View Guestbook][Website PBTM]

Kandungan

Anda adalah pengunjung ke

MAJLIS MAKAN MALAM MERAIKAN SENATOR BARU

Satu majlis makan malam meraikan perlantikan YB Senator Siw Chun a/p Eam sebagai Ahli Dewan Negara di Parlimen akan diadakan di Hotel Sentosa, Jalan Putra, Alor Setar, Kedah pada 11 Oktober 2002 (Jumaat) mulai jam 7.30 malam. Sebanyak 50 buah meja telah ditempah untuk majlis tersebut. Setiap orang akan dikenakan bayaran sebanyak RM30.00. Satu meja berharga RM300.00.

Sepatutnya YB Senator Siw Chun a/p Eam yang sponsor untuk majlis tersebut di atas kejayaan beliau mendapat jawatan tersebut sebagai tanda terima kasih kepada penyokong-penyokongnya. Orang yang banyak mendapat kepentingan di atas perlantikan tersebut adalah Puan Siw Chun sendiri. Kebanyakkan masyarakat Thai/Siam miskin. Bayaran RM30.00 seorang agak tinggi bagi orang yang berpendapatan rendah ibaratkan ayam, kias pagi makan pagi kias petang makan petang.

Tambahan pula, semasa Y.B. Puan Siw Chun menyampaikan ucapan di majlis tersebut, beliau sepatutnya mengucapkan terima kasih kepada semua para hadirin yang hadir kerana sudi melapangkan masa hadir untuk memberi sokongan kepada beliau. Tetapi beliau mengambil kesempatan itu untuk menghentam orang tertentu secara umum di hadapan orang ramai. Majlis yang meriah seperti majlis mongkol secara automatik berubah menjadi majlis sedih seperti majlis uppakmongkol akibat keterlanjuran beliau sendiri. 

Maaf kalau saya katakan, Y.B. kita seorang yang pendendam.

 

on 19-12-02
Di bawah ini adalah pautan laman web yang menarik untuk dikunjungi.

 

 


[Pengenalan][Biodata][Masyarakat][Agama][Kebudayaan][Keratan Akhbar][Artikel][Alamat Wat][Galeri Foto][Buku Pelawat]

Copyright © 2002 manitc6, Hakcipta Terpelihara. Hubungi Webmaster.