|
|
Kandungan
|
LEBIH TEPAT THAI MALAYSIA DIKATEGORI BERKETURUNAN THAI Masyarakat Thai
adalah golongan minoriti di Malaysia. Terdapat seramai lebih kurang 60,000 orang
masyarakat Thai di Malaysia. Kebanyakkannya menetap di kawasan utara Semenanjung
Malaysia. Walaupun negara kita telah mencapai kemerdekaan lebih 40 tahun,
masyarakat kita di Malaysia masih dilema dalam menetapkan keturunan mereka. Ada
yang menggunakan "Thai" dan ada yang menggunakan "Siam".
Persoalannya Thai atau Siam? Setelah YB. Senator
Datuk Charern Intachat mengambil alih kepimpinan Persatuan Thai Malaysia (PTM)
yang ditubuhkan pada 6 September 1976 maka persatuan tersebut telah ditukarkan
nama kepada Persatuan Siam Malaysia (PSM) pada tahun 1999.
Sejak itulah berlakunya percanggahan pendapat dalam penetapan keturunan
di kalangan masyarakat Thai di Malaysia. Inilah kesilapan yang besar yang
dilakukan oleh para pemimpin masyarakat ini. Mereka telah membuat keputusan
tanpa usul periksa. Sepanjang
penggunaan nama PTM selama 25 tahun, tidak ada sebarang masalah yang timbul.
Tetapi setelah penukaran nama persatuan dilakukan, maka wujudlah masalah ini.
Golongan yang menyokong penggunaan Siam menyatakan bahawa penggunaan Thai akan
membawa masalah dalam proses permohonan tanah rizab Melayu. Penggunaan
Thai akan dianggap sebagai pendatang asing. Penggunaan Thai bercanggah dengan
pendapat orang tua-tua. Persoalannya, betulkah penggunaan Thai membawa masalah?
Kalau betul, kenapa masalah ini tidak berlaku dalam tempoh 25 Izinkan saya
mencari jawapan kepada persoalan tersebut. Akhirnya saya jumpa jawapannya dalam
buku kamus bahasa Thai. Menurut kamus tersebut perkataan "Siam" adalah
nama negara iaitu negara Siam sejak zaman pemerintahan Raja Mongkut. Kemudiannya
Negara Siam ditukarkan nama kepada Thailand pada 24 Jun 1939 dan kekal hingga
sekarang. Sementara perkataan "Thai" pula bermaksud kebebasan adalah
nama bangsa atau suku kaum. Maka jelaslah bahawa masyarakat kita di Malaysia
bukannya berketurunan Siam. Kita adalah warganegara Malaysia berketurunan Thai. Langkah Jabatan
Pendaftaran Negara Malaysia menetapkan kategori keturunan kita sebagai Thai
adalah tepat sekali. Begitu juga PBTM, Ruamthai dan pihak wat yang menggunakan
Thai adalah tindakan yang bijak dan tepat. Semoga penjelasan
ini, dapat memberi gambaran yang jelas kepada pelbagai pihak mengenai status
keturunan kita di Malaysia. Rujukan:
Kamus Bahasa Thai (Photcananukrom);Tahun 2525 (1982); m/s 414 & 802
dan Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia. (Artikel ini disiarkan dalam akhbar Utusan Malaysia pada 8 Februari 2001 dan Berita Harian pada 14 Februari 2001) |
|
|