|
MATI
PUCUK LELAKI MENDERITA DALAM DIAM
PADA 1994, kajian ke atas
lelaki berumur di Massachusetts mendapati bahawa lebih setengah bilangan
lelaki berusia antara 40 hingga 70 tahun menghadapi masalah untuk mencapai
atau mengekalkan ketegangan. Ia juga berlaku di kalangan pemuda berusia
20-an dan 30-an. Manakala, penyelidikan pasaran menunjukkan bahawa usia
purata penghidap penyakit lemah tenaga batin atau erectile dysfunction di
benua Asia lebih muda dengan penghidap di negara China bermula ketika
berusia 42 tahun. Jepun dan Malaysia, 44 tahun. Secara rambang, kira-kira
100 juta lelaki di seluruh dunia dianggarkan menghadapi masalah lemah
tenaga batin. Malah hampir sejuta lelaki di Malaysia akan menghadapi
masalah tersebut.
Lemah tenaga batin dikaitkan sebagai ketidakupayaan
yang berterusan untuk mencapai atau mengekalkan ketegangan yang secukupnya
bagi menghasilkan satu aktiviti seks yang memuaskan. Ia merupakan satu
masalah yang meluas namun jarang diperkatakan di kalangan lelaki
terutamanya di dalam masyarakat Asia.
Bagi masyarakat Asia, adalah sesuatu yang amat
mengaibkan untuk memperkatakan tentang penyakit ini secara terbuka. Banyak
beranggapan 'kejantanan' lelaki terletak pada kehebatan mereka di ranjang.
Justeru kerana tidak mahu diperolok-olokkan kawan-kawan, maka penghidap
lemah tenaga batin lebih rela menderita dalam diam. Lebih memburukkan
keadaan andai mereka juga keberatan untuk membincangkan isu ini dengan
pasangan atau mendapatkan nasihat doktor.
"Lelaki yang mempunyai masalah lemah tenaga batin
perlu mengambil langkah permulaan untuk mengetahui bahawa mereka tidak
perlu menderita dalam diam. Walaupun, ia merupakan penyakit serius tetapi
boleh diubati. Lebih baik menemui pakar urologi atau sakit tuan jika
terdapat tanda awal masalah tersebut agar dapat dirawat segera," kata
Pendaftar Perbidanan Pusat Rawatan Islam, Dr Mohd Daud Yahya.
Kebanyakan orang merujuk penyakit ini sebagai mati
pucuk mungkin disebabkan anggapan negatif yang tertanam di benak mereka
sejak sekian lama. Justeru kebanyakan lelaki mengelakkan diri daripada
mendapatkan bantuan doktor. Sesetengahnya pula bimbang bahawa ujian yang
dijalankan untuk mendiagnosa masalah lemah tenaga batin akan menyebabkan
ketidakselesaan. Tambahan pula lelaki tidak tahu apa yang boleh diharapkan
jika mereka mendapatkan rawatan dan akibatnya menimbulkan kekecewaan.
"Sebahagian besar pesakit di Asia, merangkumi
47peratus cuba mendapatkan rawatan sendiri melalui perubatan tradisional
seperti berurut, minum air tongkat Ali, memakan ikan linang, serbuk badak
sumbu dan ubat-ubat tradisional lain. Cara-cara tradisional boleh juga
membantu tetapi fungsinya tidak sama. Urutan boleh membantu daya keteganan
apabila bekalan darah dapat mengalir ke buah zakar tetapi urutan tidak
meningkatkan libido (ghairah seks). Sebaliknya, amalan memakan ubat-ubat
tradisional boleh meningkatkan libido tetapi bukan untuk ketegangan.
Untuk mendapatkan kepuasan seks, libido dan ketegangan
perlu jalan seiring. Dianggarkan 3 8 peratus pesakit menunggu sehingga
lebih enam bulan sebelum meminta bantuan doktor sementara dua pertiga lagi
menunggu sehingga 12 bulan, ielas Dr Daud.
Mengapa mati pucuk berlaku?
-
Masalah lemah tenaga batin biasanya berlaku akibat
gangguan vaskular yang menjejaskan bekalan darah ke zakar. Perjalanan
darah boleh terganggu akibat pengerasan arteri (arteriosclerosis),
diabetes, tekanan darah tinggi atau tahap kolesterol dalam darah yang
luar biasa tingginya. Diabetes (kencing manis) merupakan satu-satunya
masalah utama yang boleh dikaitkan dengan lemah tenaga batin. Ia boleh
menimbulkan kesukaran seksual lelaki pada sebarang usia melalui
gangguan sistem perjalanan darah dan saraf yang terlibat untuk
merangsang ketegangan. Kesannya, kira-kira setengah daripada penghidap
diabetes lelaki akan menghidapi masalah lemah tenaga batin.
-
"Selain berpunca daripada keadaan fizikal,
keadaan psikologi juga boleh menyebabkan masalah ini. Ketegangan
perasaan, bebanan kerja, keletihan, perkahwinan yang tidak harmoni
juga boleh menyebabkan lelaki menghadapi masalah ketidakupayaan.
Sebenarnya, masalah ini adalah masalah perubatan yang biasa dan lelaki
tidak pernah keseorangan menghadapinya. Cuma, tanpa rawatan segera, ia
boleh menyebabkan banyak masalah emosi yang seterusnya menjejaskan
imej diri, hilang keyakinan, ketegangan fikiran dan masalah
perhubungan suami isteri.
-
"Masalah kesihatan lain yang boleh menyebabkan
lemah tenaga batin ialah gangguan neurologi seperti sclerosis
berbilang, penyakit alzemir (angin ahmar) dan trauma akibat kecederaan
pelvik atau tulang belakang. Pembedahan khususnya penyakit prostat dan
terafi radiasi juga boleh menjejaskan fungsi tenaga batin sama seperti
sesetengah ubat yang dipriskripsi untuk merawat penyakit seperti
tekanan darah tinggi, ketegangan perasaan, penyakit jantung, ulser
gastrik dan barah," katanya.
-
Ini dikuatkan lagi dengan pendapat Pakar Urologi
merangkap Presiden Persatuan Penyelidikan Lemah Tenaga Batin bagi Asia
Pasifik (APSIR), Dr Tan Hui Meng, yang mengatakan bahawa
sebelum ini masalah lemah tenaga batin dianggap berlaku akibat masalah
psikologi. Kini, para penyelidik mendapati empat daripada lima lelaki
yang menderitai masalah tersebut mempunyai masalah yang berpunca
daripada keadaan fizikal. Penyebab utama lemah tenaga batin biasanya
berkaitan dengan diabetes, penyakit jantung dan masalah hati.
-
Menurut kajian yang dijalankan oleh Pfizer
berkaitan rawatan lemah tenaga batin di Asia, 25 peratus pesakit lemah
tenaga batin juga menghidapi tekanan darah berlebihan (hypertension),
15 peratus menghidap prostatik hyperlasia ringan, 13 peratus menghidap
diabetes jenis 11, sembilan peratus menghidap penyakit vaskular,
sembilan peratus menghidap diabetes jenis 1, sembilan peratus
menghidap keadaan psikitrik, tujuh peratus menghidap trauma pelvik dan
dua peratus mengalami kecederaan tulang belakang.
-
"Kurangnya komunikasi antara pasangan dan
pakar penjagaan kesihatan lambat laun boleh membawa kesan negatif.
Masalah lemah tenaga batin boleh menjejaskan perhubungan suami isteri.
lika isteri mengetahui bahawa suaminya menghadapi penyakit tersebut,
dia boleh-membantu dengan menggalakkan suaminya membicarakan perkara
tersebut secara terbuka. Ketika inilah peranan pasangan penting dalam
membantu merawat masalah lemah tenaga batin," tegas beliau sambil
menekankan pengorbanan dan pemahaman isteri amat dituntut demi
kesejahteraan rumah tangga.
-
Sambung Dr Daud, faktor gaya hidup juga penting.
Merokok misalnya boleh menyempitkan aliran darah ke zakar dan
memburukkan keadaan vaskular seperti tekanan darah tinggi. Meminum
minuman beralkohol secara berlebihan serta penyalahgunaan dadah boleh
memburukkan lagi masalah tersebut.
WANITA, OGOS 1998, M/S 129-131
|