Mesti Renung Kebesaran Allah
Updated on Selasa, 01/02/2005 by MarHazK
Syarahan oleh Ustadz Dr Hj Jamnul Azhar lulusan Universiti Al-Azhar, Mesir dalam bidang agama dan kedoktoran.
Tajuk syarahan yg diberi ialah Penyakit Berjangkit, Bala dari Allah atau dari kerosakan manusia. Jadi pada permulaan syarahan dia memberi kesimpulan bahawa setiap penyakit itu datangnya dari Allah, tetapi manusia ada menyumbangkan faktor-faktor kepada penyakit-penyakit yang sedia ada. Kita sebagai manusia telah dipertanggungjawabkan ke atas kesihatan badan kita, maka kita haruslah berusaha supaya diri kita dalam keadaan sihat agar dapat beribadat kepada Allah.
Doktor memulakan syarahannya dengan membawa para hadirin memikirkan sejenak dengan hadith yg maknanya sedikit sebanyak "Dalam diri-diri kamu ada kebesaran Tuhan". Doktor menyuruh kita melihat kedua tapak tangan kita dan perhatikan garis-garis di tapak tangan kita. Garisan-garisan di tangan kiri menunjukkan angka 8 dan 1 dalam Bahasa Arab dan tangan kanan 1 dan 8 dan membawa ke jumlah 81 + 18 = 99 iaitu bilangan nama Allah.
Berikut adalah antara intipati syarahannya secara ringkas:-
1.Cara makan, kenapa kita gunakan tangan?
- Mengikut cara Rasulullah s.a.w, beliau aakan menggaulkan lauk dan nasi dengan
tangan kanannya dan kemudian membiarkan sebentar, lalu Rasulullah akan mengambil
sedikit garam menggunakan jari kecilnya(yg last tu), lalu Rasulullah akan
menghisap garam itu. Kemudian barulah Rasulullah makan nasi dan lauknya.
Mengapa?
- Kerana kedua belah tangan kita ada mengeeluarkan 3 macam enzim, tetapi konsentrasi di tangan kanan kurang sedikit dari yg kiri. Ini adalah kerana enzim yg ada di tangan kanan itu merupakan enzim yg dapat menolong proses penghadaman (digestion), ia merupakan the first process of digestion.
Mengapa menghisap garam?
- Kerana garam adalah sumber mineral dari tanah yg diperlukan oleh badan kita. Dua cecah garam dari jari kita itu adalah sama dgn satu liter air mineral. Kita berasal dari tanah maka lumrahnya bahan yang asal dari bumi (tanah) inilah yg paling berkhasiat untuk kita.
Kenapa garam?
- Selain dari sebab ia adalah sumber minerral, garam juga adalah penawar yang paling mujarab bagi keracunan, mengikut Dr, di hospital-hospital, the first line of treatment for poisoning adalah dengan memberi Sodium Chloride, iaitu GARAM. Garam juga dapat menghalang sihir dan makhluk-makhluk halus yang ingin mengganggu manusia.
Cara Rasulullah mengunyah Rasulullah akan mengunyah sebanyak 40 kali untuk membiarkan makanan itu betul-betul lumat agar perut kita senang memproseskan makanan itu. Membaca Basmalah(Bismillahirrahma Nirrahim)
- Membaca Basmalah sebelum makan untuk menngelakkan penyakit. Kerana bakteria dan racun ada membuat perjanjian dengan Allah, apabila Basmalah dibaca maka bakteria dan racun akan musnah dari sumber makanan itu.
Cara Rasulullah minum
1. Janganlah kita minum berdiri walaupun ia makruh tetapi ia makruh yang menghampiri kepada haram.
2. Jangan kita minum dari bekas yg besar dan jangan bernafas sedang kita minum.Kerana apabila kita minum dari bekas yg besar, lumrahnya kita akan meneguk air dan dalam proses minum tu, kita tentu akan bernafas dan menghembuskan nafas dari hidung kita. Kerana apabila kita hembus, kita akan mengeluarkan CO2 iaitu carbon dioxide, yg apabila bercampur dgn air H20, akan menjadi H2CO3, iaitu sama dgn cuka, menyebabkan minuman itu menjadi acidic.
3. Jangan meniup air yg panas, sebabnya sama di atas.Cara minum, seteguk, bernafas, seteguk bernafas sehingga habis.
Mengapa Islam menyuruh di sebat 100 kali orang belum berkahwin yang berzina, dan merejam sehingga mati org yang sudah berkahwin yang berzina?
- Badan manusia akan mengeluarkan sel-sel darah putih atau antibodi yang dapat melawan penyakit. Dan sel-sel ini terdapat di daerah tulang belakang, berdekatan dengan sum-sum tulang manusia. Lelaki yang belum berkawin dia akan dapat mengeluarkan ber
End OF Page