UPACARA KEAGAMAAN
Kebanyakan upacara keagamaan yang dijalankan oleh orang-orang asli di Sarawak pada zaman dahulu selalunya menggunakan barang-barang seperti kayu yang diukir mengikut kepercayaan. Antara ukiran kayu yang terkenal adalah kayu yang diukir berbentuk imej dan topeng.
Topeng yg diperbuat dpd kayu yg disapu dgn jelaga dan dicat putih dgn menggunakan kapur.fungsi topeng ini adalah sbg indai guru(Emak Guru). Ianya dipakai hanya pd masa - masa tertentu shj bagi menakutkan budak- budak nakal
Keliring
Terdapat dua jenis struktur yang dibina iaitu Keliring
(tiang kubur) dan Salong (lubang kubur). Keliring dibuat daripada batang
kayu yang besar dan keras yang diukir dari atas hingga kebawah. Terletak di tepi
bahagian atas adalah ruang untuk mayat hamba abdi dan pengikut sementara di
lubang atas adalah tempat menyimpan tempayan yang mengandungi tulang ketua.
Lantai batu berat terletak di atas lubang tersebut. Biasanya dimiliki oleh
golongan berada.
Pondok Salong
Pondok Salong disokong sama ada oleh satu ataupun maksimumnya empat tiang yang tinggi. Pondok pengebumian selalunya dimiliki oleh golongan aristokrat di mana tulang mereka diletakkan di dalam tempayan dan diletakkan di ruang pondok yang dipenuhi hiasan berbentuk putaran dan motif.
Patung penyakitan (Bewon)
Secara tradisinya kaum Melanau mempunyai system upacara yang lengkap bagi menyembuhkan sebarang jenis penyakit yang di ketuai oleh bomoh atau dukun yang akan cuba menghalau roh jahat keluar dari tubuh mangsa. Semakin serius penyakit yang dihadapi maka semakin sulitlah upacara yang dijalankan. Bagaimanapun, jika semua ini menemui kegagalan maka semangat bayoh akan menjalankan upacara berayun dibantu dengan patung penyakitan yang diukir. Patung penyakitan (Bewon) akan diukir dengan segera dari kayu lembut. Mereka mengambil bentuk semangat yang dipercayai menyebabkan penyakit tersebut. Dukun menggunakan patung untuk memindahkan semangat yang menyebabkan penyakit daripada tubuh mangsa, selepas itu patung tersebut ditenggelamkan dalam sungai atau disembunyikan dalam hutan.
Adalah menjadi tradisi lama komuniti Melanau sekiranya salah seorang daripada mereka meninggal dunia, simati akan diberikan pakaian dan dibaringkan di ruangan rumah. Satu pinggan biru dan putih diletak di bawah kepalanya, sementara pinggan seramik diletakkan di bawah kedua-dua tangan dan kakinya. Berhampiran dengan si mati diletakkan objek-objek tembaga dan seutas manik purba diikat pada pergelangan tangan mayat. Beberapa hari kemudian, mayat tersebut dibawa keluar daripada rumah itu dan disimpan di ruang khas untuk jangkamasa yang minimum dalam tahun yang sama. .
Bagi orang Kenyah, topeng kayu tradisional biasanya digunakan dalam upacara menuai, yang diukir penuh dengan mata terkeluar.
SERAMIK
Seramik ini merupakan seramik yang terawal dijumpai di Gua Niah ,Sarawak. Seramik ini berupa tempayan atau bekas berukir. Tembikar ini diperbuat menggunakan tangan, keras dan dibakar dengan api sederhana.Kebanyakkan bekas seramik ini ada kaitan dengan upacara pengebumian neolitik iaitu sebagai bekas untuk pembakaran mayat ataupun sebagai cendermata pengebumian.Kemudian tulang-tulangnya dikumpulkan ke dalam sebuah tempayan besar. Manakala yang lain seperti pinggan, mangkuk dan manik dikebumikan bersama-sama dengan tempayan tersebut