PENULISAN NOVEL: SATU
PENGENALAN
______________________
Pengenalan
Sejarah awal novel dunia bermula apabila The Tale of Genji [Genji Monogatari] dihasilkan oleh seorang pengarang wanita yang bernama Murasaki Shikibu pada 1007. Novel ini dihasilkan dengan menggunakan sistem tulisan hiragana. Novel yang mengandungi 54 bab ini secara khusus mengangkat pemikiran dan sentimen bangsa Jepun. Ia menghadirkan wira dalam novel ini iaitu seorang aristokrat, Hikaru Genji. Ia mengisahkan kehidupan Genji dan kisah cintanya dengan
latar istana – berasaskan pengalaman pengarangnya sewaktu berkhidmat di
Sementara novel Melayu yang pertama sehingga kini diterima ialah Hikayat Setia Asyik Dengan Masyuknya atau lebih dikenali sebagai Hikayat Faridah Hanum yang ditulis dalam dua jilid dalam tahun 1925 dan 1926 oleh Syed Syeikh Al-Hadi (1867-1934). Namun terdapat beberapa sanggahan terhadap kedudukan novel ini antaranya dipersoalkan
ciri keasliannya antaranya seperti latar cerita [Timur Tengah] dan nama watak yang asing [Faridah Hanum, Shafik Afendi]. Beberapa novel lain yang dinamakan
sebagai novel Melayu pertama ialah Hikayat Panglima Nikosa [1876] karya Ahmad
Shawal bin Abdul Hamid dan Kawan Benar oleh Ahmad Rashid Talu [1927].
Seterusnya penulisan novel
Melayu terus subur dari dekad ke dekad hingga
kini. Antara nama-nama di sepanjang dekad menghasilkan novel antaranya seperti Ishak Haji Muhammad, Harun Aminurrashid, Keris Mas, Hamzah, Abdullah Hussain, Arena Wati, A Samad Ismail, Ruhi Hayat, A Samad Said, S Othman Kelantan,
Ibrahim Omar, Shahnon Ahmad,
Adibah Amin, Salmi Manja, Zaharah Nawawi, Khadijah Hashim, A Talib Hassan, Anwar Ridhwan, Azizi Haji Abdullah, Baharuddin CD, Baharuddin Kahar, Mana Sikana, Othman Puteh, Zahari Affandi dan Fatimah Busu. Sementara nama-nama terkini dari dekad mutahir antaranya ialah seperti Azmah Nordin, Siti Rahmah G. Ibrahim, Rahmat Haroun, Abu Hassan Morad, Jong Chian Lai, Aminah Mokhtar, HM
Tuah Iskandar, Hasidah Disan, Gunawan Mahmood, Faisal Tehrani, Siti Jasmina Ibrahim, Ramlee Awang Murshid, Mohd Kasim Mahmud, Zaid Akhtar, Mohd Nazmi Yaakob [sekadar beberapa nama].
Novel
Ia merupakan antara genre sastera selain daripada
cerpen, puisi, drama dan esei kritikan. ‘Novel’ bermaksud kisah rekaan atau
cerita rekaan [cereka] yang panjang. Ia berasal daripada perkataan Itali, novella yang bermakna ‘perkhabaran baru’.
Berbanding dengan cerpen, genre prosa yang persis, terdapat beberapa perbezaan
antara keduanya. Antaranya ialah :
CIRI |
CERPEN |
NOVEL |
Jumlah perkataan |
2000-5000 |
35 000 |
Jumlah halaman [A4] |
10-25 |
100 [minimum] |
Jangkamasa membaca |
20-30 minit |
2 jam |
Kategori |
- Cerpen [short
story] - Cerpen pendek
[short short
story]: * cereka imbasan
[flash fiction] * cereka mikro [micro fiction] * cereka kejutan [sudden fiction] - Cerpan [long
short story] |
- Novelette Pengembaraan [travelogue] Seram/misteri Penyiasatan Cinta Politik Sejarah Agama Kanak-kanak Remaja Autobiografi/Biografi Lucah Picisan |
Unsur-unsur
intrinsik |
Tema, plot, latar, watak/perwatakan, |
Tema, plot, latar, watak/perwatakan, |
Tema |
Satu |
Satu |
Plot |
Tunggal, terhad |
Rencam, pelbagai |
Latar |
Terhad |
Pelbagai |
Watak/perwatakan |
Terhad |
Ramai |
|
Rencam |
Rencam |
Sudut pandangan |
Rencam, terbatas |
Rencam |
Rumusan daripada jadual tersebut ialah kesedaran terhadap
ciri fizikal novel itu. Sekurang-kurangnya diketahui bagaimana bentuk serta ciri novel yang akan hasilkan nanti.
Rata-rata peranan dan sumbangan sastera khususnya lewat penghasilan novel ini dikatakan sebagai perakam zaman dan bangsa seperti kata Hiployte Taine: sastera adalah rakaman zaman, bangsa dan milieunya. Sejak seawal dekad 30-an novel yang dihasilkan mampu mewakil warna zaman ketika itu antaranya tentang tanggapan serta penerimaan orang Melayu terhadap Inggeris. Ia berlarutan dalam penghasilan novel dekad 40-an apabila Jepun pula yang melanggar sempadan Tanah Melayu. Sementara dekad 50-an dan 60-an novel Melayu antaranya mewakili penentangan terhadap sistem kelas dalam masyarakat; kesan daripada penjajahan [divide
and rules]. Kemudiannya apabila
Maka menerusi bengkel ini diharapkan
para pengarang dapat memenuhi tuntutan itu melakar apa yang berlaku di sekitar dan dapat didokumentasikan. Novel yang dihasilkan nanti juga diharap merupakan hasil pemikiran dan dapat menyumbangkan sesuatu antaranya membijaksanakan pembacanya.
Peranan
sastera mutakhir dengan perkembangan zaman terkini bukan lagi bersifat menghibur dan mendidik tetapi lebih daripada itu turut bersifat informatif – memberi maklumat/ilmu dan membijaksanakan pembacanya.
Maka iu tuntutan menjadi seorang penulis masa kini sebenarnya semakin mencabar dan memerlukan beberapa persediaan.
Persediaan penulis
Sensitiviti [alam sekitar, isu semasa, pembacaan yang luas] dan kreativiti
pengalaman
keseriusan
kerajinan yang luarbiasa
bakat semulajadi – born to
be a writer – sensitiviti yang kuat, pemerhatian/pengamatan yang
tajam, daya imaginasi yang unggul, daya keakalan yang tinggi [Fatimah Busu, 2003: 235]
ditambah [hlm. 7-8]:
pengetahuan/ilmu
kesempurnaan pancaindera
kepelbagaian tabiat
jiwa seni
semulajadi
imaginatif
kemahiran, kepakaran, kreatif
ketahanan fizikal/mental/psikologi
bermoral
bersyukur
jujur dalam berkarya
Beberapa
soalan
Mengapa
Sdr ingin menjadi penulis?
Adakah
Sdr bersedia untuk menjadi penulis ?
Apakah
potensi yang ada dalam diri Sdr untuk bergelar penulis?
Novel
terbaru yang Sdr beli dan baca?
Apa
yang menarik tentang novel
itu?
Pengarang
yang Sdr hormati? Mengapa?