laman web rasmi kolej matrikulasi labuan

  MOTTO KML                     

    "KARISMA  MADANI 

 

Laman Utama

  Sekapur Sireh

    Organisasi

  Peta Laman

 

 LUHUR"


 

 

 

 

 

      HIGHLIGHTS

 

 

AHMAD A. STAUN

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Kolej Matrikulasi Labuan

 

Carian





 



 

25 November 2000

 
Alhamdulillah, hasrat untuk mengujudkan  laman web Kolej Matrikulasi Labuan akhirnya  menjadi kenyataan. 

Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia adalah salah satu saluran untuk menyediakan pelajar-pelajar lepasan  Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) memasuki kursus-kursus ijazah di universiti-universiti. Untuk menyediakan pelajar kepada tahap yang berkualiti tinggi dan menepati standard semasa, proses pengajaran dan pembelajaran perlu menggunakan satu sistem  teknologi yang tinggi secara optima serta efektif yang selaras dengan keperluan keadaan diluar kolej. 

Segala pengetahuan yang diperolehi di kolej membolehkan pelajar mempunyai daya saing dan sentiasa sedar serta bersedia dengan jangkaan perubahan keadaan di masa hadapan. Bagi menyediakan pelajar-pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran serta pengalaman, yang menjadi aset kepada diri pelajar, peluang hendaklah diberikan kepada mereka dengan menyediakan sistem pembelajaran yang efektif dan optima.

Dunia kini telah memasuki satu zaman di mana ilmu pengetahuan dan maklumat menjadi aset, potensi dan juga sumber daya saing. Maklumat dan pengetahuan telah menjadi satu komoditi yang semakin penting dalam menentukan tahap kemajuan dan daya saing setiap individu  dan organisasi.

Perkembangan teknologi maklumat masa kini memerlukan Kolej Matrikulasi Labuan sebagai sebuah institusi pendidikan tinggi agar tidak ketinggalan dalam menfaatkan teknologi ini. Justeru itu Majlis Pelancaran Laman Web Rasmi Kolej Matrikulasi Labuan merupakan titik tolak bagi kolej mencapai matlamat di atas seiring matlamat negara menuju era negara maju.

Lebih membanggakan lagi, laman ini dibangunkan dengan menggunakan kepakaran dalaman yang dapat digembeling secara optima supaya dapat memenuhi citarasa dan aspirasi warga kolej ini. Tahniah saya ucapkan. 

Pastinya warga KML merasa bertuah kerana menjadi antara yang terkehadapan di dalam memanfaatkan dunia teknologi maklumat.(ICT).  Atmosfera baru ini juga tentunya dapat menyumbang ke arah mencapai visi kolej dan wawasan 2020. 

Kepada semua pengunjung, diharap laman ini dapat membantu anda mengenali kami sebagai warga Kementerian Pendidikan Malaysia, dan mendapatkan informasi terkini mengenai aktiviti di KML.  

Sekali lagi, kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak secara langsung bagi membangunkan dan menjayakan projek ini, saya merakamkan jutaan tahniah dan terima kasih. Sekian. 

 
 

( AHMAD  A.  STAUN ) 
Pengarah   
Kolej Matrikulasi Labuan,

Kementerian Pendidikan Malaysia, 
Wilayah Persekutuan Labuan. 


 

 

Berita KML

KOLEJ - KOLEJ

 

 

 

     

     Melaka

     Negeri Sembilan

     Pulau Pinang

     Perlis

 

 

 

Informasi Umum

 
Bahan P & P
 
JABATAN Soalan Lazim

      

     Kokurikulum

     Sains

     Matematik

     Perakaunan

 

 

 

 

Maklumbalas
 
Uji Minda Anda

UNIT-UNIT

 

 

 

     

     Akademik

     Peperiksaan

     Penyelidikan

     Kaunseling

     H.E. Pelajar

 

 
 
 
 
 
PAUTAN  

     e-Pendidikan

     e-Perpustakaan

     e-Journal

     e-Akhbar

     e-Perkhidmatan

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 |  Berita KML  |  Bahan P&P  |  Informasi Umum  |  Direktori  |  Soalan Lazim  |

| Uji Minda | Peta Laman |


 

 

webmaster