Perkhabaran Terkini
Buat masa ini, saya sedang belajar
komputer di Cosmopoint KL, kursus Main Modul dan kursus Microsoft Office selama
4 bulan mulai Julai lalu.
Saya telah memohon untuk Diploma
Perguruan pada Mei 2002. Pada 27 Jun yang lalu, saya telah menduduki Ujian
Kelayakan Perguruan (UKELP) di SM Teknik Lebuh Catur, Ipoh. Kelihatan
calon-calon guru perempuan lebih ramai daripada lelaki. Dijangka pada Oktober
ini, calon yang berjaya akan dipanggil temuduga. Doakanlah kejayaan saya.
Kini,
saya sekeluarga telah berpindah ke Ipoh. Ini kerana ibubapa saya memilih untuk
berhenti kerja apabila MAHB menawarkan pampasan. Walaupun tidak setimpal, lebih
baik merebut peluang ini daripada bekerja dalam tekanan. Walaubagaimanapun saya
tetap meneruskan pembelajaran di Cosmopoint.
Sekian dahulu buat masa ini. Jumpa lagi
pada masa akan datang.