Antara Percutian-Percutian Menarik di Malaysia
Pulau Pinang - Pantai Tanjung Bunga, Pantai Batu Feringgi dan Pantai Teluk Bahang. Pahang - Pulau Tioman, Pulau Redang, Pulau Manukan, Pulau Sipadan. Perak - Pulau Pangkor, Pantai Teluk Batik, Pantai Teluk Belanga, Pantai Teluk Nipah. Kedah - Pulau Langkawi
|
||||
|
Malaysia
memang terkenal dengan pulau-pulau dan persisiran pantai yang berpasir
indah memutih dan menarik. Di antara pulau-pulau dan persisiran pantai
yang terkenal ialah Pulau Pinang yang juga dikenali sebagai Mutiara Timur
(Pearl of the Orient). Pulau Pinang bukan sahaja kaya dengan peninggalan
sejarah pendudukan British, tetapi ia juga mempunyai pantai-pantai yang
terkenal seperti Pantai Tanjung Bungah, Pantai Batu Feringghi dan Pantai
Teluk Bahang. Pantai-pantai di negeri Perak tidak kurang hebatnya berbanding pantai-pantai lain di Malaysia. Di antara pantai yang terkenal ialah Teluk Batik di lumut dan pantai-pantai seperti Teluk Belanga dan Teluk Nipah yang terdapat di sebuah pulau yang juga terkenal dengan keindahan alam semula jadinya iaitu Pulau Pangkor. Pulau Pangkor bukan sahaja pusat sebuah tempat pelancongan yang digemari ramai, tetapi ia juga mempunyai taman-taman laut dan hasil-hasil laut yang banyak .
Bagaimanapun, emas yang berkilau sekalipun sekiranya tidak dijaga, akan kelihatan kusam dan kehilangan seri. Begitulah juga dengan taman-taman laut di Malaysia. Persekitarannya perlu diawasi dan dijaga daripada pelbagai aktiviti manusia yang bukan sahaja boleh mencemarkan keindahan dan keunikannya, bahkan boleh melupuskan sama sekali taman-taman tersebut. Pada masa inipun beberapa taman laut menghadapi masalah pencemaran yang serius dan mengancam kehidupan flora dan fauna yang menduduki kawasan tersebut. Adalah penting khazanah alam ini dicegah daripada rosak daripada cuba memulihkannya selepas ia tenat dan tidak bermaya. | ||||