TAMAN ALAM SEMULAJADI
Malaysia mempunyai sejumlah tempat yang telah dijadikan sebagai taman alam semula jadi. Di antaranya ialah:
a. Taman Negara, Pahang.
b. Taman Negara Bako, Sarawak.
c. Taman Negara Kinabalu, Sabah.
d. Taman Negara Gunung Mulu, Sarawak.
e. Taman Negara Gua Niah, Sarawak.
f. Taman Rimba Kenong
g. Taman Perlindungan Burung Kuala Gula, Perak.
dan beberapa tempat lain lagi. Taman-taman alam semula jadi ini bukan sahaja menyajikan pemandangan yang indah dan menarik, ia juga merupakan tempat perlindungan dan tempat tinggal untuk pelbagai jenis flora dan fauna. Di samping itu ia membenarkan berbagai-bagai aktiviti mencabar seperti memanjat bukit-bukau dan gunung, berenang dan berbot di air tenang dan deras, berkhemah di hutan dan lain-lain aktiviti yang boleh dijalankan apabila kita berkunjung ke taman-taman tersebut. Taman Negara yang terletak
di negeri Pahang merupakan taman semula jadi yang tertua di dunia. Taman
ini mempunyai lebih daripada 10,000 jenis tumbuhan, 350 spesies burung
serta lain-lain haiwan yang unik untuk hutan hujan tropika. Taman ini
bersaiz 4,343 km persegi. Kepelbagaian fauna dan flora di taman ini adalah
hasil evolusi yang memakan masa selama 130 juta tahun Taman Negara Kinabalu terletak lebih kurang 138 km daripada Kota Kinablau, ibu negeri Sabah. Dalam taman ini terletak Gunung Kinabalu yang merupakan gunung yang tertinggi di Asia Tenggara. Taman ini meliputi kawasan seluas 4,343 km persegi. Hanya dalam taman ini hidup sejenis bunga parasit yang terbesar di dunia iaitu bunga Rafflesia. Taman ini juga terkenal dengan telaga air panas yang mula dimajukan oleh orang Jepun semasa Perang Dunia Kedua dahulu.
|