
Line-up asal Narraka ialah ein possesser yang menggunakan nama Unholy mantera sebagai gitaris/vokalis,Tirana gitaris.La'oh sebagai bassis dengan pemain drum undangan.Mereka menyiapkan dua lagu yang berkonsepkan Black metal untuk demo pertama mereka tetapi disebabkan ein bersama Brain Dead maka ianya tertangguh.Dalam ketika ini juga Brain dead mengalami masaalah,baju mereka dicetak dan dijual dikedai tanpa kebenaran mereka.Akhirnya pada lewat tahun 92 Brain dead mengambil keputusan untuk merakamkan album pertama mereka.Mereka telah bersedia dengan lagu-lagu terbaru mereka.Struktur lagu mereka seperti 'repulse to Destruct 'satanism' 'eternal war,dan 'on your grave' tukar kearah Black dark/doom death Metal.Mereka masuk studio dilewat 92 dan meeka cuma mengambil masa 40 jam sahaja untuk menyiapkan album pertama mereka.Masa yang diberi sangat terhad,mereka terpaksa terkejar-kejar untuk menyiapkan album ini.Perancangan album pertama ini,mereka merancang untuk memasukkan unsur-unsur Black Metal,mewujudkan atmosphere dengan penambahan keyboard,effect dan intro.
Tetapi mereka tidak mempunyai banyak masa tambahan pula dark journey record melarang mereka dari memasukan element keyboard,effect dan intro kerana ianya memerlukan kos dan modal yang terlalu tinggi.Album ini menggabungkan antara lagu baru dan lama.lagu lama di tukat strukturnya dan tajuk lagu juga ditukar.Tidak ada lagi bahagian Grind core dalam muzik mereka.Album pertama mereka adalah Dark Death Metal,campuran muzik doom,black dan detah metal.Pengaruh dari Venom,Celtic frost,sarcofago,Mercyful fate digabungkan dengan kumpulan Black metal baru seperti Root,Samael,Beherit dan Rotting Christ.Lirik mereka juga turut berubah kepada occultism,satanism,black art dan dark side.Album ini sepatutnya keluar pada awal tahun 93 tetapi album ini sempat berada dipasaran dipenghujung tahun 92 bertajuk 'From the ectasy'.Brain dead ialah band death metal ketiga merakamkan album.tahun berikutnya 93 mereka bertambah sibuk dengan aktiviti mempromosikan album pertama mereka.Pada awal tahun 93 bertarikh 31 hb Januari,Brain dead diberi peluang beraksi bersama-sama Sil Khannaz,Infection maggot dan Suffercation.show ini adalah diantara terbaik pernah mereka sertai.Diawal tahun 93 dark journey mengeluarkan album kompilasi bertajuk The Dark live yang menggabungkan kumpulan Catarrh,Silent Death,Nemesis,Nebiras,tormentor dan dua lagu terbaru Brain dead 'Sprit of Heloisa' dan 'The 7 wind.Line-up mereka juga bertukar ,ein mengambil alih semula posisi gitar/vokal dan mengambil pemain bass undangan untuk sesi rakaman dan gig.Anggota Brain dead yang lain kekal ditempat asal,pemain bass undangan itu ialah adik dari Necrotic Chaos.
Label mereka menggabungkan band-band dibawah dark journey seperti Brain dead,silent death dan tormentor.Lagu-lagu terbaru Brain dead sangat berbeza jika dibandingkan dengan lagu dari album pertama mereka.Arah Brain Dead tidak seperti lagu didalam album pertaman mereka.Braun Dead lebih kepada Black Metal dan mengkategorikan muzik mereka sebagai Occult Dark Metal.Pada masa yang sama juga Brain dead mengeluarkan promotape yang mengandungi dua lagu.Kedua lagu mereka itu sama seperti lagu yang terdapat didalam album kompilasi 'Dark Live'.di waktu itu Brain Dead masih lagi membawa lagu cover dari kumpulan lama seperti Celtic Frost,Sepultura,Venom.Bentuk muzik brain Dead didalam album kompilasi itu iala stail Celtic Frost lama digabungkan dengan root,Sarcofago dan Beherit.Brain Dead merancang untuk mengeluarkan album kedua mereka pada tahun 93.Album kedua yang mereka rancang ialah untuk memasukkan elemen-elemen Black Metal,atau paling tepat lagi menjadi kumpulan Black Metal seperti Root,Rotting Christ,Samael,untuk album kedua dijangkakan lagu-lagu yang akan dibuat adalah seperti dua lagu terbaru mereka yang terdapat dalam album kompilasi.Dark Journey record seakan-akan tidak berlaku adil dengan mereka.jumlah jualan album pertama juga dirahsiakan.pihak dark Journey juga kurang mempromosikan album pertama mereka.ini telah menimbulkan rasa tidak puas hati dari pihak Brain dead.Mereka juga tidak berpuas Hati dengan cover album kerana ianya telah dipilih oleh Dark journey sendiri.
Dalam tahun yang sama juga Hashim pestilence terpaksa berpindah ke kuala Lumpur diatas urusan kerja ini serba sedikit melumpuhkan aktiviti Brain Dead.Setelah berakhirnya tahun 93 Brain dead mengambil keputusan keluar dari Dark Journey record dan mereka tidak akan menyambung lagi kontrak dengan mereka.Mereka lebih menumpukan perhatian mencari dan menandatangani kontrak dengan label luar negara.Ditahun 94 dark Journey telah mengeluarkan split album Brain dead bersama Silent death bertajuk 'death and dead'tampa kebenaran dan pengetahuan Brain dead.Lagu didalam album ini ialah lagu dari labum pertama Silent Death dan Brain Dead.Ditahun 94 mereka meneruskan bermain gig dan salah satu gig di Ipoh bersama Sil Khannaz,Brain Dead muncul dengan imej spike seluruh badan,selari dengan perubahan muzik.Mereka mengenakan spike sebelum trend spike melanda kumpulan tempatan,malah Brain dead mengkategorikan muzik mereka sebagai Occult dark Metal.Mereka tidak mahu melabelkan muzik mereka sebagai Black Metal kerana dimasa itu trend Black Metal telah mula menular.Pada hakikatnya mereka telah terlebih dahulu menggelarkan diri mereka Black Metal dan memakai spike sebelum ianya menjadi satu trend.
Setelah bebas dari Dark Journey mereka telah menghasilkan satu lagi demo tetapi ianya tidak berhasil.Brain Dead hidup tetapi agak perlahan.Peluang ini telah diambil oleh Ein untuk mengisi masa bersama Narraka.Ditahun 94 Narraka buat pertama kalinya diberi peluang beraksi bersama Ignorance dirge,karatz,Narraka semakin aktif.Dipenghujung 94 Necrotic Chaos telah merakamkan demo pertama mereka.Didalam album ini mereka telah menyanyikan lagu dari Brain dead bertajuk 'repulse to destruct.Ein dan Azlanthor (vokalis langsuir) dijemput sebagai backing vokal.Ditahun 95 malik Mutilation terpaksa berpindah ke Melaka.ini semakin melumpuhkan Brain dead.tinggallah ein seorang di Taiping,Hashim pula telah menetap di Kuala Lumpur.Akhirnya Brain dead di istiharkan berpecah dan gig terakhir mereka ialah pada tahun 95 di Penang.Brain dead bergabung dengan line-up asal iaitu ein (vokal/gitar) malik (gitar)
Hashim (bass) dan Shaharin (drum).Ketika itu mereka memainkan lagu lama mereka dan satu lagu terbaru mereka yang sangat berinspirasikan Old celtik frost.Selepas gig itu mereka berpecah.tetapi khabar angin mengatakan Brain Dead tidak berpecah dan akan bersatu semula.Hashim kemudian telah menyertai Sil Khannaz sebagai Bassis dan ein meneruskan perjuangan bersama Narraka.Lagu-lagu Narraka telah lama siap tetapi disebabkan kesibukkan anggotanya maka proses rakaman demo terbantut.Ditahun 96 Narraka telah menukarkan nama kepada Heloisa dan ditahun itu juga mereka berpeluang beraksi bersama Vociferation eternity di Pulau Pinang.
Pada Jun 96 didalam 'Nocrumal war' 3 di Pulau Pinang Heloisa beraksi bersama Silent death.Line-up mereka telah bertukar Asrul pemain drum undangan dari Mazetorment telah keluar dan digantikan Azmie,Bekas anggota Defiance dan La'oh (bass) juga menarik diri dan digantikan Nasrul,mereka tidak sempat merakamkan sebarang material pada tahun 96.Pada tahun 97 bertempat di pulau pinang besama-sama Langsuir,Sil Khannaz dan Impiety bermain dalam satu gig besar bernama 'The ethereal reign'.Satu lagi gig iaitu gig tribute to Venom/Celtic Frost dirancang dan pada kali ini Brain dead kembali lagi tetapi untuk gig itu sahaja.Rancangan Heliosa ialah untuk merakamkan demo pertama didalam tahun 97 ..jaie Jokhnnaz(vokalis Sil Khannaz) apabila mangetahui rancangan tentang Heliosa yang akan merakamkan demo,Heliosa terus di pelawa untuk menghasilkan album dibawah naungan label Jaie,Nebiula Prodiction.Heliosa memasuki studio di tahun 97 untuk rakaman album pertama'Mirror of trinity'.Dua daripada lagu yang telah dirakamkan itu dikeluarkan dahulu didalam album kompilasi Estern Invasion 1 yang dibuat oleh Nebiula Production.Album pertama heloisa telah dirakam berbulan-bulan lamanya tetapi sebab-sebab tertentu album ini tidak dapat di keluarkan.Pada tahun 98 album ini telah dikeluarkan dan ianya memuatkan lagu-lagu mereka sejak dari 94,lagu yang berada didalam album ini telah dimainkan didalam gig mereka sejak tahun 94 hinggalah 97.
Selepas itu heloisa menyertai satu lagi album kompilasi tempatan yang dibuat oleh Nebiula Production.Album kompilasi ini bertajuk Storm Of Nebiula Chapter2 bersama-sama kumpulan underground tempatan seperti mistik,Silent Death.Mesmerized,King Shah dan dua kumpulan Black Metal dari Singapura iaitu As Sahar dan Hail.Nebiula juga telah merancang untuk mengadakan tour khas buat Heloisa. Brain dead merupakan kumpulan Death Metal pertama muncul dari perak.Mereka mula aktif didalam pergerakkan underground scene dunia melalui demo pertama mereka.Brain dead pernah muncul didalam majalah-majalah underground metal dunia seperti terrorizer,Holocaust,Progress,Mutilation,darkness,Pestilence,Peccatus Altar,Expulsion Cerebral,Epeleptic Convulsion,Deathnoise dan banyak lagi disamping muncul dalam zine-zine underground.Lagu dari brain dead juga mendapat liputan dari stesen-stesen radio seperti Slam hour,evb,Metal Inferno dan banyak lagi.Brain Dead merupakan kumpulan underground tempatan yang mengekalkan imej underground.Mereka langsung tidak pernah muncul dalam majalah sensasi ataupun surat khabar.Cuma satu iklan tentang mereka,Silent Death dan Tormentor yang akan melancarkan konsert mereka telah tersiar didalam akhbar Utusan Malaysia.Brain Dead bersifat low profile.
Setiap gig mereka sangat mantap dan pastinnya setiap penonton yang hadir memberi kerjasama.Mereka sangat mantap dari segi persembahan.ditahun 98 satu label baru telah muncul iaitu empty Body release mengambil keputusan untuk membuat satu album tribute to Brain dead ini telah mendapat persetujuan dan banyak band-band tempatan dan luar negara akan menjayakan album kompilasi tribute ini.Album ini dijangka akan berada dipasaran selewat-lewatnya pada akhir tahun ini dan hanya dijual melalui pasaran underground.Satu tour akan dilancarkan .Kumpulan-kumpulan yang akan beraksi adalah kumpulan yang menjayakan album ini sahaja.jika Brain Dead sempat merakamkan album kedua mereka,saya percaya mereka boleh pergi jauh lagi dengan melihatkan bakat dan kemampuan mereka yang sedia ada.Brain dead mungkin tidak akan bersatu semula.Mereka adalah salah satu perintis didalam underground scene tempatan dan satu ketika dahulu meributkan suasana metal tempatan.Brain Dead hanya tinggal kenangan sahaja. Berehat dengan aman Brain Dead.....
|