<< Cryptic Malediction >>





"blood of ancient warrior flowing in my veins,O jebat,come forth posses my soul,Raja adil raja disembah Raja zalim Raja di sanggah,Together we slay the tyrants to the gore...

Itulah sebahagian daripada lirik lagu Insanity to Berserk hasil karya sebuah band Death Metal dari Kuala Lumpur,Cryptic Malediction.pasti ada pembaca terkejut kerana tidak menyangka rupa-rupanya ada juga band metal yang membawakan mesej sebegitu.Apa tidaknya,masyarakat telah menghakimkan mat metal sebagai pembawa budaya negatif,tapi sebenarnya diorang tak tahu bahawa penampilan luaran yang nampak clean lebih banyak 'rahsia' di sebaliknya...!

Mungkin ada khalayak metal mainstream yang tidak pernah mendengar nama Cryptic Malediction,tetapi tidak di arena underground.ini kerana band ini telah pun wujud sejak 8 tahun yang lampau.Cryptic Malediction yang merujuk kepada kisah sumpahan misteri Mahsuri telahpun ditubuhkan secara rasmi pada bulan Disember 1993 oleh Philosopherof Death dan Lan.Penubuhan Cryptic malediction yang memilih death metal sebagai wadah perjuangan muzik mereka boleh disifatkan sebagai menongkah arus kerana pada masa tersebut,underground metal scene dilanda demam black metal yang hebat.



Line-up mereka pada masa itu terdiri dari Philosopher of death (gitar),Lan (gitar),Tamlikha (drum),Rimi (vokal) dan Toejoe (bass).Line-up tersebut tidaklah kekal lama kerana masaalah perbezaan citarasa muzik dan kotmitmen masing-masing lalu tinggallah Philosopher of death dan Tamlikha untuk meneruskan perjuangan dan cita-cita mereka.Seminggu sebelum merekodkan demo pertama mereka,COGNITIVE DISSONANCE pada bulan Februari 1995,mereka telah menerima kemasukan Syah sebagai gitaris untuk melengkapkan keanggotaan Cryptic Malediction yang turut dianggotai Ar-Long (bass) dan Cinorth (drum).Pada masa tersebut jugalah Tamalikha telah ditugaskan untuk mengambil alih posisi vokalis.

walau bagaimanapun,pada bulan Oktober 1996,Cinorth telah mengambil langkah drastik dengan meninggalkan Cryptic Malediction dan kemudiannya mengangotai sebuah band black metal yang mempunyai nama besar,Aradia (R.I.P).Namun kehilangan Cinorth bagaikan satu rahmat buat Cryptic Malediction kerana mereka telah mendapat khidmat seorang pemain drum yang berkaliber dan hebat yang dikenali sebagai Gie.Buat masa sekarang,Cryptic Maledictions masih kekal dengan line-up tersebut.




Kemudian pada tahun 1998,mereka telah berjaya mengeluarkan sebuah mini album yang diberi tajuk INSANITY TO BERSERK.Kelahiran EP ini merupakan titik permulaan kepada Cryptic Malediction menginspirasikan kehebatan pahlawan dan sejarah melayu dalam lirik mereka.Bahkan pada kulit album INSANITY TO BERSERK turut mengambarkan suasana amuk Hang Jebat dizaman kesultanan Melayu Melaka.jika lagu INSANITY TO BERSERK yang mengisahkan keamukan Hang Jebat dihayati dengan sepenuh hati,pasti memberikan satu semangat kepada si pendengar,tambahan pula intro lagu berkenaan jelas membayangkan bagaimana berkecamuknya pemikiran Hang Jebat ketika itu.

Oleh kerana kualiti bunyi tidak memuaskan hati mereka,mini album ini telah diadun semula dan dikeluarkan dalam bentuk split CD bersama-sama dengan sebuah band dibawah naungan Dream World Decay kepunyaan Philosopher of death senditi iaitu Indamnation.Split CD yang diberi nama REBIRTH itu turut memuatkan sebuah lagu Cryptic Malediction iaitu Warrior Of The Sand.Kelahiran split CD REBIRTH juga turut difaktorkan oleh ketidakpuasan hati mereka terhadap urusan pengedaran INSANITY TO BERSERK oleh pengedar yang dilantik.



Munculnya warrior Of TheSand membawakan satu dimensi baru dalam susunan muzik Cryptic Malediction.lagu yang mengisahkan kehebatan pahlawan Pasir Salak yang telah membunuh J.W.W BIRCH itu telah disampaikan dalam susunan muzik yang lebih agresif serta laju,dan iutlah halatuju serta konsep muzik mereka.Dengarilah lagu ini dan rasakan bagaimana semangat kepahlawanan Pasir Salak meresap kedalam diri anda.Tumpukan juga kepada marching drum yang terdapat di pertengahan lagu tersebut,pasti membawa anda kealam getir ketika pembunuhan itu berlaku.

Cryptic Malediction juga bakal tampil dengan album terbaru berjudul EMBEDDED IN BLOOD di bawah naungan Nebiula Production tidak lama lagi.Lahirnya EMBEDDED IN BLOOD merupakan kesinambungan pada kisah-kisah amuk yang telah mereka sampaikan melalui Codnitive Dissonance dan Insanity To Berserk.Usaha mereka untuk mengeluarkan album berkonsep seperti itu juga patut dipuji kerana Sil Khannaz sahaja yang pernah menampilkan kelainan sebegitu.Hail Cryptic Malediction,Death Metal as a food for thought,not just a dull fantasy...








logo metal gempur!!

©Hakcipta terpelihara
® 2001 metalgempur666.cjb.net