Pada masa itu Death Metal hanya untuk pengikut underground sahaja kerana Death Metal dilahirkan oleh pemuzik underground, maka populariti dan kelompoknya secara majoriti datang daripada 'perkampungan' muzik underground itu sendiri. Kumpulan Death Metal dunia bergerak dengan cara underground sahaja, aktiviti mereka disebarkan dengan cara underground iaitu 'tape-trading' dan tersiar dalam media-media (zine) underground. Berkaedahkan cara ini hanya peminat Death Metal yang sebenar sahaja yang mengetahui tentang muzik Death Metal dan dilingkungan pergerakan underground sahaja, satu-satunya lapangan untuk mereka mengibarkan dan mencurahkan bakat.
Suatu masa dahulu Death Metal dikenalpasti sebagai bentuk muzik yang terlalu ekstrim dan ianya tidak memenangi hati peminat Metal, tidak seperti penerimaan yang dilihat pada hari ini. Itu lah keunikan Death Metal disuatu masa dahulu, tidak ada istilah dark, melodic,teknikal atau progressif Death Metal. Death Metal adalah agresif, enegetik dan heavy! muzik tradisioanal Death Metal bukanlah suatu bentuk muzik depresif atau progresif yang bersifat eksperimentasi, ianya cuma satu perkataan sahaja yang layak untuk merumuskan Death Metal iaitu agresif!. Formula yang digunakan untuk merumuskan Death Metal adalah sama seperti kebanyakkan muzik Metal yang lain.
Death Metal 'digulung' dari elemen Speed Metal dan merupakan transpirasi dari irama Thrash Metal, ini adalah berikutan olahan muzik yang dilakukan sebelumya seperti Heavy Metal yang dikeraskan dari muzk 'Rock 'N' Roll' maupun Thrash Metal yang dipersembahkan dari pengaruh Heavy Metal dan Punk/Hardcore dalam bentuk kekerasan dan keunikan yang tidak ternilai. Di awal pengkategorian muzik ekstrim Metal, irama Speed, Power, Black, Doom, Death atau Thrash Metal dikelaskan mengikut kelainan yang ada pada setiap muzik itu dan pengkelasan muzik itu sendiri tidak dapat dinafikan ianya datang dari nama-nama muzik tersebut.
Di awal kebangkitan irama ekstrim Metal khususnya Thrash Metal, setiap setiap kumpulan cuba menampilkan corak permainan yang berbeza dan agresif, hampir setiap kumpulan dikala itu tampil dengan keagresifan yang tiada batasnya. Dari sudut inilah Death Metal cuba dibentuk dengan tahap keagresifan yang maksimum, itulah salah satu pecahan yang diadaptasikan daripada muzik Thrash Metal. Tujuannya adalah serupa seperti pecahan yang asalnya dari Speed Metal iaitu agresif! pada peringkat permulaan tahun 1983, pengkelasan irama Death Metal tidak digunakan secara meluas kerana Thrash Metal mula memonopoli angkatan muzik Metal pada masa itu. Dalam erti kata lain, Death, Black dan Speed Metal kadangkala semuanya dikategorikan sebagai Thrash Metal!
|