<< Temubual>>




Destinity,Symphonic Black Metal dari Perancis ini ditubuhkan pada tahun 1996 oleh Mick-brutal vokal,Morteus-keyboard,clear vokal dan juga Zephiros-gitar.Manakala Jim-gitar,Benn-bass dan Chris-drum menyertai DESTINITY selepas tertubuhnya band itu bagi melengkapkan lagi line-up mereka.hasil kerjasama serta usaha gigih anggota,DESTINITY melahirkan demo pertama berjudul ENIGMATIC FOREST pada Mei 1998 dan hasilnya,lebih 100 unit demo tape ini terjual di sekitar Perancis.

Walaupun sambutan begitu menggalakkan,DESTINITY membuat keputusan menghentikan penjualan demo kerana mereka berpendapat lagu terbaru mereka lebih matang berbanding demo pertama ini.Demi mengotakan janji kepada peminat,DESTINITY bertungkus-lumus menyiapkan produk terbaru dengan kos sendiri,maka lahirlah album WEPTS FROM THE SKY yang juga hasil terbitan mereka sendiri.Album tersebut dipasarkan pada oktober 1999 dan mengandungi lapan track lagu yang berkonsepkan Melodic Death/Black Metal.Apa yang jelas,kebanyakan sentuhan Metallic dan Symphonic dalam album ini terdapat pada part keyboardnya.

Biarpun tiada kontrak secara rasmi dengan pengedar seperti Adipocere,Holy Records,AMI Production dan Century Media,jualan albumnya melebihi 1000 unit.Melihat kajayaan itu,banyak syarikat rakaman dan agensi pengedaran berminat untuk berkerjasama dengan DESTINITY dan akhirnya hanya Deadsum Records/Imperium Agency yang terpilih.Adanya perjanjian ini,DESTINITY mendapat layanan cukup baik dari Deadsum,malah strategi promosi yang telah dibuat oleh syarikat tersebut begitu meluas sehinggakan lagu-lagu mereka berkumandang di corong=corong radiodi seluruh Perancis selain menjadi panghias majalah dan akhbar-akhbar yang dipasarkan diserata dunia.

DESTINITY memulakan rakaman album terbaru berjudul SUPREME DOMINATIONS ART di Plaza Records pada Ogos 2000 dan sebulan selepas itu mereka menandatangani kontrak bersama Psychuc Scream Entertainment,satu label yang unggul di Malaysia untuk menjalankan kerja-kerja pengedaran,kini album tersebut telahpun berada dipasaran penghujung bulan Mac lalu.

Ditempat mereka DESTINITY banyak mengadakan konsert secara live bersama band-band underground yang cukup berpengaruh seperti Rotting Christ (German) Anorexia Nervosa (Jepun) Decayed (Portugal) Impiety (Singapura) Abigail (Jepun) dan banyak lagi.Mereka juga akan mengadakan tour pada bulan September dan Oktober tahun ini sebelum menjelajah ke Eropah dan negara Asia.





<< Temubual >>



Orait!Sebagai habuan untuk anda semua,disini gua paparkan temubual melalui e-mail dengan anggota DESTINITY.Jom ikuti temubual ini...




Metal Gempur : Mick,bagaimana anda mendapat idea untuk mencipta lagu-lagu yang begitu sukar,tambahan pula ia menggunakan banyak pattern

Mick: Pertama sekali,terima kasih kerana mengatakan lagu kami begitu sukar! Sebenarnya kami selalu mencipta lagu dengan cara yang sama dan kebanyakkan lagu DESTINITY adalah hasil ciptaan saya,Zephiros dan Morteus.Mnakala band member yang lain akan menyumbangkan kreativiti mereka agar lagu-lagu tersebut terhasil dengan menepati citarasa kami.Lagipun semua band members mendengar bermacam macam jenis muzok termasuk Black Metal,Death Metal,jadi sebab itu anda semua dapat mendengar banyak part heavy,death metal dan symphonic elements dalam lagu-lagu kami.

Metal Gempur : Apa yang saya dengar,tempo serta melodi kesemua lagu dalam album ini sentiasa berubah-ubah dan adakalanya berhenti secara mendadak.Apa komen anda.


Zephiros: Sebenarnya kami menyukai variasi tempo,jadi mood setiap lagu yang terhasil tidaklah membisankan.Sebenarnya cara begini memang bagus kerana kami dapat mencampur-campurkan mood Sad Melancholy serta Black Romanticism bersama muzik brutal dalam lagu yang kami mainkan.

Mick: Setiap kali bermain muzik,kami sentiasa mencuba bermain dengan lebih laju lagi,sebab itulah jualah DESTINITY dapat menggabungkan orkestra dengan teknikal sebegini.

Metal Gempur : Berapa lama anda semua berlatih untuk memantapkan setiap lagu sebelum ianya dirakaman di studio.


Mick: Untuk mencipta lagu,kami mengambil masa enam bulan manakala arrangement muzik hanya dalam tempoh dua bulan.Album SUPREME DOMINATION ART dirakam di Plaza Recorda dan disiapkan dalam jangka masa sepuluh hari sahaja.Selepas rakaman itulah kami menerima banyak proposals dari extreme music label dan akhirnya DESTINITY menandatangani kontrak dengan PSychic Scream entertainment dari Malaysia.

Metal Gempur : Pada pendapat anda apakah faktor paling penting dalam usaha menyedapkan lagu dan dicipta ?


Mick: Pertingkatkan kualiti muzik,sejak Julai 1996,kami cuba menaikan mutu irama Black Metal dengan memasukan pengruh muzik klasik.

Zephiros: Pada saya,peranan pemain keyboard sangat penting dalam menentukan pencapaian sesebuah band seperti kami.

Morteus: Dengan adanya penyertaan pemuzik orkestra,pasti sesebuah lagu tampak lebih cantik.

Metal Gempur : Band apa yang mempengaruhi muzik anda?


Zephiros: Dahulunya Hecate Enthroned,Dimmu Borgir,Sear Bliss,Graveworm,Cradle Of Filth dan juga Mystic Circle tetapi lagu baru kami lebih agresif dan simfoni berbanding sebelum ini.Oleh itu secara tidak langsung kini kami dipengaruhi pula oleh Emperor,Limbonic Art Sirius.

Metal Gempur : terima kasih atas kesudian anda menjawab soalan-soalan saya.Bila nak datang ke Malaysia buat konsert.


Mick: Terima kasih kembali untuk Nordin dari majalah Konsert,semoga kami dapat bertemu dengan anda dan juga peminat di Malaysia sempena Supreme Domination Tour disana tidak lama lagi.Tetapi kami tidak pasti bila tarikhnya kerana sekarang ini pun kami mempunyai terlalu banyak show diseluruh Eropah.Mungkin tahun depan!










logo metal gempur!!

©Hakcipta terpelihara
® 2001 metalgempur666.cjb.net