RUANGAN UPDATE BERITA DAN ISU TERKINI      SUMBER INFORMASI UNTUK PEMINAT METAL SEJATI..



<< Gempar!! >>




UPDATE TERAKHIR :
24 SEPT 2001


    Isu "BLACKMETAL" nampaknya sedang hangat diperkatakan dewasa ini , tidak kira daripada golongan kerajaan maupun dikalangan masyarakat Malaysia. Sejauh mana kebenaranya laporan pihak media mengenai pergerakan BLACKMETAL yang dikatakan menyembah syaitan dan berselindung disebalik muzik aliran metal??
Di sini saya akan cuba mengupas persoalan yang telah mengelirukan semua pihak terutama meraka yang tidak tahu tentang perkara sebenar dan apa yang berlaku disebalinya.






BENARKAH SEPERTI APA YANG DILAPORKAN
OLEH PIHAK AKHBAR???
Keratan akhbar Harian Metro
mengenai isu BLACK METAL mulai 2 Julai lalu.



<< Black Metal!! >>


Apa itu Black Metal? dan apa kaitannya dengan satanism?


Blackmetal sebenarnya merupakan salah satu genre metal yang terbahagi kepada death, heavy metal, speed, thrash dan grind. Kewujudan blackmetal kini menjadi "kecoh" dan diperkatakan oleh umum serta perdebatan media, adalah suatu perkara yang mengemparkan senario muzik tempatan terutamanya golongan pejuang muzik "underground" yang selama ini telah dipandang serong oleh masyarakat, ditambah pula dengan munculnya isu tersebut.

Apa yang menjadi kekeliruan semua pihak adalah "kumpulan ajaran sesat" yang mendakwa ahli blackmetal ini menjadikan muzik blackmetal ini sebagai asas untuk pergerakaan mereka yang sama sekali bertentangan dengan ISLAM dengan mengaku menyembah syaitan dan meminunm darah kambing sebagai upacara rutin demi membuktikan "ketaatan" mereka kepada syaitan. Itu yang membuatkan orang semakin keliru, muzik blackmetal sebenarnya tidak bersalah sebaliknya orang yang memperjuangkan ajaran sesat tersebut yang harus dipersalahkan



Metal Warrior!!
SIL KHANNAZ
(pejuang muzik metal)
Eastern Cruelty!!
LANGSUIR
(Estern Metal)



<< Esklusif!! >>


Jaie dan anggota Sil Khannaz sempat ditemuramah bagi mengulas dengan lebih lanjut tentang "ISU BLACKMETAL" ini.


Selepas berbelas tahun memperjuangkan muzik progresif metal, anggota kumpulan itu tidak menafikan ada pihak yang mengaitkan sil khannaz sebagai pemimpin kumpulan blackmetal."Secara jujurnya, Kami tidak mengetahui kewujudan kumpulan ajaran sesat yang mengaku pergerakan Black metal ini, dan kami tidak terlibat sama sekali dengan pergerakan ini" kata mereka.

Apa yang berlaku ini adalah taktik kumpulan ajaran sesat tersebut untuk mengaburi para pengikutnya yang kebanyakan remaja dengan berselindung disebalik muzik blackmetal, ini amat mengecewakan kami dan seluruh peminat metal tanah air. Apa yang kami perjuangkan selama ini adalah muzik bukan fahaman yang terpesong daripada akidah sehinggakan sanggup mengadaikan maruah agama dan bersekutu dengan syaitan.

Isu yang sedang hangat sekarang ini bukan isu muzik tetapi isu ajaran sesat, katanya. "Kami amat kecewa dan saya percaya lebih ramai lagi ahli kumpulan blackmetal yang lain lebih kecewa lantaran "presepsi" yang diberikan kini. "Apatah lagi sebelum ini kumpulan kami tidak pernah dipandang oleh masyarakat walaupun dengan sebelah mata, "kata Jaie.

Seperti kebanyakkan kumpulan blackmetal di Malaysia, Sil Khannaz mengakui mereka tidak seganas yang disangkakan. Jika dibarat mereka bebas untuk memperkatakan tentang apa sahaja dan luahan perasaan melalui muzik. "Disini lirik kami berkisar mengenai perkara perkara ringan seperti mitos tetapi tiada kaitan dengan tahyul atau bersangkut paut dengan syaitan, "katanya.

Kami percaya kami mempunyai kebaikan sendiri kerana kami berdikari untuk mempertahankan muzik kami. Kami tidak menggunakan khidmat komposer lain, malahan segala perbelanjaan untuk menerbitkan album kami, menggunakan duit sendiri.

"Sebenarnya kami tidak pernah suruh penonton atau peminat kami menyembelih kambing, minum darah atau bakar Al-Quran. Inilah angkara nila setitik rosak susu sebelanga. "Begitu juga selama ini kumpulan kami tidak pernah terlibat dengan gejala sosial seperti dadah, arak atau seks bebas.

Saya disini bukan untuk mempertahankan mana-mana kumpulan ekstrem, blackmetal tapi, sebaliknya untuk menyokong muzik. Kini kami berharap andai kerajaan ingin membuat pemantauan terhadap muzik tersebut siasatan secara menyeluruh harus dibuat dengan mengambil kira semua aspek, "mengakhiri temubual.







logo metal gempur!!