Metallica ditubuhkan pada tahun 1981 di Los Angeles. Metallica buat pertama kalinya pada tahun 1982 muncul dalam kompilasi 'Metal Massacre 1' dengan cetakkan pertama sebanyak 4500 keping. Metallica bermula dengan James hetfield sebagai Gitar/Vokal, Lars Ulrich bermain Drum, Ron Mcgovney bermain Bass dan Dave Mustaine sebagai pemain Gitar. Inilah Line-Up sebenar Metallica.
Melalui line-up ini merekan mengorak langkah dalam arena Underground dan dalam tahun yang sama mereka merakamkan dua demo iaitu 'Power Metal' dan 'No life Till Leather'. No Life Till Leather adalah demo terbaik untuk tahun itu. Walaupun Metallica bermain dengan bagus tetapi, mereka sangat sukar untuk mendapatkan tawaran untuk merakamkan album. Pada tahun berikutnya Dave Mustaine keluar dari Metallica kerana masalah disiplin, selepas keluar Dave, menubuhkan Megadeth.
Juga ditahun yang sama Ron Mcgovney mengundurkan diri dari Metallica dan tempatnya diambil oleh Cliff Burton dari kumpulan 'Trauma'. Manakala tempat Dave diganti dengan Kirk Hammet, pemain gitar kumpulan 'Exodus'. Seterusnya Metallica mendapat tawaran membuat album dan dipertengahan 1983 Metallica merakamkan album pertama berjudul 'Metal Up Your Ass' tetapi selepas itu tajuknya ditukar kepada 'Kill 'Em All'. Album ini merupakan satu kejayaan besar buat Metallica, dan dalam masa beberapa minggu pengedarannya album tersebut mencatatkan jualan yang cukup memberangsangkan dan sekaligus menjulang nama Metallica dalam arena Metal!.
 Konsert Tour Metallica menjelajah seluruh dunia.
Album ini berunsur Heavy, Speed, Power dan menuju kearah Thrash Metal!. Pengaruh muzik Metallica adalah Black Sabbath, Kumpulan-kumpulan 'The New Wave Of British Heavy Metal' seperti Venom (master of brutality), Diamond Head, Blitzkrieg, Motorhead, Misfits dan kumpulan Heavy Metal dan Punk yang mengganas pada lewat '70an dan awal '80an. Stesen-stesen radio dan Tv kurang mempromosikan
|
|
 Ron Mcgrovney, James Hetfield, Lars Ulrich dan Dave Mustine (Original Line-Up)
Metallica, tidak sepertimana hari ini. Metallica muncul pada 1984 dengan album 'Ride The Lightning', album ini lebih memancarkan lagi kegemilangan Metallica dan melaui tajuk album ini mereka mencatatkan kejayaan yang mengejutkan, diantara album Thrash Metal paling awal. Metallica mula menjadi sumber inspirasi, Metallica juga diberi peluang beraksi dengan kumpulan-kumpulan Heavy Metal yang besar dan diberi penghormatan sebagai band pembuakaan didalam Tour Venom ditahun 1984.
Dengan keunggulan Metallica, mereka dapat menarik ramai pengikut Punk datang ke konsert mereka. Sebilangan dari mereka berubah daripada meminati Punk bertukar memuja Metallica dan muzik Metal. Tahun demi tahun Metallica mencatatkan kejayaan demi kejayaan dan pada 1984 juga, Metallica mengeluarkan single 'Am I Evil', dimana satu lagunya adalah lagu cover daripada Diomond Head iaitu 'Am I Evil', sebagai satu penghormatan kepada band yang telah memberikan mereka sumber inspirasi.
Pada penghujung 1986 Metallica muncul dengan album ketiga mereka 'Master Of Puppets' yang dirakam di sebuah studio di Denmark, tempat lahir pemain drum mereka, Lars Ulrich. Master of Puppets mencatatkan lagi satu kejayaan besar apabila mendapat title 'antara album terbaik didunia' dan mendapat anugerah 'Gold' beberapa bulan selepas diedarkan. Nama Metallica semakin masyhur diserata dunia dan Metallica mengecap populariti secara mendadak, 'Master of Puppets' benar-benar berhantu dan mengegarkan persada Metal dunia.
Dalam pada mereka bergembira meraikan kejayaan demi kejayaan... tiba-tiba mereka dikejutkan dengan peristiwa menyayat hati, apabila pemain bass mereka Cliff Burton mati akibat kemalangan jalanraya semasa dalam perjalanan untuk mengadakan Tour di Sweden.
|