<< Narsamum >>




Original line-up Narsamum


BAHAGIAN PERTAMA


Kematian menjemput dari Tanjung puteri! Narsamum, sebuah band Death Metal dari johor yang suatu masa dahulu garang bermaharajalela menikam kalbu arena underground tempatan melaui keajaiban demo mereka 'Blasphemy...Revenge...Reincarnation'(1994) sekaligus membuka gerbang yang luas buat mereka. Dewa Death Metal selatan ini telah mengaruk, menghempas kesangsian yang selama ini perperang dari kekalutan. Tiayian perjalanan mereka dilanda ribut yang ganas lagi kejam sehingga menyebabkan karier mereka senyap seketika walaupun mereka masih lagi peka dengan 'jamming' dan gigs di sana sini, serta tidak ketinggalan juga perancangan demi perancangan untuk Narsamum menhunuskan bakat mereka melalui gabungan album bersama Heretic angel dari Thailand sekitar tahun 1997 dan Adaptor dari Indonesia buntu untuk diteruskan . Masalah anggota-anggota Narsamum yang dikandung sungguh membebankan tetapi dilewat '90an mereka melucutkan tanggapan sebilangan orang bahawa mereka tidak mampu lagi untuk kembali kepangkuan arena underground tempatan dengan muncul di dalam album kompilasi bahagian kedua 'Panggilan Puaka'. Dendam mereka untuk kembali telah terlaksana di mana pada tahun ini mereka merakam mini album 'Dream Of Death' di bawah label undeground dari Johor' Muzik Box Productions. Selain itu mereka juga mencipta sebuah lagu baru khas untuk album kompilasi 'Sengatan Selatan' yang mengutarakan kumpulan-kumpulan underground dari Johor sahaja. Metal Gempur turut merasuki album mini 'dreams Of Death' lantas sebuah temuramah bersama vokalis Narsamum(Najib atau Mamak) telah dibuat untuk memartabatkan kepulangna Narsamum.....




<< Temubual Esklusif >>



Segala aral yang melintangi Narsamum untuk membolehkan mereka menempa semula seperti kejutan yang di ukir dari demo pertama mereka 'Blasphemy..Revenge..Reincartion(1994) tidak dapat ditepis oleh mereka. Kekosongan mereka dalam beberapa tahun tanpa merakamkan sebarang lagu terbaru seperti memisahkan mereka dengan galeri muzik Death Metal tempatan, walaupun dalam tempoh itu Narsamum masih aktif di studio dan bermain gig dengan bantuan pemuzik undangan. Satu persatu rancangan dibuat untuk mengembalikan Narsamum ke tempat di mana bermulanya mereka bertapak tetapi gagal dilaksanakan. Mereka terpaksa komited dengan kehidupan harian dan bergelut dengan pelbagai ikatan dan masalah yang akhirnya sedikit sebanyak telah menyimpulkan aktiviti mereka. Kini Narsamum kembali dengan sesuatu yang ceria.





  • Metalgempur
    (soalan)


  • Najib
    (Narsamum)








  • Setelah agak lama memesongkan diri dalam studio rakaman apakah Narsamum terhenti seketika aktivitinya memandangkan untuk tempoh yang lama kamu tidak mempunyai pemuzik tetap, khususnya pemain Drum apa yang cuba kamu jelaskan kepada para pembaca yang ingin mengetahuinya???

    Sebenarnya Narsamum mengalami masalah dengan pemain drum, jadi semua aktiviti kami menjadi tidak teratur. Walaupun begitu kami masih lagi mengadakan latihan dengan bantuan Lanhammer dari Tandus sebagai pemain drum undangan.

    Pengakuan perjuangan Narsamum sentiasa diamuk masalah. Masa yang agak bertahun lamanya mereka tidak menggamatkan dunia underground tempatan dengan keluaran terbaru 'Guruh di selatan kembali bergema', itulah ungkapan yang paling sesuai apabila Narsamum kembali pada lewat '90an melalui penjelmaam mereka dalam album kompilasi 'Panggilan Pulau Puaka 2' . Dengan menyumbangkan sebuah lagu baru, lagu tersebut 'Hellstorm' seperti ada sedikit kelainan dari lagu-lagu yang pernah dihasilkan dahulu walaupun elemen teknikal masih dikekalkan.

    Aku rasa kau tersalah tajuk, bukannya 'Hellstorm' tetapi 'Hellfire'

    Rasanya teknik permainan drum Narsamum dalam 'Hellfire' lebih berbau Tandus.

    Aku rasa mungkin tempo drum yang membuatkan lagu tersebut berbau Tandus.

    Jadi apa yang kamu rasa membezakan Narsamum dengan Tandus, rasanya sentuhan gitar Hatta mungkin??

    Ya, kalau kau dengar betul-betul riff gitaris kami iaitu Hatta stailnya lebih 'sharp' dan tajam .


    Album Ep Narsamum bertajuk
    Dream Of Death



    Selepas penyertaan Narsamum dalam kompilasi 'Panggilan Pulau Puaka 2', Psychic Scream Entertainment merancang untuk mengeluarkan Split CD Narsamum bersama Adaptor, sebuah kumpulan Death Metal dari Indonesia. Namun apa yang direncanakan tidak di kotakan, kenapa agaknya??

    Split CD tersebut telah kami batalkan di atas beberapa sebab, mungkin dari segi persediaan kami. Split CD itu dirancangkan pada bulan Ogos tahun lepas dan kami bercadang untuk merakamkan dua lagu lama serta dua lagu baru, lagu-lagu seperti Blashemy..Revenge..Reincarnation, Kematian, From Death To Life dan Gelora Sang Durjana'. Ianya tidak menjadi kenyataan, jadi kaset Ep kami yang dikeluarkan pada pertengahan tahun ini (Dream of Death) adalah sebagai gantinya. Mengandungi dua lagu baru dan dua buah lagu lama.

    Rakaman untuk album 'Dream of Death' pada asalnya kurang memuaskan apabila mendengarkan lagu-lagu pengenalannya. Kenapakah studio di Johor menjadi pilihan??

    Masalah kerja membuatkan kami mengambil kepuutusan merakamkan album 'Dream of Death' di Johor. Itu pun dirakam di tempat kenalan kami.

    Narsamum kekurangan cerianya apabila mengalami masalah line-up yang tidak berkesudahan. Sekembalinya pemain drum asal Narsamum pada awal tahun ini telah melonjakkan semangat kamu..

    Kami kini telah mempunyai pemain drum tetap iaitu Fauzi, pemain drum asal kumpulan kami.

    Apa yang menyebabkan Fauzi mengundurkan diri sebelum ini??

    Masalah dalaman membuatkan Fauzi mengundurkan diri dari Narsamum.

    Bagaimana pemain bass, adakah masih menggunakan khidmat Saiful?

    Ya, pemain bass kami masih lagi menggunakan khidmat Saiful dari kumpulan Atrocius.

    Berasakna cerita beberapa tahun dahulu Muzik Box Production telah merancang untuk menerbitkan split demo kamu bersama Heretic Angel. Rancangan itu tidak kesampaian walaupun mendapat persetujuan kedua-dua belah pihak, apakah sebabnya yang menghalang kamu dari menunaikanya? Masalah seperti berpunca dari pihak Narsamum sendiri..

    Pada masa itu kami betul-betul kesuntukkan masa, dipihak Heretic Angel mereka seperti terkejar-kejar mahu mengeluarkan split demo tersebut secepat yang boleh. Kami tidak berupaya untuk menepatinya, selain itu kami juga di ketika itu tiada pemain drum yang tetap.

    Kesetian Narsamum kepada Death Metal tidak dapat disangsikan, ini terbukti melalui album Ep 'Dream of Death dimana muziknya masih mengekalkan irama Death Metal. Apa pula pandangan Narsamun mengenai separuh kumpulan Death Metal tempatan yang telah berpaling tadah daripada Death Metal??

    Mungkin mereka mahu melakukan sesuatu yang lain daripada yang lain, aku rasa perubahan itu tidak salah asalkan jangan berubah bermain lagu disco sudah lah!

    Underground di Johor semakin pesat membangun sekarang ini, banyak kumpulan-kumpulan yang telah mengeluarkan demo mereka. Malah album juga mula dihasilkan seperti Kharabanazak dan Tandus, situasi ini berlainan di waktu Narsamum mula mengembangkan karier dahulu. Apa pandangan kamu tentang kita punya pergerakkan di Johor??

    Underground di Johor ni kira semakin baguslah kerana banyak kumpulan-kumpulan yang ditubuhkan, budak-budak underground di Johor semuanya bersifat 'low-profile'.

    Dengan peningkatan ini adakah kamu rasakan ianya suatu saingan??

    Tak kisahkan pada aku, lagi banyak kumpulan-kumpulan underground ditubuhkan lagi bagus, meriah rasanya!.

    'Dream of Death' merupakan kehadiran yang ditunggu-tunggu oleh penggemar muzik Death Metal. Dari khabar angin yang di khabarkan mungkin selepas ini Narsamum akan menghasilkan album, benarkah begitu??

    Mengenai album kami tak tahu, mana kau dapat cerita ni.. tapi kalau ada peluang merakamkan album memang kami akan lakukan.

    Di dalam sebuah gig di Johor sekitar tahun 1996 Narsamum dilihat sebagai membangkitkan keghairahan metal '80an apabila membawakan lagu cover 'Samarkand' dari Bloodshed. Sejak dari gig itu boleh dikatakan scene di Johor dilanda demam metal '80an, apa yang menarik minat kamu mengambil keputusan membawakan lagu tersebut??

    Kami sukakan lagu-lagu lama yang bermelodi seperti 'Samarkand', jadi tidak mustahil kenapa kami membawakan lagu tersebut. Aku rasa Death Metal, Thrash Metal, Heavy Metal tetap asalnya daripada satu iaitu 'Metal'.

    Sekarang boleh diibaratkan perjalanan dimulakan semula setelah lahirnya album mini 'Dream of Death'. Apakah harapan dan jangkaan kamu untuk 'Dream of Death' setelah lama terperuk..

    Dapatkan 'Dream of Death' kaset Ep dari Muzik Box Productions, ianya telah berada di pasaran sekarang. Tidak lupa juga sebuah lagu baru yang kami sumbangkan dalam album kompilasi yang memuatkan kumpulan-kumpulan dari Johor iaitu 'Sengatan Selatan'.










    logo metal gempur!!

    ©Hakcipta terpelihara
    ® 2001 metalgempur666.cjb.net