Bersempena menjelangnya 6 tahun,6 bulan,6 hari Nebiula Production tegak sebagai salah sebatang tiang mengukuhkan era muzik underground dan ekstrim metal tempatan melalui pengeluaran produk-produknya,saya ingin mencungkil kembali tentang sejarah awal dan perjuangan lebel underground ini yang merupakan syarikat rakaman underground gergasi tempatan selain Psychic Scream Entertainment,Ultra Hingax Production atau Muzik Box Production.
Nebiula Production bermula pada tahun 1994,bagaimanapun bukan sebagai label tetapi hanya sebuah pengurusan untuk kumpulan Sil Khannaz menguruskan aktiviti serta urusan surat menyurat peminat mereka.Dikenali sebagai sil Khannaz Management yang menjual barangan kumpulan mereka seperti CD,kaset dan t-shirt Sil Khannaz!.Pada masa itu,label yang wujud membantu kumpulan-kumpulan underground tempatan untuk merakamkan album cumalah Valentine Sound Production(VSP),Dark Journey Records dan Asylum Records termasuk Evil Grinder Productions.
Bela nasib undergrounders Valentine Sound Productions,Dark Journey dan Sonic Asylum Productions dilihat lebih mementingkan keuntungan dari memperjuangkan nasib kumpulan-kumpulan underground.East Gothic Productions pula baru bermula tetapi mengambil keputusan tidak mahu berurusan dengan dunia mainstream.Tidak dapat dinafikan label seperti Valentine Sound Productions,Dark journey Records atau Asylum Productions banyak membantu kumpulan-kumpulan underground tetapi hanya pada peringkat awalnya sahaja.
Justeru itu,arah muzik underground di negara kita seperti terumbang ambing.Lebih di kesali lagi ketika itu banyak kumpulan underground di Malaysia yang mampu dan ingin menghasilkan album sendiri,sayangnya kerana tiada langsung label dari kelompok mainstreem yang berani mengambil mana-mana artis underground untuk bernaung dibawah syarikat mereka.Tidak seperti hari ini yang rata ratanya begitu rakus melahap keuntungan dari hasil titik peluh,darah,air mata dan perjuangan pemuzik underground.
Menyedari perkara itu,Sil khannaz Management didaftarkan secara rasmi pada tahun 1995 atas nama Nebiula Productions untuk memajukan kumpulan-kumpulan yang senasib dengan mereka.Produk pertama nebiula Productions ialah album mini iaitu 'Pendita Gila' dari Sil Khannaz yang di keluarkan dalam format kaset sahaja pada tahun yang sama (1995).Diwaktu itu era underground tempatan telah dikejutkan dengan demam muzik punk/alternative dan black metal tetapi Pendita Gila adalah sesuatu yang ditunggu-tunggu kerana album pertama mereka Conception OF madness dijamin oleh ramai pengikut-pengikut death metal dan peminat muzik ekstrim ditahun terbabit sebagai album 'masterpiece' tempatan .Ternyata album mini ini tidak menghampakan mereka kerana ianya disambut dengan kajayaan seperti yang diduga.
Pembuka jalan -Sil Khannaz pecah tradisi selepas keluaran sulung Nebiula Productions(Pendita Gila),label ini mula mencari kumpulan-kumpulan underground tempatan yang berpotensi.Berikutan itu mereka mula mengeluarkan produk seterusnya seperti album mini As Sahar berjudul 'SANTAU' dalam format kaset pada tahun 1995 untuk pasaran Malaysia.SANTAU diubah tajuk kepada MEDITATION EMBUN PAGI,kulit album juga diubah dan ditambah sebuah lagu bonus iaitu Stroll In Kafan.
Pembukaan tahun 1996,format album yang pertama dari Nebiula Productions ialah kumpulan dari Ipoh iaitu Vociferations Eternity bertajuk OCEAN MYTH.Buat pertama kalinya format CD diterbitkan iaitu STORM OF NEBIULA,album kompilasi artis-artis dibawah Nebiula Productions seperti Sil Khannaz,Langsuir,As Sahar,Vociferation Eternity dan Aradia.Inilah produk yang boleh dianggap'mengejutkan'kerana menawarkan lagu-lagu baru dari kumpulan seperti Aradia,Langsuir,dan As Sahar!Ep dari Nebiras Into The MediEval Cults juga berkesempatan diedarkan dalam tahun itu.
Seterusnya diawal tahun 1997 album kedua Sil Khannaz 'GERBANG KAYANGAN' dipasarkan.Buat julung kalinya album berat tempatan dikarang senikatanya dalam bahasa Malaysia.Ini kerana tidak ada kumpulan ekstrim metal disini yang berani menulis lirik mereka dalam bahasa Malaysia ketika itu.GERBANG KAYANGAN mengubah acuan muzik berat tempatan dengan lirik-lirik yang penuh khayalan misteri,cerita melayu kuno dan alam ghaib kemelayuan.THE EASTERN CRUELTY album mini dari Langsuir siap menyusur selepas itu dan ini adalah produk terhebat Nebiula Productions diikuti dengan album sulung As Sahar,PHENOMISTIK dan album live Aradia Alive...GOSPEL OF THE DRACONIAN BLACKHEARTS.
Selain menerbitkan album,label ini juga menjadi pengedar album-album metal luar negara untuk pasaran tempatan.Mereka juga pernah berhajat untuk menandatangani kontrak dengan Heretic Angel,kumpulan death metal dari Thailand dan lagenda underground serta bapa muzik ekstrim tempatan Blackfire!! Label ini telah memantulkan kewujudan mereka jauh lebih tinggi dari tahun ke tahun sebelumnya apabila tahun 1998 memancarkan harinya.Dari tahun 1998 hingga ke hari ini (2001) banyak produk-produk seterusnya telah dilahirkan dan antara yang cukup diminati ialah album kompilasi EASTERN INVASION 1 dan 2,album LIVE SIL KHANNAZ STRONGER THAN BEFORE,HELOISA MIRROR OF TRINITY,album kompilasi STORM OF NEBIULA 2 album kedua Vociferation Eternity THE MEADOWS YEARN serta Langsuir RIUSGNAL,album campuran demo/Ep.
Nebiula bakal wujud di eropah dan Amerika.Apa yang terbaru dari Nebiula Production di alaf baru ialah album CONCEPTION OF MADNESS,dikeluarkan semula bersama dua tambahan lagu bonus,album mini Sauts Alastar sauts Manastery,album terbaru Sil Khannaz BARA PAWAKA,album kompilasi METAL GEMPUR 666,PENDITA GILA.EP dikeluarkan semula untuk kali ketiga dengan tambahan dua lagi bonus yang bernafas moden termasuk sebuak kumpulan dari singapura Vehement dengan album sulung mereka.
Sebagai ulang tahun 6 Tahun , 6 Bulan, 6 Hari penubuhan mereka telah mengeluarkan sebuah album kompilasi khas bertajuk METAL GEMPUR 666 yang menyatukan artis-artis lama dan baru mereka,diselang selikan oleh penyertaan tujuh kumpulan barat dari Australia,Holland,Amerika dan dua kumpulan dari Singapura menjadikan 16 kumpulan semuanya.Satu berita yang amat membanggakan diperolehi pada tahun 2000 setelah album-album keluaran Nebiula Production mula mendapat intaian dari pihak barat Copro Sales And Marketing dari England telah mencetak dan mengedarkan semua produk-produk mereka.Syarikat dari england ini telah menyediakan perkhidmatan dikedai kedai muzik seluruh England dan telah mengadakan promosi untuk majalah,stesen radio,dan sebagainya.
Setelah 6 tahun 6 bulan 6 hari berlalu Nebiula Productions masih lagi bertahan sehingga ke hari ini walaupun bermacam rintangan terpaksa dirampuhi lebih lebih lagi pukulan kemelesetan ekonomi yang tidak mengenal erti belas.Mereka masih wujud walaupun tidak sebesar nama BMG atau EMI tetapi kewujudan Nebiula Productions cukup bermakna bagi muzik underground.Label ini bergerak secara perlahan tetapi cukup aktif.Sekarang Nebiula Productions dikenali sebagai pengedar,syarikat rakaman,penganjur gigs disamping mempunyai kelab peminat dan sebuah kedai khas milik mereka.
Kemajuan yang mereka capai cukup untuk membayangkan bahawa Nebiula Production semakin kuat pengaruhnya meskipunpromosi untuk pasaran mainstrem tidak dibuat.Semoga Nebiula Production akan menjadi lebih berwibawa dari sekarang setanding dengan label-label besar dibarat contohnya,OSMOSE atau NUCLEAR BLAST RECORDS.
|