
SIL KHANNAZ CONCEPTION OF MADNESS (ALBUM 2000)
Keluaran asli album ini ialah pada awal tahun 1993 dibawah Valentine Sound Production.Sil Khannaz adalah artis kedua mereka selepas Suffercation dan mereka adalah kumpulah underground pertama mengeluarkan album dalam bentuk cd.Conception Of Madness dipasarkan bertepatan dengan masanya kerana waktu itu muzik death metal sedang popular dalam arena muzik ekstrim tempatan.Ini adalah salah satu album terbaik dari pemuzik metal tempatan.Ketika awalnya album ini diterbitkan oleh Karl Cromok tetapi proses rakaman Conception Of Madness dilakukan separuh sahaja olehnya.Akibatnnya,Sil Khannaz terpaksa merakamkan semula dari permulaan.Gabungan dua gitaris 'maut' Sil Khannaz CD Khanzab dan Joe Slaughter yang mencorakkan petikan gitar didalam album ini begitu teknikal dengan klas brutal metal yang tersendiri.
Album ini juga merupakan kejutan kedua di dunia death metal tempatan selepas album Before The Sunrise dari Silent Death yang memaparkan originaliti dalam format muzik death metal.Conception Of Madness telah diedarkan di Perancis untuk pasaran eropah ketika itu dan sebanyak 5000 unit album telah terjual.Album ini juga telah muncul dalam Kerrang Magazine sebuah majalah rock/metal paling popular didunia.Mereka telah menerima pujian dari majalah itu lantas sekaligus muzik underground di Malaysia diangkat tarafnya.Sebagai menghargai album ini peminat-peminat pada hari ini yang menggelarkan diri mereka 'brutal'harus mendapatkan album ini kerana ini adalah koleksi album brutal death metal tempatan.Lupakan kumpulan-kumpulan yang melabelkan diri mereka sebagai brutal tetapi pada hakikatnya mereka brutal hanya kerana nama dan glamour,macho dan untuk dipandang hebat.Ini adalah brutal yang sebenar dari sudut muzik,konsep dan perjuangan.

MESMERIZED KUASA (ALBUM 1999)
Usaha Mesmerized menghasilkan sebuah produk seperti kuasa patut disanjung kerana kreativiti yang mereka ketengahkan begitu memberangsangkan.Jaie Jokhannaz dari Sil Khannaz dan Jadam gitaris Gorb/Profane Creation,Koffin Kanser serta beliau adalah line-up asal dari Necrotic Chaos sejak ia ditubuhkan pada tahun 1998.Pengalaman dua pemuzik bertauliah ini dihidangkan didalam Kuasa tetapi malangnya peminat-peminat di Malaysia masih rabun untuk melihat kecanggihan ilham mereka.Sudah menjadi satu kelaziman sesuatu kelainan itu begitu sukar untuk diterima oleh masyarakat kita kerana mereka tidak memahaminya.Ianya juga kurang mendapat perhatian dari peminat underground,mungkin kerana mereka hanya mahu menerima muzik black metal sahaja.Mesmerized bereksperimen dalam album ini dengan
|
|
campuran muzik orkestra,atmosferik,gothic dan sedikit sentuhan depgresif metal tetapi masih bukan kearah terbentuknya sebuah album yang boleh digelar Symphonic.

AS SAHAR BAKU KARAMA (ALBUM 1999)
Kreativiti kumpulan ini tidak terbatas hanya dalam sesebuah genre muzik sahaja.Buktinya album ini adalah penentunya.As Sahar mengkacukkan muzik rock/heavy metal melayu seperti tahun 80an yang menyelitkan lagu slow rock.Sedikit pengruh speed metal barat dan tempiasan gothic rock.Terdapat sebuah lagu cover Tanjung Puteri yang dibuat dalam versi As Sahar.Produk ini telah menerima tentangan hebat dari peminat setia mereka yang begitu patuh dengan karya-karya lama As Sahar dan ada yang keterlaluan menggelarkan mereka trendy.Walau apapun Album ini masih tersirat ciri originaliti meskipun tidak menonjol tetapi ianya tetap menghiburkan.Album ini hanya mengetengahkan pasangan adik beradik yang juga merupakan pengasas kumpulan ini.Pukulan dram dari album ini lebih menarik jika mereka menyelitkan sedikit elemen-elemen progresif untuk menyunikan lagi.

THE SUN IN MY HAND PROGRESSIVE METAL/ROCK (ALBUM KOMPILASI 2000)
Sebuah Album kompilasi progresif metal/rock yang bagus tetapi peminat-peminat metal yang jahil telah menidakkan keunikan album ini.Mengetengahkan kumpulan-kumpulan progresif metal/rock seperti Prototype (Amerika),Echo Silence (Estonia),jester's Tears (Jerman),The Outer Darkness (Amerika),Angstrom (England),From Thy Ashes (Amerika),Arjuna (Itali),Volverine (Sweden)dan Michel Lee Ostrander (Amerika).Apa yang menyedihkan tidak ada kumpulan tempatan yang terlibat.Sun In My Hand adalah sebuah produk yang patut dilayani dengan penuh kefahaman dan ketelitian.Tidak melampaui jika saya katakan muzik seperti ini masih tidak mendapat tempat didalam pasaran tempatan,hanya mereka yang benar-benar menghayati muzik akan menghargainya atau menyukainya.Percubaan berani mengeluarkan produk seperti ini harus dipuji kerana ia lahir dari sebuah kajujuran hati dan bukan kerana kehendak pasaran.Sudah menjadi satu tradisi di Malaysia,setiap apa yang unik,pelik dan sukar diterima oleh peminat-peminat mainstream akan diperjuangkan oleh kumpulan,label atau pengiat muzik underground.Ianya menjadi sebaliknya apabila muzik ini ditakdirkan menjadi trend hangat,semua label-label kormesil akan berlumba-lumba mengeluarkan produk trendy ini dan tidak kurang juga kumpulan-kumpulan 'terkejut' yang terus menubuhkan kumpulan baru lantas menyatakan 'kami' telah bermain muzik jenis ini sejak ianya belum popular lagi.Perkara ini telah terjadi sekarang ini dan pejuang-pejuang muzik yang sebenar yang menjadi mangsanya......
|