Tom Araya [ Vocal/Bass ]
Tom Araya
[ Vocal/Bass ]
Kerry King [ Lead Guitar ]
Kerry King
[ Lead Guitar ]
Jeff Hanneman [ guitar ]
Jeff Hanneman
[ guitar ]
Paul [ Drum ]
Pau[ Drum ]


<< Biografi Band Slayer >>






Raja Thrash Metal


Slayer ditubuhkan pada 1982, sebelum tertubuhnya Slayer anggota-anggotanya bermain dalam satu band yang hanya memainkan lagu-lagu 'cover' dari kumpulan-kumpulan Heavy Metal dan Punk pada lewat '70an dan awal 80an'. Kemunculan Slayer yang pertama ialah pada tahun 1983 menerusi album kompilasi yang dikeluarkan oleh Metal Blades Records, menerusi 'Metal Messare 3' dengan membawa lagu 'Descendant Aggressor' bersama-sama kumpulan baru lain seperti Tyrant, Bitch dan beberapa band lain. Lagu 'Descendant Aggressor' dirakam khas untuk album kompilasi ini dan tidak dimuatkan dalam mana-mana album Slayer . Slayer menafikan lagu tersebut adalah permulaan bagi mereka.



Melalui satu demo pada tahun 1983 yang mengandungi 3 lagu, ditambah pula dengan pembabitan Slayer dalam kompilasi 'Metal Messacre 3' serta gig-gig yang mereka main, Brian Slagel dari Metal Blade Records mengambil keputusan untuk mengeluarkan album pertama Slayer!. 'Show No Mercy' lahir pada tahun 1983, pada pendapat saya inilah album Thrash Metal dalam erti kata sebenar. 'Show No Mercy' mempunyai persamaan denagn album 'Kill 'Em All', riffing gitar, rentaknya, malah ia dikeluarkan pada tahun yang sama. Imej Slayer sama seperti Venom, berpakaian kulit, spikes, dibahagian mata dicat hitam dan lirik-lirik berunsurkan Occuulticm. Dengan album 'Show No Mercy' Slayer mengorak langkah kesatu dimensi baru dalam muzik Metal. Slayer dipengaruhi Venom , Judas Priest, Deep Purple dan kumpulan-kumpulan Punk yang popular lewat '70an.

Seperti mana Metallica, album ini sungguh memeramjatkan dan penjualannya begitu laris sehinggakan Metal Blades Records terpakasa membuat cetakkan kedua dalam bentuk 'Gatefold'. Selanjutnya pada tahun 1984 Slayer merakamkan Demo kedua tetapi rakaman lagu-lagu ini untuk Single pertama mereka 'Haunting The Chapel'. Keunikkan Single ini sangat menyerlah pada tahun 1984, pengulas muzik mentakrifkan lagu 'Chemical Warafare', salah satu lagu dari Single ini adalah lagu paling laju mereka pernah dengar. Dalam satu jam session, peminat-peminat Slayer telah datng untuk menyaksikan latihan mereka dan Brian Slagel (bos label Metal Blades Records) tanpa kebenaran Slayer telah merakamkan lagu-lagu yang dimainkan serta kemudian mengeluarkannya dalam bentuk 'Live' album bertajuk 'Live Undead' pada tahun 1984.

album Show No Mercy!!




Ditahun yang sama juga Jeff Hannmen menubuhkan band projek yang berkonsepkan 'Punk', manakala Kerry King dijemput untuk menjadi pemain gitar undangan untuk Megadeth!!. Dimana ketika itu Megadeth tidak mempunyai seorang pemain gitar yang tetap. Kerry King dipelawa oleh Dave Mustaine (bekas gitaris Metallica) yang bermain sebagai vokal/gitar untuk sama-sama dalam setiap gigs Megadeth. Reputasi Slayer sememangya besar sama seperti diawal karrier 'Venom'. Slayer dikritik , dikecam dan dikutuk habis-habisan oleh media-media besar, hanya 'Zine-zine Underground' sahaja yang memberikan sokongan kepada mereka selain beberapa media lain yang turut memberikan sokongan. Slayer terus memperjuangkan muzik mereka tanpa bantuan promosi daripada media-media berpengaruh. Penantian terhadap album kedua Slayer akhirnya berakhir apabila album ini dikeluarkan pada 1985, album ini mengandungi lebih banyak Riff-riff gitar yang menarik dan sidikit perubahan telah dilakukan.

album Region In Blood!!




Lirik-lirik berunsur satanism masih lagi dikekalkan dalam album ini. Peminat-peminat Slayer bertambah gila dengan kelahiran album ini dan pemuzik-pemuzik baru juga tidak ketinggalan menjadikan Slayer sebagai satu 'Inspirasi'. Peminat-peminat Slayer bertambah gila dan para fanatik Slayer bertambah bila dunia Metal digegarkan oleh album seterusnya 'Region In Blood' ditahun 1986. 'Region In Blood' adalah antara album Thrash Metal nombor satu dunia dan diminati sehingga kehari ini. Album ini juga adalah antara album Metal yang terlaris didunia. Bermula dengan 'Region In Blood' mereka menjadi lebih besar, semua kumpulan ingin meniru Slayer dan pendek kata semuanya mahu menjadi Slayer nombor 2!! 'Region In Blood' betul-betul merobek jiwa peminat-peminat Thrash Metal. Sehinggakan Slayer digelar 'Raja Thrash Metal Dunia'.




Jika sebelum ini mereka menaiki kereta kepunyaan Tom Araya (Bass/Vokal Slayer) yang sarat dengan alatan muzik untuk pergi kesesuatu gigs, selepas album 'Region In Blood' telah bertukar dengan menaiki bas-bas tour yang besar dan penuh dengan crew-crew dan kemudahan yang mereka tidak perolehi sebelum ini. Seluruh dunia membuka mata selepas album tersebut. Album 'Region In Blood' dikeluarkan oleh Def Jam Recordings dimana label ini hanya mengeluarkan album-album yang tidak berunsurkan Thrash Metal!! contohnya Aerosmith. Dalam tahun yang sama juga Single kedua 'Criminally Insane' keluar bersama-sama 'Descendent Aggressor' yang dimuatkan kedalam Single ini.

Dalam satu tour 'Region In Blood' dipenghujung 1986, Drummer Slayer Dave Lombardo mengambil keputusan untuk mengundurkan diri dan penarikan diri beliau digantikan oleh Tony Scaglione, merupakan pemain Drum dari kumpulan Thrash Metal yang cukup bagus iaitu 'Whiplash' tetapi Dave Lombardo kembali semula pada Mac 1987 untuk menyambung Tour Slayer di Eropah. Slayer berterusan menjadi raja sehingga kehari ini kerana Slayer adalah Slayer....








logo metal gempur!!

©Hakcipta terpelihara
® 2001 metalgempur666.cjb.net