venom history!!


<< Sejarah Band Venom >>






Pengasas "Extreme Metal"

Venom memulakan karier mereka pada awal 70an dengan lima orang anggota, dimana Cronos bermain bass sahaja. Mereka memainkan lagu-lagu cover ketika itu daripada kumpulan-kumpulan Heavy Metal yang sedang hangat ketika itu. Mereka praktis disebuah gereja di Newcastle (British) dimana mereka menyewa pada setiap hari sabtu, kadangkala Jumaat atau Ahad. Clive Archer adalah penyanyi asal Venom! bersama-sama Clive Archer mereka kerap menjalani latihan, Clive gemar mengecat mukanya putih dengan line hitam dimata dan dibibir seperti pemuzik Black Metal hari ini.

Clive Archer dipengaruhi Alice Cooper, dalam erti kata lain!. Mereka memainkan lagu-lagu daripada kumpulan seperti Kiss, Black Sabbath dan judas priest!. Dalam satu perbalahan Clive Archer telah disingkir dan Cronos, pemain Bass terus menjadi Vokalis selaku Bassis. Menjelang 1980, Venom buat pertama kalinya mengeluarkan single pertama bertajuk "In League With Satah". Dari segi muzik, Venom dipengaruhi muzik tradisional Heavy Metal dan Punk yang sedang popular ketika itu. Pengaruh mereka seperti Kiss, Judas Priest, Black Sabbath, Sex Pistols, VAn Halen, The Who, Deep Purple dan The Tubes. Venom adalah antara kumpulan yang paling "EXTREME" dalam arena Metal ketika itu dari segi penampilan imej, lirik, muzik dan juga persembahan. Pengaruh-pengaruh mereka dibentuk dan digabungkan dan menjadi Venom!.

Venom pure brutal!

Mereka mengambil imej Judas Priest yang berpakaian kulit, spikes, stud dan kasut kulit sebagai imej mereka. Mereka mengambil inspirasi lirik dari kumpulan Black Sabbath yang bertemakan kegelapan dan untuk show mereka dipengaruhi oleh Kiss! Dengan imej Judas Priest, lirik Black Sabbath dan persembahan ala Kiss, mereka gabungkan menjadi satu iaitu "VENOM". Selepas itu imej dan lirik mereka menjadi idola dan ikutan pemuzik-pemuzik Thrash dan Metal.

Akan tetapi di awal kemunculannya Venom masih tercari-cari identiti sendiri. Venom memperkenalkan dan mempopularkan lagi imej AntiChrist dengan memakai rantai-rantai salib yang diterbalikan (AntiChrist) bersama-sama Pentagram. Sebelum ini hanya Black sabbath sahaja yang berani dengan imej dan lirik-lirik negatif, malahan didalam cover album pertama Black sabbath terdapat simbol salib terbalik. Pada tahun 1981 melalui Neat Records Venom mengeluarkan album sulung "Welcome To Hell", merupakan album campuran Heavy, Speed dan Black Metal walaupun ianya masih dibayangi Heavy Metal.




Tahun berikutnya lahir pula album "Black Metal" yang mencetuskan dan mengamatkan arena Metal. Dengan kelahiran album Black Metal bermulalah kumpulan-kumpulan melabelkan muzik mereka dengan pelbagai kategori. Venom merupakan sejarah dan mereka mencipta rentak dan beat-beat muzik Black Metal!. Mereka melajukan dari apa yang telah sedia ada. Riffing gitar mereka laju dari album Black Metal juga diikuti dan menjadi asas riffing. Contohnya lagu-lagu seperti 'Black Metal' dan 'Withing Hour'(dari album 'Welcome To Hell'). 1983, album ketiga Venom 'at War with Satan' muncul menghuru-harakan lagi suasana.

Venom pure brutal!Venom pure brutal!


Cover depan album ini memaparkan simbol AntiChrist yang besar, untuk tahun 1984 Venom mengeluarkan single 'Warhead'. Warhead adalah salah satu single yang cukup bagus. Single-single yang dihasilkan oleh Venom sememangnya cukup berkualiti seperti 'In league With Satah'(1980), 'Bloodlust'(1982), 'Die Hard'(1983), 'Warhead'(1984), 'Monitou'(1985) dan 'Nightmare'(1985). Dalam tahun 1984 Venom melancarkan tour mereka diseluruh Eropah dan salah satu show itu, di Aardshock Festival (Holland) menjadi lagenda kerana Venom telah memusnahkan semua alatan muzik mereka diakhir show.

Di dalam tahun yang sama Venom menghuru-harakan stadium Hammersmith (British). Venom kembali lagi pada tahun 1985 dengan album 'Possessed', merupakan album terakhir mereka bertiga sebelum bertukar anggota baru dan zaman malap menghantui, tetapi Venom tetap meneruskan perjuangan. Zaman permulaan karier Venom sehingga album 'Possessed' adalah zaman yang cukup gemilang buat mereka. Dari tahun 1982-85, Venom merupakan satu pengaruh yang cukup kuat kepada semua kumpulan-kumpulan 'UNDERGROUND' dan Metal, Venom juga mempengaruhi 'Metallica'.






logo metal gempur!!

©Hakcipta terpelihara
® 2001 metalgempur666.cjb.net