<< Vociferation Eternity >>


Daie bersama Batara Guru (Langsuir)!!
Daie (vocal/gitar) Batara Guru (bass)





BAHAGIAN KEDUA


Nebiula Production adalah label tempatan yang memberikan mereka ruang untuk membesar dalam arena underground tempatan. Album 'Ocean Myth' telah diulang cetak dalam bentuk cakera padat dengan kulit album yang terbaru terbaru. Album 'Ocean Myth' agak bertentangan kerana iramanya tidak begitu menepati selera pendengar dikala itu.

Aku rasa tak juga, berapa sangat orang dalam Malaysia dengar lagu Black Metal...

Jadi kamu tidak kisah tentangnya??

Bagi aku album tersebut terjual banyak atau tidak aku tak kisah. Apa yang penting aku dapat menyampaikan apa yang aku buat. Terserahlah pada mereka sama ada menyukai atau tidak.

album kedua 'Meadow's Yearn'
Vociferation Eternity
Meadow's Yearn



Apa keistimewaan yang terdapat dalam edisi terbaru 'Ocean Myth', jika dibandingkan dengan cetakkan pertama dahulu??

Keistimewaan album ini kerana ianya telah di'remastered' dengan menggunakan teknologi digital. Mutu sound album tersebut agak memberangsangkan.

Macam mana pula dengan perancangan Nebiula Productions yang digembar-gemburkan mengenai pemasaran album-album kamu ke Eropah??

Perancangan telah dibuat oleh Nebiula Production dengan Century Media tetapi belum dapat dipastikan lagi.

Bagi pengetahuan semua album 'Meadow's Yearn ' telah dipasarkan di Eropah oleh sebuah syarikatdari Britain bernama Copro Production. Malah pengiklanan juga telah tersiar di dalam majalah metal nombor satu dunia, 'Terrorized!!' Sebelum terjadinya album 'Meadow's Yearn' kamu pernah merancang untuk mengeluarkan album Ep bagi mengubati keluh kesah peminat yang menantikan album kedua kamu, kenapa rancangan itu seperti disekat??

Itu hanya perancangan sahaja. Boss label kami iaitu Jaie Jokhannaz menyuruh kami membuat full album, jadi kami terpaksa membatalkan niat untuk mengeluarkan Ep tersebut.







Penglibatan Daie di dalam arena underground tempatan bukan sahaja tertumpu pada Vociferation Eternity, bakat dan dedikasi juga dipamerkan didalam Sil Khannaz dan Necrotic Chaos. Semua peranannya sebagai gitaris, Sil Khannaz, Vociferation Eternity dan Necrotic Chaos merupakan tiga nama besar dalam arena muzik berat tempatan. Diantara ketiga-tiga kumpulan tersebut yang manakah lebih dijiwai oleh kamu??

Ketiga-tiga kumpulan itu adalah semua kumpulan aku, setiap kumpulan mempunyai stail yang berbeza-beza. Aku sumbangkan idea aku untuk setiap kumpulan sama rata.

Secara tidak langsung Daei juga terlibat dengan sebuah kumpulan Gothic tempatan sebagai gitaris. Bassis Vociferation Eternity adalah orang terpenting dalam kumpulan 'Langsuir' sebuah kumpulan Death Metal yang penuh dengan kegelapan dari Perak. Di awal penjelmaan Vociferation Eternity ianya disifatkan sebagai band projek kerana mengikut urutan sejarah Vociferation Eternity ditubuhkan oleh Daei dan anggota-anggota Mass Grave, Profane Creation, Langsuir dan Necrotic Chaos. Dahulunya Voci diwujudkan untuk melepaskan gian bermain muzik yang berlainan dari kebiasaanya. Adakah orang masih menganggap Vociferation Eternity sebagai kumpulan projek seperti mana ditubuhkan 8 tahun dahulu

Vociferation Eternity bukan sebuah band projek! ramai yang menganggap kami adalah band projek tetapi ini tidak benar.. Ianya sebuah band yang aku tubuhkan.

Bagaimana pula komitmen kamu dalam Vociferation Eternity, Sil Khannaz dan Necrotic Chaos. Mungkinkah komitmen kepada Voci lebih dicurahkan??

Komitmen aku untuk semua kumpulan yang aku mainkan adalah sama rata.

Bagi menaikkan semangat mereka, Metal Gempur menanyakan tentang persembahan di Indonesia yang bakal disertai pada bulan Julai, pertanyaan tersebut telah disambar oleh Daie..

Kami akan beraksi di Indonesia di dalam sebuah Fetival muzik underground di sana, harap-harap ianya menjadi kenyataan..




Sama-samalah kita harapkan agar ini semua diterima kenyataan dan akan menjadi jambatan untuk mereka berlabuh diperdagangan di Indonesia . Semua album-album Vociferation Eternity dan T-shirt boleh didapati dari :-

Nebiula Production,
P.O. Box 13442,
Kuala Lumpur.








logo metal gempur!!

©Hakcipta terpelihara
® 2001 metalgempur666.cjb.net