UPDATE TERAKHIR : 24 SEPT 2001
Baru-baru ini Dunia Metal tempatan dihebohkan dengan Isu 'Black Metal' yang telah mengelirukan banyak pihak terutamanya mereka yang tidak mengetahui kedudukan sebenarnya.... Pihak wartawan dan stesyen Televisyen pula terus mengecam peminat muzik Underground (Black Metal) tanpa usul periksa... dan menganggap semua peminat muzik Metal adalah 'penyembah Syaitan' ini amat mengecewakan saya dan seluruh peminat Metal tanahair... Mengapakah pemikiran mereka begitu sempit sekali, oleh kerana disebabkan kenyataan daripada 'budak belasan tahun' di akhbar/majalah mereka terus menyimpulkan bahawa semua peminat 'Black Metal' fanatik dan sanggup menyembah syaitan, minum darah kambing dan sebagainya???
Black Metal adalah muzik dan setiap jenis muzik itu sememangnya mempunyai kesan yang negatif, cuba kita lihat peminat muzik Hip-Hop mereka dikaitkan dengan Disco, Pil Ekstacy, Arak, Pergaulan bebas. Begitu juga kita lihat peminat muzik Grunge mereka dikaitkan dengan penyalahgunaan Dadah, berpakaian selekeh, hidup tidak terurus dan sebagainya. Bagaimana pula peminat muzik Dangdut, hemmp.. Kelab-kelab dangdut dipenuhi dengan 'Orang-orang tua' yang lupa anak bini, menghayunkan badan bersama GRO dengan diiringi alunan muzik dangdut yang berbau lucah senikatanya!!.
Muzik Pop pula yang paling kurang diberikan perhatian mengenai kesan negatifnya.. kenapa? kerana pasaran muzik ini yang memonopoli industri muzik Malaysia, sudah tentu kalau kesan negatifnya dihebahkan maka Major Label di Malaysia akan gulung tikar..Pada pendapat saya, muzik Pop/jiwang juga menyumbang kepada kesan negatif terutama kepada golongan remaja... mereka khayal dibuai oleh lagu-lagu cinta yang shahdu dan meleleh hinggakan adakalanya mereka lupa batas pergaulan terutama yang sedang bercinta kerana asyik dibuai keindahan dunia mereka sehingga...... (paham-paham sendiri la) dan banyak lagi irama muzik yang membawa kesan negatif.
Maka kesimpulanya disini segalanya terpulang kepada diri masing-masing untuk menerima muzik itu untuk tujuan apa? kalau setakat sebagai hiburan ianya tidak salah tapi janganlah sampai mengikuti apa sahaja 'perlakuan negatif' artis/band pujaan mereka itu sahaja. Begitu juga dengan saya, saya jadikan muzik Metal itu sebagai hiburan dan kadangkala muzik Metal dapat memberikan saya ilham semasa membuat assigment/study... semangat metal yang menghuni jiwa saya tidak akan padam sampai bila bila... hail!! metal follower..
c_dee^Jokhannaz -=Webmaster=-
|