NAJASAH - NAJIS DAN JENIS JENISNYA

Najis ialah kotoran yang wajib dibersihkan atau dihilangkan dari diri kita atau benda benda yang dikenainya.

Firman Allah;
" Mengenai pakainmu, hendaklah kami bersihkan"   Al Muddatstsi ayat 4.

" Sesungguhnya Allah mengisihi orang orang yang taubat, dan mengisihi orang orang yang bersuci."  Al Baqarah ayat 222.

Najis itu ada tiga macam iaitu:-

  • Najis Mukhaffafah - Najis ringan
  • Najis Mutawasitah
  • Najis Mughaladzah
     

1. NAJIS MUKHAFFAFAH

 

Najis mukhaffafah; ialah najis ringan. Bagi menghilang atau mensucikannya memadai dengan beberapa percikan air. Yang termasuk dalam najis mukhaffafah ialah air kencing bayi lelaki yang belum makan apa apa selain susu ibu saja. 

Rasulullah SAW bersabda;
Ertinya : "Kencing bayi lelaki menyucikannya dengan dipercikkan air kepadanya dan kencing bayi perempuan dengan disuci." Riyawat Ahmad

Dalam satu hadith lain:
Ertinya : " Barang yang terkena air kencing anak perempuan harus disuci, sedang bila terkena air kencing anak lelaki cukuplah dengan merecikkan air padanya. Riwayat Abu Daud dan Nasa'i

 

2. NAJIS MUTAWASITAH

 

Najis mutawasitah ialah najis pertengahan. Najis ini terdiri dari segala najis kecuali najis yang tergolong kepada najis berat. Yakni Najis Mughaladzah.

  • Kotoran manusia, berdasar hadiths Anas bin Malik berkata. " Biasanya Rasulullah SAW pergi kebilek aik lalu saya ( Anas bin Malik) dan seorang anak lelaki sebayaku membawakan sebaldi air dan sebuah tongkat. Tetapi baginda beristinjak dengan air " - Bukhari dan Muslim.

Nabi SAW bersuci setelah buat hajat besar itu menunjukkan bahawa kotoran manusia itu najis.

  • Kencing Manusia, berdasarkan perintah Nabi SAW kepada sahabat sahabat nya menyiram kencing seorang Arab Gunung yang kencing disudut masjid Nabi SAW.

Ertinya : Nabi SAW menyuruh mengambil segayuny air, lalu disiramkan diatas tempat yang dikencingi (oleh orang Arab gunung tersebut)".- Bukhari dan Muslim.

  • Wadi, iaitu air putih kental yang keluar mengiringi kencing. Wadi ini najis berdasarkan ucapan Aisyah:

Ertinya :- " Wadi itu keluar setelah kencing. Maka hendaklah orangnya mencuci kemaluannya lelaki mahupun wanita dan wuduk, tetapi tidak mandi." Ibnu Mundzir.

Dicucinya kemaluan yang keluar wadi menunjukkan wadi itu najis.

  • Madzi, iaitu air putih yang bergetah yang keluar kerana mengangan angan jimak atau ketika bergurau dengan perempuan maka is tergolong najis, berdasar hadith Ali,

Ertinya :- " Saya lelaki yang sering keluar madzi, Maka kusuruh seorang lelaki, kerana akulah suami puterinya. Lalu is bertanya. Maka jawab baginda kepadanya: Wuduklah dan cucilah kemaluanmu". Bukhari.

  • Darah haid dan darah nifas : Darah haid iaitu darah merah kekuning kuningan atau kuning bercampur coklat yang keluar dari alat perempuan, bukan kerana luka dan cedera.

Darah nifas iaitu darah perempuan sewaktu melahirkan anak dan berjalan hingga 40 hari. Darah haid termasuk benda najis, berdasarkan hadith dari Asma puteri Abu Bakar, bahawa Nabi SAW bersabda tentang darah haid yang mengenai pakaian.

Ertinya: Hendaklah (perempuan itu) mengeriknya (darah haid tersebut) kemudian menggosoknya dengan air kemudian mencucinya, kemudia ia (boleh) solat dengan kainnya itu." Bukhari dan Muslim

Adanya perintah mencuci kain yang terken dara haid itu menunjukkan najisnya darah haid. Begitu pula darah nifas hukumnya sama dengan darah haid.

  • Darah :- Baik ia darah yang mengalir atau tertumpah, misalnya yang mengalir dari haiwan yang disembelih, ataupun darah haid. Tetapi dima'afkan kalau hanya sedikit.

Dari  Aisyah r.a. katanya : " kami makan daging sedang darah nampak merupakan benang benang dalam periuk."  - Bukhari.

CARA MEMBERSIHKAN ( NAJIS MUTAWASITAH)

Bagi mensucikan Najis Mutawasitah hendaklah membasuhnya dengan air mutlak atau yang suci lagi mensucikan, sehingga hilang rupa, rasa dan baunya.

Najis yang termasuk dalam Najis Mutawasitah ialah Najis Aini dan juga najis Hukmi.

  • Najis Aini

Iaitu najis yang ada rupa, rasa dan baunya. Membersihkan najis ini ialah dengan membasuhnya sehingga hilang segala sifat sifat nya.

  • Najis Hukmi

Iaitu najis yang tiada rupa, rasa dan baunya. Cara membersihkan nya ialah dengan menyiramkan air ketempat yang tekena najis kemudian dilap hingga kering.

 

3. NAJIS MUGHALADZAH

 

Najis Mughaladzah iaitu najis yang berat; yakni najis yang timbul dari najis anjing dan babi. Yang digolongkan benda Najis Mughaladzah ialha air liur anjing yang mengenai barang cair atau kental. Jika barang barang berair terkena jilatan anjing, hendaklah dibuang. Jika anjing menjilat pada tempat air (seperti glas berisi air) maka airnya harus dibuang dan glas wajib disucikan.

CARA MENSUCIKAN NAJIS MUGHALADZAH

Hendaklah disuci 7 kali pada air yang mengalir.

Yang pertama atau yang terakhir air itu hendaklah bercampur dengan tanah atau pasir yang suci. Dasarnya ialah hadith Abu Hurairah yang bererti :- " Jika anjing minum dalam bekas salah seorang diantara kamu, maka ciculah 7 kali." Muslim.

Sabda Rasulullah SWA bererti :- " Sucinya bekas air seorang diantara kamu kalua dijilat oleh anjing ialah dicuci tujuh kali, yang pertama atau yang terakhir dengan tanah." Muslim.

Umumnya air bercampur tanah diguna pada air basuhan yang pertama.

 

KANDUNGAN

mh_button_a.jpg (7446 bytes)

mynetpal@yahoo.com

Copyright © 1998 All rights reserved.