:: Malaysian Unity Secretariat II
Untuk ditangga kitak semua...
:: muka depan      |     :: keluar   
muqaddimah
objektif
penganjur
bayaran
pakej
tentatif

MUQADDIMAH

       Pelajar universiti merupakan agen perubah kepada masyarakat. Oleh itu, mereka sepatutnya mempamerkan pendekatan lebih proaktif atau dalam ertikata lain, mereka haruslah sanggup menjadi sukarelawan dalam memajukan masyarakat sekeliling. Berdasarkan fakta inilah maka, para pelajar dan juga masyarakat seharusnya berganding tangan dan bersatu padu dalam mewujudkan usaha dan idea pembangunan masyarakat yang bertanggungjawab, harmoni dan mentaati tuhan. Maka atas dasar inilah, Sekratariat Perpaduan Malaysia Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (MISI II) mengambil langkah menganjurkan program MISI Kenyalang 2002. Objektif utama program ini adalah usaha memajukan masyarakat dengan pendekatan ilmiah selain meningkatkan perpaduan di kalangan rakyat. Dengan berkonsepkan ilmiah dan motivasi, program ini cuba memberi pengalaman baru kepada masyarakat Sarawak bertemu, bertukar-tukar pandangan serta menjalin persaudaraan yang lebih kukuh dengan para peserta program yang terdiri daripada pelajar-pelajar semenanjung dan juga luar negara. Selain itu, adalah diharapkan agar kita dapat sama-sama menyelami dan memahami kebudayaan masing-masing. Adalah menjadi harapan yang besar agar program ini mampu memberi manfaat yang besar terhadap pembangunan masyarakat. Insya Allah.