Kisah ini diceritakan oleh seorang ustaz
yang bertugas memandikan mayat orang Islam di hospital. Lebih kurang jam
3.30 pagi, saya menerima panggilan dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah,
Klang, Selangor untuk menguruskan jenazah lelaki yang sudah seminggu
tidak dituntut. Di luar bilik mayat itu cukup dingin dan gelap serta
sunyi dan hening. Hanya saya dan seorang penjaga bilik tersebut yang
berada dalam bilik berkenaan.
Saya membuka dengan hati-hati penutup
muka jenazah. Kulitnya putih,badannya kecil dan berusia awal 20-an.
Allah Maha berkuasa. Tiba-tiba saya lihat muka jenazah itu sedikit demi
sedikit bertukar menjadi hitam. Mulanya saya tidak menganggap ia sebagai
aneh, namun apabila semakin lama semakin hitam, hati saya mula
bertanya-tanya. Saya terus menatap perubahan itu dengan teliti, sambil
di hati tidak berhenti-henti membaca ayat-ayat suci Al-Quran. Detik demi
detik berlalu,wajah jenazah semakin hitam. Selepas lima minit
berlalu,barulah ia berhenti bertukar warna.
Ketika itu wajah mayat berkenaan tidak
lagi putih seperti warna asalnya,tetapi hitam seperti terbakar. Saya
keluar dari bilik berkenaan dan duduk termenung memikirkan kejadian aneh
yang berlaku itu. Pelbagai pertanyaan timbul di kepala saya; apakah yang
sebenarnya telah terjadi? Siapakah pemuda itu? Mengapa wajahnya bertukar
hitam? Persoalan demi persoalan muncul di fikiran saya.Sedang saya
termenung tiba-tiba saya dapati ada seorang wanita berjalan menuju ke
arah saya. Satu lagi pertanyaan timbul, siapa pula wanita ini yang
berjalan seorang diri di bilik mayat pada pukul 4.00 pagi? Semakin lama
dia semakin hampir, dan
tidak lama kemudian berdiri di hadapan saya. Dia berusia 60-an dan
memakai baju kurung. Ustaz," kata wanita itu. "Saya dengar anak saya
meninggal dunia dan sudah seminggu mayatnya tidak dituntut. Jadi saya
nak tengok jenazahnya." kata wanita berkenaan dengan lembut. Walaupun
hati saya ada sedikit tanda tanya,namun saya membawa juga wanita itu ke
tempat jenazah tersebut. Saya tarik laci 313 dan buka kain penutup
wajahnya. "Betulkah ini mayat anak mak cik?"tanya saya. "Mak cik rasa
betul... tapi kulitnya putih." "Makcik lihatlah betul-betul." kata saya.
Selepas ditelitinya jenazah berkenaan,
wanita itu begitu yakin yang mayat itu adalah anaknya. Saya tutup
kembali kain penutup mayat dan menolak kembali lacinya ke dalam dan
membawa wanita itu keluar dari bilik mayat. Tiba di luar saya bertanya
kepadanya. "Mak cik, ceritakanlah kepada saya apa sebenarnya yang
berlaku sampai wajah anak mak cik bertukar jadi hitam?" tanya saya.
Wanita itu tidak mahu menjawab sebaliknya menangis teresak-esak. Saya
ulangi pertanyaan tetapi ia masih enggan menjawab. Dia seperti
menyembunyikan sesuatu."Baiklah, kalau mak cik tidak mahu beritahu,saya
tak mahu uruskan jenazah anak
mak cik ini. " kata saya untuk menggertaknya.
Bila saya berkata demikian, barulah
wanita itu membuka mulutnya. Sambil mengesat airmata, dia berkata, "Ustaz,
anak saya ni memang baik, patuh dan taat kepada saya. Jika dikejutkan di
waktu malam atau pagi supaya buat sesuatu kerja, dia akan bangun dan
buat kerja itu tanpa membantah sepatahpun. Dia memang anak yang baik.
Tapi..." tambah wanita itu lagi "apabila makcik kejutkan dia untuk
bangun sembahyang, Subuh misalnya, dia mengamuk marahkan mak cik.
Kejutlah dia, suruhlah dia pergi ke
kedai, dalam hujan lebat pun dia akan pergi, tapi kalau dikejutkan
supaya bangun sembahyang,anak makcik ini akan terus naik angin. Itulah
yang mak cik kesalkan." kata wanita tersebut.Jawapannya itu
memeranjatkan saya. Teringat saya kepada hadis nabi bahawa barang siapa
yang tidak sembahyang, maka akan ditarik cahaya iman dari wajahnya.
Mungkin itulah yang berlaku. Wajah pemuda itu bukan sahaja ditarik
cahaya keimanannya, malah diaibkan dengan warna yang hitam.Selepas
menceritakan perangai anaknya, wanita tersebut meminta diri untuk
pulang.Dia berjalan dengan pantas dan hilang dalam persekitaran yang
gelap.Kemudian saya pun memandikan, mengapankan dan menyembahyangkannya.
Selesai urusan itu, saya kembali ke rumah
semula. Saya perlu balik secepat mungkin kerana perlu bertugas keesokan
harinya sebagai imam di Masjid Sultan Sallehuddin Abdul Aziz Shah, Shah
Alam. Selang dua tiga hari kemudian, entah kenapa hati saya begitu
tergerak untuk menghubungi waris mayat pemuda tersebut. Melalui nombor
telefon yang diberikan oleh Hospital Tengku Ampuan Rahimah, saya hubungi
saudara Allahyarham yang agak jauh pertalian persaudaraannya. Selepas
memperkenalkan diri, saya berkata, "Encik, kenapa encik biarkan orang
tua itu datang ke hospital seorang diri di pagi-pagi hari. Rasanya lebih
elok kalau encik dan keluarga encik yang datang sebab encik tinggal di
Kuala Lumpur lebih dekat dengan Klang."Pertanyaan saya itu menyebabkan
dia terkejut, "Orang tua mana pula?" katanya. Saya ceritakan tentang
wanita berkenaan, tentang bentuk badannya, wajahnya,tuturannya serta
pakaiannya. "Kalau wanita itu yang ustaz katakan, perempuan itu adalah
emaknya,tapi.... emaknya dah meninggal lima tahun lalu!" Saya terpaku,
tidak tahu apa yang hendak dikatakan lagi.Jadi 'apakah' yang datang
menemui saya pagi
itu?Walau siapa pun wanita itu dalam erti kata sebenarnya, saya yakin ia
adalah 'sesuatu' yang Allah turunkan untuk memberitahu kita apa yang
sebenarnya telah berlaku hingga menyebabkan wajah pemuda berkenaan
bertukar hitam.
Peristiwa tersebut telah terjadi lebih
setahun lalu, tapi masih segar dalam ingatan saya. Ia mengingatkan saya
kepada sebuah hadis nabi, yang bermaksud bahawa jika seseorang itu
meninggalkan sembahyang satu waktu dengan sengaja,dia akan ditempatkan
di neraka selama 80,000 tahun. Bayangkanlah seksaan yang akan dilalui
kerana satu hari di akhirat bersamaan dengan seribu tahun di dunia.
Kalau 80,000 tahun?
**Mati Hanya Sekali,
Oleh Itu Jadikannya Di Jalan Allah**