PENGENALAN |
MAJLIS PERWAKILAN
MAHASISWA Majlis perwakilan mahasiswa (MPM) ialah badan tertinggi pelajar. Ahli-ahli majlis ini dipilih oleh pelajar melalui pilihanraya pelajar. Beberapa jawatankuasa dibentuk. MPP bergiat aktif membantu menggerakkan aktiviti-aktiviti kebajikan, persatuan, kebudayaan dan kesenian, sukan dan sebagainya.MPM juga telah banyak membantu Bahagian Hal Ehwal Pelajar bagi menyelesaikan masalah pelajar. Namun begitu untuk sesi 1998/1999 Majlis Perwakilan Pelajar yang tetap telah diadakan. Pilihanraya Majlis Perwakilan Pelajar yang pertama telah diadakan pada 10 Disember 1998. Seramai 18 jawatan Exco telah diwujudkan dan barisan Exco adalah seperti berikut : 1. Yang Dipertua 2. Naib Yang Dipertua 3. Setiausaha Agong 4. Penolong Setiausaha 5. Bendahari 6. Speaker 7. Exco Akademik 8. Exco Perhubungan Awam dan Antarabangsa 9. Exco Kebajikan dan Kaunseling 10. Exco Penerbitan 11. Exco Penerangan 12. Exco Kerohanian dan Moral 13. Exco Sosial dan Kebudayaan 14. Exco Sukan dan Rekreasi 15. Exco Penginapan 16. Exco Hal Ehwal Siswi 17. Exco Penyelidikan 18. Exco Tugas-Tugas Khas |