Back to MSC® Yellow Cab®
Tips ketika anda sedang marah
Tips ketika anda sedang marah
a) Mula-mula kita perlu malu dengan Allah s.w.t akan segala
tindak-tanduk
kita. Allah memerhatikan segala perlakuan dan sikap biadab kita.
b) Bila datang rasa hendak marah, ingatlah kita ini hanyalah manusia
yang
hina.
c) Banyakkan berdiam diri dan berdoa kepada Allah agar Allah selamatkan
kita
daripada sifat marah.
d) Hendaklah ingat kesan daripada sifat marah itu mungkin akan membawa
kepada permusuhan dan pembalasan dendam dari orang yang anda marahi.
e) Cuba bayangkan betapa buruknya rupa kita ketika kita sedang marah.
f) Apabila datang marah, banyakkan baca Ta'awwuz (A'uzubillahi minas
Syaitanirrajim) kerana marah itu datangnya daripada syaitan.
g) Apabila marah sedang memuncak, ambil wudhu kerana wudhu dapat
menenangkan
api kemarahan yang sedang membara.
h) Jikalau tidak boleh hilang marah dengan hal tersebut di atas,
hendaklah
tidur. Kerana ianya akan meredakan perasaan marah apabila bangkit
daripada
tidur.
i) Tauhid kita perlu tepat. Setiap sesuatu itu datangnya dari Allah dan
akan
kembali kepada Allah. Kenapa kita perlu marah. Kalau kita bersalah,
kita
tidak suka orang memarahi kita. Maka begitulah orang lain yang
melakukan
kesilapan, juga tidak suka
dimarahi. Tegurlah dengan lemah lembut dan kasih sayang.
Satu cara lagi, apabila datangnya marah, sedangkan anda berdiri, maka
duduklah, sekiranya duduk, maka bersandarlah, Insha Allah kemarahan
akan
mulai reda.
Dengan cara demikian, keegoan akan berkurangan. Tetapi apa yang
berlaku,
apabila naik marah, yang bersandar akan mula menetapkan duduknya dan
seterusnya berdiri, maka kemarahan sudah tidak dapat dikawal.
Wassalam.
Back to MSC® Yellow Cab®