|
5 Oktober
Lahir bagai dinanti Hadir bagai dicari Pergi bagai satu mimpi Pelengkap semangat diri
Detik keramat apakah itu Muram dalam ceria Senyum abadi serinya Bila bersuara tiada makna Menangis umpama pelakon opera Tawanya omong-omong cuma Tiada diketahui asal-usulnya Menyusur bersama titisan embun pagi Sepi
Selangkah demi selangkah Temasya sudah bermula Berlarian si anak desa Mencari hala tanpa destinasi Tak pasti di mana penghujungnya
Terguris hati sekadar bertanya Milik siapakah Oktober itu Yang bertapa abadi di persada menara Jauh dari sandiwara nostalgia Terpateri dalam syahdu Meninggalkan sejarah di marcapada
Nukilan :
Awangku Khairil bin Awangku Shamsuddin USJ 14/1J, Subang Jaya, Selangor (14 Julai 1997) |
|