<BGSOUND src="//www.oocities.org/myril88/childs_dream.mid" LOOP=INFINITE>
Ruangan ini adalah sekadar untuk menghiburkan hati anda... Sekiranya ada di antara bahan yang dipaparkan mengandungi unsur 18SX, anggaplah ia sekadar gurauan... Juga tidak ada kena mengena dengan mereka yang masih hidup dan mati...
Cerita 1 : Keputusan Bodoh

Suatu hari seorang wanita pergi berjumpa doktor. Wanita itu meletakkan beg plastik berisi ubat dari klinik lain di sisinya...

Doktor : "Nampaknya awak baru balik dari klinik lain ?"
Wanita : "Iya, doktor. Dia tak dapat ubatkan penyakit saya..."
Doktor : "Sungguh bodoh doktor itu. Tak reti nak mengubat orang pun boleh jadi doktor. Apa keputusan bodoh yang dia bagitau awak ?"
Wanita : "Dia suruh saya jumpa anda."
Cerita 2 : Azura dan Zack

Azura dan Zack bersahabat sejak kecil lagi. Kedua-duanya saling cinta-menyintai. Setelah dewasa, Zack berpeluang melanjutkan pengajian ke luar negara dan Azura hanyalah seorang penganggur. Tetapi mereka terus berhubung menerusi surat dan email. Namun, dua tahun kemudian, Zack tiba-tiba tidak menghantar sebarang berita. Ini menyebabkan Azura sangat sedih dan sentiasa berdoa agar hati Zack tidak berubah.

Setelah lebih lima tahun, barulah Zack mengirimkan satu surat dan meminta agar Azura menjemputnya di lapangan terbang. Azura sangat gembira dan merasakan Zack masih menyintainya.

Semasa menunggu Zack di lapangan terbang, tiba-tiba bahu Azura ditepuk seseorang. Namun, orang tersebut adalah seorang gadis yang putih, tinggi, seksi dan berbaju hitam ketat.


Gadis : "Kamu Azura, bukan ?"
Azura : "Ya, saya."
Gadis : "Aku, Zakiah. Aku ingin memberitahu kamu bahawa kamu tidak akan bertemu dengan Zack lagi buat selama-lamanya."
Azura :"Ya Allah... Kenapa jadi begini ?" (Azura tiba-tiba pucat dan hampir hendak menangis)
Azura : "Cis ! Perempuan tak guna ! Berani kau rampas Zack dari aku ! Dah tu, kau sakitkan hati aku pula..." (Gadis tersebut jadi hairan dan kemudiannya berkata...)
Gadis :"Bawa bertenang. Ini akulah Zack... Sebenarnya, sebenarnya nama aku sekarang ialah Zakiah... Auwww !!!"
Cerita 3 : Nasihat Seorang Ustaz

Seorang remaja mengambil keputusan untuk bertemu dengan seorang ustaz di kampungnya bagi meminta nasihat tentang masalahnya...

Remaja : "Ustaz, setiap kali waktu subuh, saya pasti terlepas... Macam-macam jam saya guna... Tapi masih tak terjaga..."
Ustaz : "Oh, begitu rupanya. Tak mengapa, itu biasa sahaja sebab saya pun selalu macam tu..."
Cerita 5 : Harimau

Sepasang suami isteri telah ke Jabatan Agama Islam dengan tujuan hendak bercerai. Pegawai bertugas berkata kepada si suami setelah melihat kecantikan dan keayuan wajah si isteri.

Pegawai : "Encik ! Kenapa nak cerai. Isteri encik ni cantik. Tak menyesalkah nanti ?"
Suami : "Kami dah nekad tuan. Saya dah tak sanggup lagi mempunyai isteri yang garang macam dia ni."
Pegawai : "Hai... Macam-macam... Saya tengok isteri encik ni ok je. Tak nampak garang pun. Adakah dia garang macam harimau ?"
Suami : "Memang dia bukan macam 'harimau'... Tapi dia ni 'hari hari mau !!!"
Cerita 4 : Otak, Gaduh dan Gila

Pada suatu hari, Otak, Gaduh dan Gila sedang bermain bola. Tiba-tiba bola yang gaduh sepak terlepas ke seberang jalan. Gaduh diminta mengambil bola tersebut. Namun, ketika Gaduh hendak menghampiri bola sebuah kereta telah meluncur laju dan menculik Gaduh. Otak dan Gila yang terkejut terus ke balai polis untuk membuat aduan. Apabila tiba di balai, Otak meminta Gaduh ke dalam untuk membuat aduan.

Polis : "Boleh saya tolong encik ?"
Gila : "Ya. Saya mau cari Gaduh."
Polis : "Apa ?!!! Awak mau cari gaduh ?!!!"
Gila : "Ya encik."
Polis : "Awak tak ada otak ke ?"
Gila : "Ada. Otak ada tunggu kat luar. Encik nak jumpa dia ke ?"
Polis : "Apa awak ni sudah gila ke ?"
Gila : "Eh, mana encik tau nama saya Gila ?"
Polis : (Bengang...)
Cerita 6 : Oh Tidak !!!

Seorang wanita telah mengajak teman lelakinya ke rumahnya supaya dapat berdua-duaan. Jadi teman lelakinya bersetuju. Tau-tau sajalah apa yang diaorang buat bila berdua-duaan di dalam bilik wanita itu. Selepas selesai memuaskan nafsu, si pakwe pun berehatlah sambil mengambil rokoknya tapi mancis takde. Bertanyalah si pakwe kepada makwenya...

Pakwe : "Darling. You ada mancis tak ?"
Makwe : "Ada. Dalam laci sebelah katil tu."

Masa buka laci tu, terpandanglah si lelaki itu sebuah potret seorang lelaki lain di dalam laci itu.  Dengan perasaan cemburu, pakwe tu pun bertanya...

Pakwe : "Ni gambar siapa ni ?! Gambar suami darling ke ? Sampai hati you berlaku curang pada I."
Makwe : "Bukan..."
Pakwe : "Kalau bukan gambar suami darling, gambar tunang darling ke ?"
Makwe : "Bukan jugak..."
Pakwe : "Kalau bukan juga, habis ni gambar siapa ?"
Makwe : (Dengan manja) "Yanggg... Gambar tu adalah gambar I sebelum I menjalani pembedahan jantina."
Pakwe : "Apa ???!!!"

Si pakwe terus rebah tidak sedarkan diri selepas itu...
Cerita 8 : Cikgu Oh Cikgu...

Ini adalah kisah seorang guru yang bila masuk kelas je suka marah-marah...

Murid : "Selamat pagi cikgu..."
Cikgu : "Apa pagi je, petang dan malam mana ?! Kamu ni memang doakan saya selamat waktu pagi ye ?"
Murid : "Selamat pagi, petang dan malam cikgu"
Cikgu : "Sudah !!! Dengar sini semua ! Hari ini saya akan ajar kamu perkataan berlawan. Apa yang saya cakap, kamu balas dengan perkataan lawannya. Baik, dengar betul-betul..."

Cikgu itu kemudiannya menulis sesuatu di papan hitam...

Cikgu : "Siang"
Murid : "Malam"
Cikgu : " Tidur"
Murid : "Bangun"
Cikgu : "Sedih"
Murid : "Gembira"

Tengah-tengah seronok bersoal jawab tetiba loceng berbunyi...

Cikgu : "Tamatlah sudah pelajaran kita hari ni"
Murid : "Belumlah mula pelajaran kamu esok hari"
Cikgu : "Bukan"
Murid : "Ya"
Cikgu : "Kamu ni memang kurang ajar !"
Murid : "Kami tu belum lebih ajar !"
Cikgu : "Aah ! Pening kepala saya lah !"
Murid : "Ooh ! Segarnya kepala kami"
Cikgu : "Kamu semua mati lagi baik"
Murid : "Kami sedikit hidup lagi buruk"
Cikgu : "Diam !!!"
Murid : "Bising !!!"

Akhirnya cikgu tersebut berlalu keluar tanpa mengucapkan sepatah dua kata...
Cerita 7 : Diam

Seorang ibu muda pergi berjumpa kawannya yang kebetulan seorang doktor. Ketika rancak bersembang, anak kecil si ibu tadi sibuk menggeledah makmal kecil di rumah doktor tersebut. Si ibu tersebut tidak pula melarang anaknya yang semakin lama semakin nakal di bilik yang dipenuhi botol-botol ubat. Doktor tersebut tidak berkata apa-apa pun.

"Prangggggg !!!" Bunyi botol kaca pecah. Barulah si ibu bersuara...

Ibu : "Saya harap awak tak kisah dengan anak saya tu. Dia memang nakal sikit. Biasalah budak-budak."
Doktor : "Eh, tak apa. Nanti sampai kat botol racun tu, diamlah dia."