|
Tragedi Ala Amerika
Terpulang pada sesiapa jua Si pendengar, pemerhati atau penganalisa Sekelip mata rebah... runtuh... musnah... Tak segagah yang disangka
11 September 2001 Di kala insan masih ligat berselimut Dentuman teramat pantas tercipta Dikatakan sengaja pasti ada puncanya Nyata dan pasti Tarikh itu bakal kekal dalam ingatan mereka
Kuasa, keegoan dan maruah Modal Amerika memancing dunia Mereka-mereka yang terdiam terpaksa bersuara Inikah demokrasi atau sekadar cerekarama Entah sampai bila ?
Mereka bijak memanipulasi dunia Cengkaman kuku besi senjata utama Mengunci segala akal dan emosi Melumpuhkan segala sendi rohani
Mereka arif kemahuan sejagat Mata kompas dipaksa berputar ligat Kiblat timur mula di hala ke barat Kerana bagi mereka timur perlu diajar Kononnya timurlah punca malapetaka Yang menghancurkan gahnya sebuah mercu tanda
Walhal satu suara perlu dibicara Siapa mereka untuk mengubah dunia ?
Nukilan :
Awangku Khairil bin Awangku Shamsuddin Ayer Keroh, Melaka (1 Mei 2003) |
|