|
Anaslusia
Dulunya mentalku kebudak-budakkan Mentah... Kekadang menjadi dungu Optimis... Perubahan dunia kian ketara Taksub... Pada segala yang ada Menemui cahaya itu paling sukar Tidak semudah yang ku duga Penghubung peribadi Yang hilang dalam nyata Kini terlakar kembali.
Musnahkan zarah-zarah songsang Yang membekukan entiti dirimu Tenggelamkan warna-warna silam Yang menimbulkan berjuta persoalan Bersatu bak debunga kembang pertama Dewasalah kita kini Dalam mengejar sesuatu yang dikejar Jangan dibiarkan tewas Wahai Anaslusia.
Coretan :
Awangku Khairil bin Awangku Shamsuddin, Kpg. Seberang, Mukah (2 Ogos 1999) |
|