Alat merupakan sejenis alat muzik idiofon yang digoyang ketika dimainkan. Ianya diperbuat daripada pipa ataupun tabung buluh yang terpilih. Sebuah Angklung lazimnya terdiri daripada dua hingga empat tabung yang diikat pada 'rumahnya' yang dikenali sebagai 'ancak'. Angklung untuk melodi dilaras dalam jarak ataupun jeda satu oktaf di antara satu sama lain dan bagi Angklung pengiring iaitu 'accompaniment', ianya perlu dilaras mengikut kaedah 'trinada' (Tonic Triad) iaitu Do, Mi, So sama ada dalam mode 'Major' ataupun 'Minor'. Permainan muzik Angklung sering dipersembahkan secara berkumpulan untuk majlis keraian dan juga iringan tarian seperti 'Kuda Kepang dan 'Barungan' yang mula berkembang di Johor.
Anklung
Tabung angklung
Kaki angklung
Dalam persembahan Kuda Kepang, lazimnya tiga ataupun empat buah Angklung digunakan untuk memainkan mode rithme sebagai pelengkap kepada fizikal lagunya yang disertai bersama alat-alat lain melalui disiplin Gamelan. Tradisi kesenian muzik Angklung yang berkembang di Malaysia sekarang ini adalah berasal dari Tanah Jawa, Indonesia. Manakala tradisi Angklung di Jawa adalah merupakan satu ekstensi daripada alat 'Bongkel' yang mula wujud di Banyumas, Indonesia sejak beratus tahun lamanya.
Proses penalaan Angklung dilakukan dengan cara ketukan pada kakinya ataupun ditiup pada bibirnya.
Angklung pengiring dan melodi
Alat-alat angklung
Bibir angklung