<BGSOUND src="//www.oocities.org/myril88/wintersonata.mid" LOOP=INFINITE>
Inilah sebahagian daripada DUNIAKU...
Gambau di atas di ambik waktu cipta rekod melawat 27 buah tempat bersejarah di Melaka pada 27 Disember 2002
Aku mempunyai ramai kenalan di kalangan artis... Empat gambar ini merupakan kenangan sewaktu aku menjemput barisan pelakon dari filem 'Embun' pada 12 Ogos 2002 ke Kolej Yayasan Melaka (KYM). Antara yang hadir pada waktu itu ialah Erma Fatima, Umie Aida dan Akasha. Sebagai Pegawai Kesenian dan Kebudayaan di KYM, aku memang ingin melihat perjuangan memartabatkan seni budaya di KYM terus berkembang pesat dan ianya mampu menyatupadukan pelajar untuk bergiat aktif dalam bidang ini. Sebagaimana puisi Tun Dr. Mahathir Mohamad "perjuangan belum selesai", itulah yang akan terus saya lakukan demi memperjuangkan bidang seni budaya yang begitu universal ini... "Seni budaya bahasa bangsa..."
Ni pulak kenangan sewaktu bawa student KYM  untuk menjadi ahli Persatuan KARYAWAN Malaysia di Balai Seni Lukis Negara, Kuala Lumpur pada tahun 2001. Seramai 45 orang pelajar saya bawa di mana selain menjadi ahli KARYAWAN, para pelajar juga berpeluang mendekati para karyawan, budayawan dan juga seniman...